SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1079

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
GANGA DEVI KUMARAN LWN. DATUK DR MADINAH MOHAMAD PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN PENDIDIKA....
[Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: NA-25-4-07/2019]



Petitioner Advocates:Ebrina Zubir ,Respondent Advocate: Mazuin Hashim

Court emphasized the necessity of adhering to procedural rules in disciplinary actions, noting that non-compliance renders such actions void.

Headnote:(A) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 - Isu mengenai pematuhan prosedur tatatertib bagi ketidakhadiran tanpa kebenaran dan impak ke atas keputusan pemecatan.

(B)

Mahkamah High Court menilai sama ada terdapat kelewatan tidak munasabah dikesan dalam tindakan tatatertib mengambil pertuduhan terhadap Pemohon beri kesan kepada keputusan pemecatan dikatakan 'void'.

(C)

Mahkamah mendapati berlaku 'procedural impropriety' mengakibatkan keputusan tatatertib tidak sah.

(D)

Mahkamah menegaskan hak Pemohon untuk diberi peluang untuk menjawab pertuduhan sebelum keputusan diumumkan. (E) Mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman dan memerintahkan pemulangan jawatan dan pemberian gaji tertunggak. (F) Fakta kes menunjukkan pemohon telah diawasi tindakan tatatertib atas ketidakhadiran dalam tempoh yang panjang. (G) Keputusan akhir diambil berdasarkan penilain berkenaan kebenaran fakta dan prosedur yang diabaikan: “Perintah Certiorari dikeluarkan untuk menggugurkan pemecatan.” (H) Parti terlibat: Pemohon dan Responden pertama hingga keempat. (I) Tiada pendapat dissenting dilaporkan.

PENGHAKIMAN

Azman Abdullah H:

Latar Belakang Kes

[1] Pemohon melalui Notis Permohonan (Kand. 1) telah memohon satu Semakan Kehakiman antara lain untuk perintah Certiorari bagi membatalkan keputusan buang kerja oleh Lembaga Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No 1) serta perintah untuk Pemohon dikembalikan semula ke jawatan terakhirnya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 'reinstatement' tanpa kehilangan kekananan pangkat berserta tunggakan gaji termasuk kenaikan gaji, emolumen, elaun-elaun dan lain- lain manfaat dari tarikh akhir Pemohon menerima gaji sehingga penyelesaian penuh.

[2] Mahkamah Tinggi ini pada 16 Mac 2022 telah membenarkan permohonan semakan kehakiman Pemohon dan memberikan perintah sebagaimana yang berikut:

(a) Suatu perintah Certiorari dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia ini bagi membataikan keputusan yang telah diberi oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No 1), Kementerian Pendidikan Malaysia (Responden Pertama dan Responden Kedua) bagi pihak Responden Kelapan untuk membuang kerja Pemohon dari Perkhidmatan Pendidikan berkuatkuasa pada 15 September 2015 serta terhadap keputusan muktamad oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Peiajaran, Malaysia (Responden Ketiga dan Responden Keempat) bagi pihak Responden Kelapan pada 12 Mac 2019 yang mengekalkan keputusan hukuman buang kerja terhadap Pemohon yang diberikan oleh Responden Pertama dan Responden Kedua dan seterusnya Pemohon dikembalikan semula ke jawatan terakhirnya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 tanpa kehilangan kekananan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan lain-lain manfaat;

(b) Perintah-perintah sampingan dan berbangkit dari perintah Certiorari tersebut seperti berikut:

(i) Suatu siasatan untuk menentukan tunggakan gaji termasuk tunggakan kenaikan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedah-faedah lain yang Pemohon sepatutnya menerima dari tarikh 1 Julai 2018 sehingga penyelesaian penuh;

(ii) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah keseluruhan wang yang tertunggak dari tarikh 1 Julai 2018 sehingga penyelesaian penuh;

(c) Kos tindakan ini sebanyak RMS,000.00 dibayar oleh Responden-Responden kepada Pemohon.

[3] Responden-Responden telah tidak berpuas hati dengan keputusan ini dan telah memfailkan Rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Fakta Ringkas

[4] Dalam kes ini, Pemohon telah dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29. Pada 1 Ogos 2012, Pemohon ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sendayan, Jalan Seremban, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

[5] Pemohon telah dilaporkan melakukan perbuatan dan tindakan yang melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 (selepas ini dirujuk sebagai "PPPA (K&T) (Pindaan) 2002") apabila tidak hadir tugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh seperti berikut:

[6] Disebabkan itu, Pemohon telah dikenakan tindakan tatatertib sebanyak dua (2) kali iaitu pada 2012 dan 2014 atas sebab ketidakhadiran bertugas. Ringkasan kronologi adalah sebagaimana yang berikut:

[7] Selain daripada mengemukakan representasi, Pemohon turut mengemukakan surat bertarikh 20 Oktober 2014 dialamatkan kepada Penyelia Sekolah Tamil dengan tajuk 'Rayuan Berkhidmat Semula Sebagai Guru DG29'. Sebagai jawapan, Pemohon telah diserahkan dengan surat bertarikh 4 Disember 2014 dari Ketua Sektor Pengurusan Sekolah b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bertajuk 'Penempatan Semula (Redeployment) Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Dalam Negeri'yang memaklumkan bahawa Pemohon telah ditempatkan semula dalam perkhidmatan ke SJK(T) Kuala Pilah mulai 1 Januari 2015 sebagai Guru Akademik Biasa. (Eksibit "GD-411 di Encl 2 mis digital 34)

[8] Lanjutan daripada surat penempatan ters


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top