SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2014 MarsdenLR 1236

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD LWN. TEOH KWEE SENG
[Saman Pemula No: 24FC-90-01/2014]



Court must grant a sale order under Section 256 of the National Land Code unless the defendant shows valid cause to oppose it, emphasizing the mandatory nature of statutory procedures.

Headnote:(A) National Land Code 1965 - Section 256 - Islamic banking principles - Application for order of sale due to failure to pay loan obligations - Court outlined requirements for statutory notices and considering cause to the contrary - Legal standards for determining remedies available under the Code were applied. (Paras 10, 11, 12, 30, 32)

(B) Charge and Mortgage law - Importance of statutory compliance by the chargee for court applications - Failure to raise sufficient cause to oppose application led to the court granting the order. (Para 30)

Facts of the case:
The plaintiff, having provided a loan facility to the borrower, initiated actions for a court order to sell mortgaged property following the borrower's default on repayment. Notices were issued under the National Land Code and procedural compliance was established. (Paras 3-6)

Findings of Court:
The court affirmed the defendant's failure to present valid opposition under Section 256 (3) of the National Land Code. The plaintiff complied with all necessary prerequisites for the order of sale. (Paras 10, 30)

Issues: The primary question was whether the defenses raised by the defendant constituted a valid cause to oppose the sale of the property under Section 256. (Paras 13, 30)

Ratio Decidendi: The court emphasized that the existence of cause to the contrary is not simply based on sympathy for the borrower. The statutory framework under Section 256 mandates an order for sale unless credible evidence of justification is presented. (Paras 30, 32)

Result: Application granted, order for sale issued.

Table of Content
1. factual background of the loan agreement. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8)
2. procedural requirements for sale orders. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
3. counterarguments regarding claims and debts presented. (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 28)
4. defendant’s counterarguments regarding proceedings. (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25)
5. court's obligation in granting sale orders. (Para 30 , 31)
6. conclusion and determination of costs. (Para 32 , 33)

[1] Plaintif melalui surat tawaran bertarikh 21 Februari 2007 telah menawarkan pembiayaan Al Bai Bithamin Ajil [BBA] kepada Elite Palms Industries Sdn Bhd ["Peminjam"] berjumlah RM23 juta. Kemudahan BBA ini bagi membiayai sebahagian kos membina sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di atas tanah seluas 30 ekar di Mukim Tawar, Daerah Baling, Kedah Darul Aman.

[2] Pinjaman BBA ini juga tertakluk kepada dua (2) "Assest Purchase Agreement" bertarikh 18 Julai 2007 [eks "A-2" dan "A-13" afidavit sokongan plaintif]. Selanjutnya defendan telah menggadaikan tanahnya sebagai gadaian pihak ketiga yang dikenali sebagai Geran 91577, Lot 5247, Bandar Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman [Tanah itu] bagi tujuan kemudahan pinjaman BBA tersebut. Gadaian ini telahpun didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik Negeri Kedah Darul Aman sebagai Perserahan No: 11162/2007 bagi menjamin kemudahan pinjaman sehingga had RM34,148,766.24.

[3] Peminjam telah gagal mematuhi terma-terma dan enggan/gagal membuat sebarang pembayaran bulanan selaras dengan pembiayaan BBA. Plaintif kemudiannya melalui peguamnya Tetuan Skrine & Co telah menghantar notis bertarikh 21 Oktober 2013 [eks "A-5"] kepada peminjam untuk menuntut jumlah bayaran yang telah tertunggak setakat 10 Oktober 2013 berjumlah RM25,547,675.79 dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan. Peminjam gagal atau enggan membuat bayaran yang dituntut ini.

[4] Plaintif selanjutnya melalui peguamnya Tetuan Skrine & Co melalui suratnya bertarikh 4 November 2013 telah menuntut jumlah yang tertunggak dan membayarnya dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat dikeluarkan. Defendan juga gagal atau enggan membuat sebarang pembayaran yang dituntut.

[5] Plaintif kemudiannya bertindak mengikut Klausa 18.01 Lampiran gadaian melalui peguamnya yang sama mengeluar dan menyerahkan Notis 16D di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Kanun itu] kepada defendan secara pos berdaftar dan meminta defendan memulihkan perlanggaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh Borang 16D diserahkan.

[6] Plaintif akhirnya tiada pilihan kerana peminjam dan defendan tidak membuat sebarang pembayaran jumlah yang tertunggak dan telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang dikenali sebagai Guaman Sivil No: 22M-5-12/2013 [Guaman 2013].

[7] Plaintif pada masa yang sama telah memfailkan saman pemula lampiran [1] bagi memperolehi Perintah Jualan selaras dengan peruntukan s 256 Kanun itu dan menjual tanah itu secara lelongan awam. Permohonan plaintif ini telah disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Encik Charles Francis Donough selaku Ketua "Special Asset Management Department" [lampiran (2)].

[8] Saman Pemula ini telahpun diserahkan pada 18 Februari 2014 kepada defendan melalui peguamnya iaitu Tetuan Tan Bak Lee & Co secara serahan courier [City-Link Express] dan ianya ditunjukkan dalam afidavit penyampaian [lampiran (9) sebagai eks "SDR-1"]. Permohonan plaintif ini telah dibantah oleh defendan dan beliau telah memfailkan afidavit jawapan [lampiran (7)]. Selanjutya plaintif melalui Puan Zarina Binti Nadizimuddin, Ketua di "Corporate Services Department [Legal and Company Secretary] telah memfailkan afidavit jawapan kepada afidavit defendan.

[9] Pihak-pihak telah memfailkan penghujahan bertulisnya dan pada 3 Julai 2014 Mahkamah ini telah membenarkan lampiran [1] dengan kos sebanyak RM 2,000.00. Pihak defendan yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini membenarkan Perintah Jualan itu atas tanah itu telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysi

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top