SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2015 MarsdenLR 1354

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KANGAR
PENDAKWA RAYA LWN. TEOH CHEE CHIN
[Permohonan Semakan Jenayah No: 43-02-10/2014]



Important Points

The court established that seizure orders must comply with statutory prerequisites, particularly regarding ownership and conviction status.

Subject

Criminal Law - Revision

Act Referred

Akta Kawalan Bekalan 1961: S.22(1), S.26(1)
Kanun Acara Jenayah: S.323, S.325

Headnote

Berdasarkan s 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961, TCC telah disabitkan atas pertuduhan gagal mempamerkan dan menyelenggara buku stok barang di bawah peraturan bekalan. Lanjutan itu, Mahkamah merujuk kepada tujuan semakan untuk mengadili keadilan sendiri. Masalah utama termasuk kesalahan penyitaan, di mana Mahkamah mendapati ketidakpatuhan terhadap pra-syarat s 26(1)(a). Mahkamah memutuskan hasil bahawa perintah lucut hak adalah salah dan memerintahkan pemulangan kenderaan kepada pemohon.
Table of Content
1. summary of tcc's legal troubles and conviction. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. arguments presented for judicial review. (Para 7 , 11)
3. judicial observations on the application of law. (Para 8 , 9 , 10 , 12)
4. legal requirements for vehicle confiscation. (Para 13 , 14 , 18)
5. final determination regarding the legality of the seizure. (Para 15 , 19)

[1] Teoh Chee Chin [TCC] merupakan pemegang lesen borong bernombor PB16581 menjalankan perniagaan di premis CC Teoh Trading yang beralamat di Lot 8B, Kawasan Perindustrian Kampung Kolam, Jalan Kampung Kolam, Padang Besar di dalam Negeri Perlis. TCC telah bersalah dan disabitkan di Mahkamah Seksyen, Kangar atas tiga (3) pertuduhan sebagaimana Kes Tangkap No: 62-09-2014.

[2] Bagi pertuduhan pertama, TCC telah dituduh atas kesalahan gagal mempamerkan lesen borong barang berjadual iaitu minyak Diesel dan Petrol di tempat mudah lihat. TCC melakukan pelanggaran di bawah Peraturan 7 dan Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta itu].

[3] Bagi pertuduhan kedua, TCC telah dituduh atas kesalahan gagal menyelenggara buku stok barang berjadual iaitu dengan butiran harga, nama dan alamat pembeli yang merupakan pelanggaran di bawah Peraturan 13(1) dan Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta itu.

[4] Bagi pertuduhan ketiga, TCC telah dituduh atas kesalahan dalam kawalan barang kawalan merupakan barang berjadual iaitu minyak Diesel 55851 liter dan minyak petrol 32200 liter yang menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) dan boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta itu.

[5] Pada 5 September 2014, TCC telah mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Kangar [HMS itu]. HMS itu telah menjatuhkan denda RM15,000.00 atau 3 bulan penjara bagi pertuduhan pertama. Pertuduhan kedua, HMS itu menjatuhkan hukuman denda RM20,000.00 atau 6 bulan penjara. Pertuduhan ketiga, HMS itu menjatuhkan hukuman denda RM20,000.00 atau 6 bulan penjara.

[6] HMS itu selanjutnya memerintahkan hasil jualan Petrol dan Diesel berjumlah RM168,906.00 dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia. Motorlori bernombor pendaftaran Thailand 71-0928 [Kenderaan itu] dilucut hak dan diserahkan kepada Pengawal Bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan [KPDNKK] mengikut s 26(1) Akta itu.

[7] Pemohon merupakan pemilik kenderaan itu yang didaftarkan atas Suwanjang Limited Company, No 52, Muslimuthit Road, Banpharu, Hatyai, 90250, Songkhla, Thailand melalui peguamnya Tetuan YK Loo & Co yang telah memfailkan permohonan semakan di bawah s 323 dan s 325 Kanun Acara Jenayah . Permohonan semakan ini bertujuan bagi mengenepikan perintah HMS itu yang melucut hak kenderaan milik pemohon yang dikatakan bercanggah dengan peruntukan s 26(1) Akta itu.

[8] Sebelum Mahkamah ini menyentuh merit permohonan semakan yang difailkan oleh pemohon, eloklah dijenguk kembali objektif atau tujuan semakan sebagaimana yang diputuskan dalam kes Liaw Kwai Wah & Anor v. Public Prosecutor, [1987] 2 MLJ 69 ; [1987] CLJ Rep 163. YAA Abdul Hamid Omar CJ (Malaya) dalam penghakimannya menyatakan:

"We could observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is the Criminal Procedure Code. We would also observe that the object of the reversionary powers provided for in the Code is:

... to confer upon criminal Courts a kind of paternal or supervisory jurisdiction, in order to correct miscarriage of justice arising from misconception of law, irregularity of procedure, neglect of proper precautions or apparent harshness of treatment, which has resulted on the one hand in some injury to the due maintenance of law and order, or on the other hand, in some undeserved hardship to individuals.

( Emperor v. Nasrullah Others [1928] AIR

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top