2023 MarsdenLR 737
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
THEEVANESH KESAVAN LWN. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: BA-44-184-06/2022]
Due process and constitutional adherence are fundamental when evaluating preventive detention under habeas corpus applications.
Headnote:The court considered the application for a writ of habeas corpus under the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985, finding merit in the application based on procedural failings within the detention order. The key issues included violations of constitutional provisions and statutory requirements for preventive detention. Consequently, the application was granted, and immediate release was ordered.
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction to habeas corpus application under preventive laws. (Para 1 , 2 , 4 , 5 , 19) |
| 2. fundamental principles that guide habeas corpus applications. (Para 14 , 15) |
| 3. case-law references supporting adherence to lawfulness in detention. (Para 20 , 23) |
| 4. court's findings lead to the issuance of habeas corpus. (Para 24 , 32) |
Pengenalan
[1] Theevanesh a/l Kesavan ("Pemohon") telah memfailkan permohonan melalui Notis Usul bertarikh 14 Jun 2022 bagi mendapatkan suatu writ habeas corpus ke atas penahanannya yang dibuat menurut satu perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Responden Pertama di bawah subseksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langka-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ("Akta tersebut"), untuk tempoh selama 2 tahun mulai daripada 10 Februari 2022 ("Perintah Tahanan").
[2] Pada 31 Oktober 2022, setelah membaca dan meneliti semua afidavit yang telah difailkan dalam tindakan ini serta mengambil kira penghujahan oleh pihak Pemohon dan pihak Responden, Mahkamah ini telah mendapati bahawa terdapat merit dalam permohonan ini dan aleh yang demikian telah membenarkan satu writ habeas corpus dikeluarkan dan Pemohon hendaklah dilepaskan serta-merta.
[3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak Responden telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 3 November 2022 menurut s 374 Kanun Tatacara Jenayah.
Latar Belakang Permohonan
[4] Pemohon telah ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta tersebut pada 30 Disember 2021.
[5] Suatu laporan berkaitan dengan penangkapan dan penahanan Pemohon telah disediakan oleh ACP Shahidi bin Abdullah dan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri ("Menteri") pada 11 Januari 2022 bagi tujuan pelanjutan masa penahanan ke atas Pemohon menurut subseksyen 3(2)(c) Akta tersebut.
[6] Pada 21 Januari 2022, Inspektor Polis Muhd Khairi bin Abu Bakar, ("Pegawai Penyiasat Polis") telah mengemukakan laporan lengkap siasatan berkaitan Pemohon kepada Menteri dan juga Pegawai inkuiri menurut subseksyen 3(3) Akta tersebut.
[7] Setelah menerima laporan lengkap siasatan tersebut, Aziatul Afrizan binti Alias ("Pegawai Inkuiri") Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Pemohon pada 26 Januari 2022 menurut subseksyen 5(2) Akta tersebut.
[8] Seterusnya, pada 4 Februari 2022 Pegawai Inkuiri telah mengemukakan laporan bertulisnya kepada Menteri menurut subseksyen 5(4) Akta tersebut.
[9] Setelah menerima dan meneliti serta mempertimbangkan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Polis dan Pegawai Inkuiri, Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri ("Timbalan Menteri") telah mengeluarkan Perintah Tahanan ke atas Pemohon untuk suatu tempoh selama 2 tahun mulai daripada 10 Februari 2022. Pemohon telah diterangkan tentang Perintan Tahanan tersebut dan menandatangani Representasi Berkaitan Dengan Perintah Tahanan ("Borang I") pada 10 Februari 2022.
[10] Pemohon telah dibawa ke Pusat Pemulihan Akhlak, Machang, Kelantan ("PPA Machang") pada 11 Februari 2022. Borang I telah dikemukakan kepada Lembaga Penasihat pada 11 Februari 2022. Pemohon juga telah diserahkan dengan Notis Pendengaran Representasi ("Borang II") yang dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat bertarikh 21 Februari 2022 yang menetapkan tarikh pendengaran representasi pada 2 Mac 2022.
[11] Pada tarikh persidangan mendengar representasi Pemohon tersebut, ia ditangguhkan atas permohonan Pemohon kerana peguam Pemohon daripada Tetuan KL Chee & Co tidak dapat hadir. Pemohon telah diserahkan dengan Borang II yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat bertarikh 2 Mac 2022 yang menetapkan tarikh pendengaran representasi yang baru pada 15 Mac 2022.
[12] Selanjutnya pada 15 Mac 2022 iaitu semasa persidangan mendengar representasi Pemohon didengar, peguam Pemohon sekali lagi memohon supaya pendengaran representasi Pemohon ditangguhkan. Permohonan penangguhan dibenarkan oleh Lembaga Penasihat dan pihak Lembaga Penasihat juga telah memaklumkan secara lisan kepada Pemohon dan peguam Pe