MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
MUHD FAKRURZY MD AROFF LWN. LEMBAGA TATATERTIB MAJLIS DAERAH PADANG TERAP (LAMP 1 2 3 8 12 13 14 15 ....
[Kes No: KA-25-9-10/2021]
Peraturan 37 menyatakan bahawa pihak berkuasa tatatertib perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan tindakan semakan kehakiman terhadap keputusan disiplin. Ia bertujuan memastikan bahawa proses semakan adalah sah dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang. Peraturan ini menegaskan bahawa mahkamah hanya akan campur tangan jika terdapat elemen ketidaksahan, ketidakrasionalan, atau kesalahan prosedur dalam proses pengeluaran keputusan tersebut. Oleh itu, peraturan ini menekankan bahawa kuasa mahkamah dalam semakan kehakiman adalah terhad kepada memastikan prosedur yang betul dipatuhi dan tidak melibatkan campur tangan terhadap keputusan akhir yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib kecuali terdapat pelanggaran undang-undang yang ketara.
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application and appeal process. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. employment background and misconduct allegations. (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9) |
| 3. procedural steps in disciplinary proceedings. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14) |
| 4. judicial review permission granted. (Para 15 , 16 , 17) |
| 5. legal issues raised in the judicial review. (Para 18 , 19 , 20) |
| 6. judicial review grounds: illegality, irrationality, procedural impropriety. (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25) |
| 7. judicial review standards and scope. (Para 26 , 27 , 28 , 29 , 30) |
| 8. disciplinary action and just cause. (Para 31 , 32 , 33) |
| 9. petitioner's arguments against disciplinary action. (Para 34 , 35) |
| 10. right to be heard and procedural fairness. (Para 36 , 37 , 38 , 39) |
| 11. judicial interpretation of hearing rights. (Para 40 , 41 , 42 , 43) |
| 12. disciplinary authority's discretion in proceedings. (Para 44 , 45 , 46 , 47) |
| 13. petitioner’s acknowledgment of misconduct. (Para 48 , 49 , 50) |
| 14. court's limited role in disciplinary decisions. (Para 51 , 52 , 53 , 54 , 55) |
| 15. final ruling on the legality of dismissal. (Para 56 , 57 , 58 , 59) |
[1] Pemohon telah memfailkan Permohonan Semakan Kehakiman di bawah A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012") (Lampiran 1) terhadap Responden kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Responden pada 22 Ogos 2021 yang mendapati Pemohon bersalah atas empat pertuduhan salah laku tidak jujur dan tidak amanah dan mengenakan hukuman buang kerja ke atas Pemohon bagi kesalahan-kesalahan tersebut menurut peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Kedah Darul Aman 1993. Tarikh kuat kuasa hukuman tersebut ialah pada 22 Ogos 2021.
[2] Setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan Permohonan Semakan Kehakiman Pemohon tersebut, Mahkamah ini telah menolak Permohonan Semakan Kehakiman tersebut pada 14 Disember 2022 dengan kos sebanyak RM5,000.00.
[3] Pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
Latar Belakang Kes
[4] Pemohon adalah seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 di Majlis Daerah Padang Terap ("MDPT").
[5] Pemohon telah diambil bekerja secara kontrak sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, MDPT mulai 2 Jun 2019 hingga 1 Jun 2020.
[6] Pemohon kemudiannya telah dilantik ke jawatan tetap Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Dalam Percubaan) mulai 3 Jun 2020 tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran Pelantikan Ke Jawatan Tetap Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Dalam Percubaan) bertarikh 31 Mei 2020 (Ekshibit MS-5).
[7] Responden pula adalah sebuah Jawatankuasa Statutori yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] ("AKT 1976") yang mana pengerusinya ialah Yang Dipertua, MDPT ("YDP MDPT") dan ahli-ahlinya dilantik menurut AKT 1976. Responden telah diwakilkan kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah berhubungan dengan pengawalan tatatertib pegawai-pegawai MDPT di Negeri Kedah.
[8] Semasa dalam tempoh percubaan jawatan tetap tersebut, Pemohon didakwa telah melakukan beberapa kesalahan salah laku tidak jujur dan tidak amanah. Oleh itu, MDPT telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab Pertama bertarikh 27 Januari 2021 bagi Pertuduhan Pertama, Surat Tunjuk Sebab Kedua bertarikh 27 Januari 2021 bagi Pertuduhan Kedua, Surat Tunjuk Sebab Ketiga bertarikh 28 Februari 2021 bagi Pertuduhan Ketiga dan Surat Tunjuk Sebab Keempat bertarikh 31 Mac 2021 bagi Pertuduhan Keempat kepada Pemohon.
[9] Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah seperti yang berikut:
"Pertuduhan Pertama
Bahawa tuan, Encik Muhd Fakrurzy bin Md Aroff, (No. K/P: 861125-02-5231), Penolong Pegawai Penguatkuasa, Gred KP29, semasa bertugas di Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman pada 23 Julai 2020 telah tidak amanah apabila menyimpan dan tidak menyerahkan pakaian seragam dan aksesori yang layak kepada salah seorang anggota penguat kuasa setelah perolehan dibuat tanp
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.