SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 1148

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
MOHAMMAD HAZRI RAMLE LWN. JOHN DOE & SATU LAGI
[Rayuan Sivil No: B12-775-2010]



The plaintiff bears the burden of proving negligence, and if insufficient evidence is presented, the defendant is not required to demonstrate a lack of negligence.

Headnote:(A) Liability in negligence - The court addressed the issues of causation and the burden of proof, stating that the plaintiff must prove that the defendant's negligence caused the accident (Paras 3, 4, 19, 25).

(B) Quantum of damages - The court determined the appropriate compensation for the plaintiff's injuries, increasing the award from RM22,000 to RM25,000 (Paras 7, 24).

Facts of the case:
The plaintiff, riding a motorcycle, collided with the defendant's truck, resulting in a left-leg fracture. The defendant denied responsibility, claiming a third vehicle caused the accident (Paras 1, 2).

Findings of Court:
The trial court found insufficient evidence to establish the defendant's negligence and affirmed that the burden of proof lay with the plaintiff, who failed to prove the case (Paras 4, 25).

Issues: The main issues concerned the conflicting accounts of the accident, the credibility of witnesses, and the adequacy of the written defense (Paras 13, 15, 19).

Ratio Decidendi: The court emphasized that without reliable evidence of the defendant's involvement in the accident, the plaintiff could not shift the burden of proof. The trial judge’s findings were consistent with legal principles governing burden and standard of proof (Paras 20, 25).

Result: The appeal against the decision on liability was dismissed, while the appeal on quantum was partially allowed.

Table of Content
1. factual background of the accident. (Para 1 , 2)
2. court's difficulty in determining liability. (Para 3 , 4)
3. plaintiff's arguments on liability assessments. (Para 6 , 9 , 12)
4. principles related to burden of proof and quantum awards. (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 24)

[1] Lebih kurang pukul 3.00 (tiga) petang, pada 18 Oktober 2006, perayu/plaintif (selepas ini dirujuk sebagai plaintif) menyatakan bahawa ketika beliau menunggang motosikal WGA 9084 dari rumah ke tempat kerja beliau, dan apabila beliau sampai di Jalan Subang selepas lampu isyarat Jalan Subang Monteres, beliau mendakwa bahawa sebuah moto lori bernombor pendaftaran WFL 4951 secara tiba-tiba telah masuk ke laluan beliau dari arah bertentangan dan menyebabkan motosikal plaintif bertembung dengan motolori tersebut. Akibat dari kemalangan tersebebut, plaintif telah mengalami kecederaan patah kaki sebelah kiri.

[2] Sebagai jawapan, responden/defendan (selepas ini dirujuk sebagai defendan) menafikan bahawa beliau terlibat di dalam perlanggaran yang didakwa oleh plaintif. Defendan memberikan keterangan bahawa ketika beliau sampai di tempat kejadian, beliau melihat di hadapan beliau iaitu dari arah bertentangan, datang sebuah motosikal. Motosikal tersebut telah melanggar sebuah kereta jenis Kancil bernombor WEB 1278 di mana selepas pelanggaran tersebut, motosikal tersebut telah jatuh dan menggelongsor ke arah motolori defendan. Selepas itu, defendan mendakwa bahawa beliau telah mengelak dengan membelokkan motolori beliau masuk ke laluan bertentangan dan kemudian membelok untuk masuk semula ke dalam laluan beliau tanpa melibatkan pelanggaran di antara motolori beliau dengan motosikal plaintif.

Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen

Isu Liabiliti

[3] Hakim Mahkamah Sesyen (selepas ini dirujuk sebagai HMS) mendapati bahawa versi keterangan plaintif dan defendan berkaitan kejadian tersebut bercanggah sama sekali. Di dalam kes ini tidak ada saksi bebas dan tidak ada mana-mana pihak yang telah disaman oleh pihak polis. HMS juga mendapati bahawa siasatan polis tidak lengkap memandangkan penolong pegawai penyiasat yang hadir memberikan keterangan tidak menyedari kewujudan laporan polis yang dibuat oleh defendan untuk menafikan penglibatan beliau di dalam kemalangan tersebut. Selanjutnya, HMS mendapati motolori yang dipandu oleh defendan dan juga motosikal plaintif tidak diperiksa untuk menentukan sebarang kerosakan akibat dari kemalangan tersebut. Berdasarkan fakta-fakta relevan ini, HMS sukar untuk menentukan bagaimana kemalangan ini berlaku, apatah lagi mengatakan bahawa kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian pihak defendan.

[4] Setelah mendengar keterangan, HMS telah membuat dapatan bahawa plaintif gagal membuktikan kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian defendan. Plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenderaan defendan terlibat di dalam kemalangan tersebut. HMS selanjutnya menyatakan alasan beliau dalam membuat dapatan tersebut, di mana secara ringkasnya beliau merumuskan bahawa tiada sebarang gambar diambil untuk menunjukkan kerosakan kenderaan dan juga penglibatan motolori di dalam kemalangan tersebut tidak dapat disahkan oleh penolong pegawai penyiasat ataupun pihak bebas yang lain.

Isu Kuantum

[5] Mengenai isu kuantum, bagi kecederan kepatahan tibia dan fibula sebelah kiri (closed fracture of left tibia and fibula) tanpa kependekan dengan kecacatan dan parut, HMS memutuskan bahawa awad yang wajar diberikan adalah sebanyak RM22,000.00

Hujahan Peguam Perayu / Plaintif

Isu Liabiliti

[6] Encik S Viswanathan, peguamcara bagi pihak plaintif menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf dalam membuat keputusan mengenai isu liabiliti kerana gagal mempertimbangkan keterangan yang material dan HMS tidak objektif serta menyebelahi satu pihak sahaja ketika menilai keterangan relevan (non-consideration of material evidence and appreciation of evidence is not objective and one sided). Encik S Viswanathan selanjutnya menyatakan bahawa HMS secara asasnya telah tersalah arah

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top