SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1735

MAHKAMAH TINGGI MALAYA PULAU PINANG
PER: SELVARAJA NAMACHIVAYAM; EX-PARTE: NARAYANASAMY KRISHNAN
[Dalam Kebankrapan No: PA-29NCC-587-08/2020]



Petitioner Advocates:Goh Hoi Ying ,Respondent Advocate: Ahilan Natarajah

Keputusan yang tidak ada formal defect dalam prosiding kebankrapan adalah sah, melainkan jika ditunjukkan substansial injustice.

Headnote:(A) Akta Insolvensi 1967 – Seksyen 3(1)(i) dan 131 – Notis Kebankrapan – Rayuan oleh Penghutang Penghakiman terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang menolak permohonan untuk mengenepikan Notis Kebankrapan – Mahkamah mendapati bahawa serahan bukan suatu alasan untuk mengetepikan BN – Keputusan SAR adalah betul, tiada kesalahan undang-undang yang dibuktikan oleh Penghutang – Kes dibincangkan berkaitan dengan formal defect dan implikasi terhadap prosiding kebankrapan. (Paras 14, 18, 23)

(B) Permohonan untuk mengenepikan penghakiman berdasarkan kecacatan dalam penghakiman yang tidak mematuhi prosedur tidak dapat diterima – Mahkamah menegaskan bahawa ketidaklengkapan dalam penghakiman tidak membatalkan keputusan asal. (Paras 16, 24)

Facts of the case: Penghutang Penghakiman dikenakan Notis Kebankrapan untuk jumlah RM681,1238.20, dibantah atas alasan prosedur dan kecacatan penghakiman.

Findings of Court: Keputusan SAR tidak memerlukan campurtangan, serahan BN sah, tiada bukti kukuh untuk menyokong kecacatan.

Issues: Sama ada Notis Kebankrapan itu cacat dan perlu diketepikan atas dasar prosedur.

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati bahawa formal defect tidak mencacatkan kes kecuali terdapat bukti keadilan yang substantif ditimbulkan.

Result: Rayuan ditolak dengan kos.

PENGHAKIMAN

[Lampiran 84]

Azizan Md Arshad PK:

Pengenalan

[1] Ini adalah rayuan oleh Penghutang Penghakiman ("JD") [Lampiran 84] yang difailkan terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar ("SAR") yang diberikan pada 9 November 2021 yang menolak Saman Dalam Kamar (Lampiran 42) untuk mengenepikan Notis Kebankrapan ("BN") dengan kos sebanyak RM1,000.00.

[2] Alasan Permohonan JD dalam Lampiran 84 adalah seperti berikut:

(i) Pindaan permintaan Untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan tidak diserahkan bersama-sama dengan Notis Kebankrapan selaras Kaedah 90, 91 dan 92 Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017;

(ii) Pemiutang Penghakiman tidak mematuhi arahan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 26 Mac 2021 yang telah diminitkan; dan

(iii) Keputusan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 9 November 2021 harus diketepikan dengan kos.

Latar Belakang Kes

[3] JD telah diserahkan dengan Notis Kebankrapan ("BN") untuk menuntut terhadap wang berjumlah RM681,1238.20. JD telah mempertikaikan Notis Kebankrapan tersebut dengan menghantar Notis di bawah s 3(2)(ii) dibawah Akta Insolvensi 1967 untuk mengenepikan BN tersebut.

[4] JD telah membantah dengan mengatakan bahawa BN pada 26 Mac 2012 adalah cacat kerana serahan terhadap Penghutang Penghakiman melalui surat bertarikh 12 Mei 2021 yang diterima pada 18 Mei 2021 adalah cacat dan tidak sah.

[5] Pindaan telah dibenarkan oleh HMS dan serahan dibuat kepada JD namun JD membantah kerana Pindaan permintaan BN tidak diserahkan bersama-sama dengan BN sepertimana arahan SAR dan juga bertentangan dengan s 97 Akta Insolvensi 1967 . Hanya pindaan BN saja yang diserahkan kepada JD. Peguam JD membuat bantahan atas alasan menyahguna proses mahkamah.

[6] JD menghujahkan bahawa JD telah membuat bantahan terhadap Permintaan Untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan dan suatu permohonan untuk meminda Permintaan Untuk Mengeluarkan BN oleh JD. Oleh itu JD menghujahkan bahawa Pindaan yang dicadangkan oleh JC adalah "substantive" dan memprejudiskan JD maka Doktrin Estoppel adalah terpakai di dalam prosiding ini.

[7] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, HMS telah menolak hujahan ini dan memutuskan bahawa serahan dan BN tersebut adalah sah dan menolak bantahan JD. Rayuan difailkan terhadap keputusan tersebut.

Hujahan JD

[8] JD berhujah bahawa Permintaan Mengeluarkan Notis Kebankrapan adalah cacat kerana ia amat mengelirukan. Ini kerana di dalam Permintaan tersebut menyatakan ianya dibuat oleh JC sendiri manakala ia ditandatangani oleh Peguam JC dan bukannya oleh JC sendiri. Oleh itu ia tidak mengikut Akta dan Peraturan Kebankrapan. JD telah menghantar notis bantahan terhadap Notis Kebankrapan tersebut.

[9] Seterusnya JD menghujahkan bahawa JC tidak mengepilkan senarai kos semasa memeteraikan penghakiman tersebut. Kegagalan ini merupakan satu kecacatan yang tidak boleh diperbetulkan dan menyebabkan BN yang didasarkan daripada penghakiman tersebut juga adalah tidak sah. Senarai kos adalah satu keperluan mandatori untuk dinyatakan oleh JC dalam penghakiman itu dan kegagalan berbuat demikian merupakan satu kecacatan yang serius. Ini adalah kerana prosiding kebankrapan terhadap seseorang adalah serius dan ia merupakan satu prosiding yang membawa 'penal consequences' terhadap JD, oleh itu BN tersebut harus ditolak oleh Mahkamah.

[10] Dalam masa yang sama JD juga telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan Penghakiman tersebut di Mahkamah Sesyen atas alasan JC telah memeteraikan penghakiman tersebut secara penipuan dan pindaan yang dicadangkan oleh JC harus ditolak kerana ia telah menukar karektor pihak-pihak dalam prosiding BN.

Hujah JC

[11] Serahan BN berserta pindaan yang berkaitan telah dibuat secara serahan kediri terhadap JD. JD hanya mempertikaikan serahan BN tanpa mempertikaikan BN itu sendiri dan kandungan jumlah penghakiman yang diperolehi. BN tersebut dikeluarkan berdasarkan penghakiman yang sah selagi mana ianya tidak diketepikan.

[12] JC seterunya berhujah bahawa penghakiman tersebut adalah sah dan senarai kos tidak perlu dimasukan ke dalam penghakiman be


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top