2020 MarsdenLR 53
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
TITISAN AIR SDN BHD LWN. MOHD RADZALI MAMEK
[Guaman Sivil No: JA-22NCVC-118-07-2019]
Interogatori tidak boleh digunakan untuk 'memukat maklumat' dan hanya relevan jika membantu menyokong kes pihak yang memohon, bukan untuk mendapatkan pengakuan tanpa asas fakta.
Headnote:(A) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 – Kaedah 26 – Permohonan interogatori oleh Plaintif untuk mendapatkan jawapan berkaitan status dan pengurusan Syarikat Plaintif, termasuk hubungan dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan butir-butir perniagaan. Mahkamah mendiagnosis soalan yang dikemukakan dan mendapati bahawa mereka bersifat 'melebarkan pukat tunda' untuk memperoleh maklumat yang tidak berdasarkan kepada wujudnya fakta. (Paras 1-4)
(B) Prinsip Perundangan – Interogatori boleh membantu memberikan butiran untuk perbicaraan, tetapi tidak boleh digunakan untuk 'memukat maklumat'. Prasyarat termasuk relevansi kepada isu yang dipertikaikan, serta memudahkan proses perbicaraan. (Paras 3-4)
Facts of the case: Terdapat permohonan daripada Plaintif mengenai status dan peranan dalam Syarikat Titisan Air Sdn Bhd, serta hubungan dengan BERNAS dari tahun 1993 hingga 2017.
Findings of Court: Permohonan interogatori ditolak kerana ia disifatkan tidak sesuai untuk mendapatkan fakta yang relevan berdasarkan pengetahuan yang sudah ada. Pemohon tidak dapat membuktikan keperluan untuk maklumat tersebut.
Issues: Keperluan untuk membuktikan relevansi interogatori kepada isu timbul dan jika interogatori tersebut membantu mempercepatkan perbicaraan.
Ratio Decidendi: Mahkamah mengambil kedudukan bahawa interogatori tidak boleh digunakan sebagai alat untuk memancing maklumat, dan hanya boleh memberi faedah sekiranya ia relevan untuk menyokong kes pihak yang meminta. (Paras 3-4)
Result: Permohonan ditolak.
PENGHAKIMAN
[1] Muqqaddimmah
Ini adalah satu permohonan untuk mendapatkan jawapan secara interogatori (Lampiran 13) yang difailkan Plaintiff seperti berikut:
1. Adakah kamu merupakan seorang Pengarah Urusan, Titisan Air Sdn Bhd (No. Syarikat: 241117-A) ?(selepas ini dirujuk sebagai Syarikat Plaintif).
2. Bila kamu menjadi Pengarah Syarikat Plaintif?
3. Adakah kamu masih merupakan Pengarah di Syarikat Plaintif?
4. Bila kamu menarik diri daripada menjadi Pengarh Syarikat Plaintif?
5. Selain daripada Pengarah adakah kamu memegang jawatan Pengurus di Syarikat Plaintif?
6. Bila kamu dilantik sebagai Pengurus Syarikat Plaintif?
7. Bila kamu meletak jawatan sebagai Pengurus Syarikat Plaintif?
8. Apakah tugas-tugas kamu sebagai Pengurus di Syarikat Plaintif?
9. Adakah Syarikat Plaintif terlibat dalam perniagaan menjual beras?
10. Adakah Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang membekal beras kepada Syarikat Plaintif?
11. Pada masa kamu menjadi Pengarah dan Pengurus Syarikat Plaintif, berapa kuantiti beras yang kamu beli dari BERNAS, setiap bulan?
12. Apakah jenis/nama/jenama beras yang dibekalkan oleh BERNAS?
13. Apakah harga satu tan beras yang dibekalkan oleh BERNAS kepada Syarikat Plaintif? Nyatakan harga bagi setiap jenis/nama/jenama yang dibekalkan.
14. Apakah proses/prosedur pembetian beras daripada BERNAS? Sila nyatakan dari masa membeli dari BERNAS
15. Adakah BERNAS perlu member Syarikat Plaintif apa-apa dokumen berkenaan dengan penjualan Beras setiap bulan?
16. Adakah Syarikat Plaintif perlu menyediakan apa-apa dokumen/laporan kepada BERNAS setiap bulan berkaitan beras yang dibekalkan oleh BERNAS kepada Syarikat Plaintif?
17. Adakah beras daripada BERNAS diproses dan dipakej semula kepada pengedar/peruncit beras?
18. Siapakah pelanggan-pelanggan Syarikat Plaintif? Berikan nama dan alamat mereka dari Tahun 1993 hingga 2017?
19. Berapakah kuantiti dan harga penjualan beras oleh Syarikat Plaintif kepada setiap pengedar dan peruncit-peruncit beras dari tahun 1993 hingga 2017?
20. Nyatakan keuntungan yang diperolehi ofeh Syarikat Plaintif setiap bulan, hasiljualan kepada pengedar/peruncit-peruncit tersebut?
21. Adakah kamu perlu memberitahu BERNAS mengenai kuantiti penjualan beras kepada pengedar dan peruncit?
22. Adakah beras yang dibekalkan oleh BERNAS satu 'controlled item' di bawah undang-undang?
23. Apakah harga jualan beras yang ditetapkan oleh BERNAS?
24. Apakah keuntungan bersih yang diperolehi oleh Plaintif dari penjualan beras yang dibekalkan oleh BERNAS setiap bulan daripada tahun 2013 hingga 2017?
25. Apakah cara bayaran oleh pengedar/peruncit kepada Syarikat Plaintif?
26. Adakah bayaran yang diferima oleh pengedar/peruncit dimasukkan ke dalam akaun bank Syarikat Plaintif
27. Apakah butir-butir Akaun Bank Syarikat Plaintif?
28. Pada masa material berapa akaun bank atas nama Syarikat Plaintif yang dibuka/beroperasi?
29. Sila nyatakan jenis-jenis akaun tersebut?
30. Siapakah 'signatory' bagi akaun-akaun bank tersebut?
31. Selain daripada membeli beras daripada BERNAS adakah Syarikat Plaintif membeli beras yang dikenali sebagai "Basmathi" daripada pengedar-pengedar lain?
32. Apakah harga yang ditetapkan untuk beras "Basmathi" tersebut oleh pengedar-pengedar lain tersebut?
33. Selain daripada kamu sebagai Pengurus Syarikat Plaintif, adakah terdapat orang lain yang menguruskan pembelian dan penjualan beras oleh Syarikat Plaintif? Jika ada, sila nyatakan.
34. Apakah kaitan kamu dengan ZM Mega Maju (No. Pendaftaran JM0701820-P)?
35. Bilakah ZM Mega Maju didaftarkan?
36. Adakah kamu pemilik tunggal perniagaan ZM Mega Maju tersebut?
37. Apakah jenis perniagaan Syarikat ZM Mega Maju tersebut?
38. Adakah BERNAS menjual beras secara langsung kepada ZM Mega Maju?
39. Adakah kamu mengambil alih pekerja-pekerja Syarikat Plaintif dan menjadikan mereka sebagai pekerja tetap di perniagaan ZM Mega Maju, apabila kamu keluar dari Syarikat Plaintif?
40. Adakah kamu member apa-apa Notis kepada Syarikat Plaintif sebelum mengambil pekerja-pekerja tersebu