MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
KV SILVAM K NARAYANAN LWN. NICE VISTA SDN BHD & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: 22NCVC-90-02/2016]
| Table of Content |
|---|
| 1. facts of occupation and alleged trespass. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
[1] Plaintif telah menjalankan perniagaan membaiki kenderaan bermotor selama lebih 30 tahun di bawah nama dan gaya KV Silvam Motor di atas tapak tanah yang mempunyai alamat pos di Batu 20, Jalan Seremban, 43500, Semenyih, Selangor Darul Ehsan dibawah milik Kerajaan Negeri Selangor. (Tanah tersebut).
[2] Defendan Pertama adalah pemilik tanah Lot 268,269 dan 270, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan yang terletak adalah bersebelahan dengan Tanah tersebut. Manakala Defendan Kedua adalah pemaju bagi sebuah projek pembinaan 58 unit rumah kedai bersama bangunan pejabat bersama ruang letak kereta diatas lot-lot tersebut.
[3] Pada 26 November 2015, Plaintif mendakwa Defendan-defendan dan/atau wakil-wakil, orang suruhan atau pekerja-pekeja atau ejen-ejen Defendan-defendan telah secara tidak sah mencerobohi Tanah tersebut dengan menggunakan mesin dan jentera yang telah menyebabkan kerosakan kepada harta milik Plaintif dan harta yang di bawah jagaan Plaintif. Akibat dari itu premis Plaintif telah mengalami kerosakan dan kerugian apabila Plaintif terpaksa berhenti beroperasi sepenuhnya di Tanah tersebut.
[4] Plaintif juga mendakwa Defendan-defendan dan/atau wakil-wakil, orang suruhan atau pekerja-pekeja atau ejen-ejen Defendan-defendan juga telah secara tidak sah memindahkan beberapa kenderaan di bawah jagaan Plaintif ke atas tanah milik pihak ketiga dan telah juga memindahkan sebuah kabin sepanjang 40 meter yang digunakan oleh Plaintif sebagai pejabat, tempat simpanan fail, stok dan peralatan. Selain dari itu beberapa peralatan perniagaan dan blok-blok enjin milik Plaintif juga telah dipindahkan secara tidak sah.
[5] Tuntutan Plantif terhadap Defendan-defendan dalam Writ dan Penyata Tuntutan adalah sebagaimana berikut:-
[a] Satu perintah mengarahkan Defendan-defendan memulangkan semula kepada Plaintif semua kenderaan yang telah dipindahkan secara tidak sah dari tanah tersebut;
[b] Satu perintah memulangkan kembali kepada Plaintif kabin sepanjang 40 kaki yang telah dipindahkan secara tidak sah dari tanah tersebut;
[c] Satu perintah memulangkan kembali kepada Plaintif kesemua peralatan yang digunakan bagi tujuan perniagaan dan kesemua barangan-barangan lain termasuk blok enjin dan lain-lain barangan bahagian enjin bermotor yang telah dipindahkan secara tidak sah dari tanah tersebut;
[d] Gantirugi untuk ditaksirkan termasuklah gantirugi teladan dan gantirugi teruk;
[e] Kadar faedah sebanyak 5% setahun;
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.