SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2021 MarsdenLR 1823

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
BLUE VALLEY PLANTATION BHD & SATU LAGI LWN. PENTADBIR TANAH DAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS
[Rujukan Tanah No: CB-15-13-10/2019]



Petitioner Advocates:V Manokaran,N Yohendra ,Respondent Advocate: Munirah Shamsuddin

Court affirmed that compensation for acquired land must be based on market value and ownership interests, considering recent comparable transactions and potential land use.

Headnote:(A) Land Acquisition Act 1960 – Section 38(5) – Determination of compensation for acquired land – Award of compensation of RM4,020,000.00 was determined based on market value by considering surrounding sales and potential uses of land, affirming established principles for land valuation – Court maintained that compensation awards must reflect true ownership interests as stipulated in the Act. (Paras 1, 16, 27, 30)

(B) The principles of land valuation must take into account recent sales of comparable lands and position within the local area, avoiding strict adherence to specific prior valuation schedules. (Paras 17, 18)

(C) The effect of injurious infections or potential damages should be thoroughly substantiated before inclusion in compensation calculations, reflecting actual rather than speculative impacts. (Paras 25, 26)

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor PK:

[1] Ini adalah Perujukan Tanah yang dikemukakan oleh Pemohon-Pemohon di bawah s 38(5) Akta Pengambilan Tanah 1960 melalui Borang 'O'.

[2] Permohonan Perujukan Tanah ini dibuat oleh Blue Valley Plantation Bhd dan Pylon Range Sdn Bhd atas alasan jumlah wang pampasan tidak memadai serta wang pampasan ini hendaklah dibayar kepada Blue Valley Plantation Bhd kerana mereka adalah pemilik tanah dan satu-satunya pihak yang berkepentingan.

[3] Sementara Pylon Range Sdn Bhd merujuk kes ini ke Mahkamah disebabkan pampasan yang diberikan adalah rendah dan Pylon Range Sdn Bhd diberikan pampasan disebabkan mereka adalah pemilik tungggal saham dan aset di dalam Blue Valley Plantation Bhd Butiran rujukan pihak-pihak tersebut dapat dilihat dalam Borang "N" yang difailkan oleh kedua-dua pihak.

Fakta Kes

[4] Pampasan Tanah ini melibatkan tanah hakmilik HD 3541, Mukim Ulu Telom, Daerah Cameron Highlands, Pahang. Tujuan pengambilan tanah ialah untukTapak Pencawang Masuk Utama 132 kv Blue Valley di atas sebahagian tanah HSD 3541 PT 2175, Mukim Ulu Telom, Daerah Cameron Highlands, Pahang.

[5] Perbicaraan oleh Pentadbir Tanah Cameron Highlands telah dijalankan kali pertama pada 20 Disember 2018 dengan kehadiran Tuan Tanah Blue Valley Plantation Bhd, pemegang kaveat dan peguam bagi pihak berkepentingan (Pylon Range Sdn Bhd). Perbicaraan tersebut ditangguhkan kepada 11 Februari 2019 dan ditangguhkan kepada 28 Februari 2019.

[6] Pentadbir Tanah Cameron Highlands telah memutuskan bahawa nilaian harga pasaran yang dikatakan munasabah bagi hartanah ini ialah RM594,000.00 per hektar. (Rujuk halaman 18) Lampiran 1.

[7] Pentadbir Tanah Cameron Highlands telah memutuskan bayaran kepada Blue Valley Plantation Berhad RM3,062,911.40, Lembaga Hasil Dalam Negeri RM477,662.00 dan Pentadbir Tanah Cameron Highlands RM23,426.00 untuk tunggakan cukai tanah. Tiada dinyatakan Pylon Range Sdn Bhd orang-orang yang berkepentingan oleh Pentadbir Tanah Cameron Highlands.

[8] Namun demikian Pentadbir Tanah Cameron Highlands telah memerintahkan pampasan tuan tanah didepositkan ke Mahkamah kerana terdapat pertikaian daripada Pylon Range Sdn Bhd sebagai pemegang kaveat persendirian.

[9] Pentadbir Tanah Cameron Highlands telah mengawardkan jumlah pampasan di atas adalah berasaskan:

(i) Tarikh milikan pada tarikh warta iaitu 19 Julai 2018.

(ii) Tanah berjadual adalah berpegangan kekal.

(iii) Asas milikan tanah berjadual sebagai tanah kosong dengan kategori tiada berjadual.

(iv) Keluasan tanah yang besar iaitu 54.129 hektar sebagaimana dalam hakmilik.

(v) Tanah dinilai sebagai bebas daripada sekatan Rezab Melayu selaras dengan perenggan 1 (2A) Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960.

(vi) Kedudukan tanah berjadual dari jalan masuk.

Hujahan Pemohon Pertama Dan Kedua Berkenaan Dengan Jumlah Pampasan

[10] Pemohon Pertama menyatakan bahawa Pentadbir Tanah Cameron Highlands telah gagal mengambil kira perbandingan dengan urus niaga yang telah berlaku di tanah yang berhampiran iaitu Lot PT 3114. Jika ini dilakukan kadar pampasan yang wajar diberikan adalah lebih tinggi dan setanding dengan harga urus niaga Lot PT 3114 tersebut. Di samping itu, kesan mudarat (injurious infections) tidak diambilkira oleh Pentadbir Tanah berdasarkan kepada kedudukan tanah ini yang berada di kawasan pelancongan di Cameron Highlands dan wujudnya kawasan perangingan dan hotel-hotel, la menjadikannya bukan satu kawasan pedalaman.

[11] Pentadbir Tanah Cameron Highlands dikatakan tidak membuat perbandingan dengan penjualan tanah-tanah di kawasan sekitar iaitu di PT 2175, PT18 HS(D)147, PT3114 HS(D)4615 dan Lot 11 GRN 5595 Ulu Telom, Cameron Highlands.

[12] Pentadbir Tanah juga telah gagal mengambil kira kesan mudarat ekoran daripada perentasan talian rentas elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad.

[13] Pemohon Pertama mencadangkan bahawa penilaian harga pasaran untuk tanah ini adalah RM22,602.00 dan RM20,552,431.00 untuk kesan kecederaan dan kacau ganggu. Pemohon Pertama juga berhujah bahawa pemberian pampas


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top