2014 MarsdenLR 134
MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
JAYA LETCHUMI KK KUTTAN LWN. PENGARAH NEGERI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (CAWANGAN NEGERI SEMBILAN)
[Saman Pemula No: 24NCVC-117-10/2013]
Plaintiff can initiate civil claims regarding ownership of property despite related bankruptcy proceedings, asserting rights against wrongful possession without being bound by bankruptcy jurisdiction limitations.
Headnote:(A) Bankruptcy Act 1967 - Section 91(1) and Section 86 - Specific Relief Act 1950 - Section 41 - Plaintiff sought declarations regarding ownership of items in a safety deposit box shared with a bankrupt. Court ruled that plaintiff, as a third party, could challenge the defendant's possession of items without being subject to bankruptcy jurisdiction. (Paras 1-26)
(B) Jurisdiction of courts - The court reaffirmed that matters involving declarations of title can be pursued in civil court even when related to bankruptcy matters. (Paras 15-24)
| Table of Content |
|---|
| 1. reliefs sought by the plaintiff (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 2. court analysis on claims and jurisdictions (Para 11 , 18 , 20 , 21 , 23 , 24) |
| 3. defendant's jurisdictional arguments (Para 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 25) |
| 4. court's ruling on action maintainability (Para 19 , 22) |
Pengenalan
[1] Melalui Saman Pemula ini plaintif memohon kepada Mahkamah untuk relif-relif berikut:
(a) suatu deklarasi bahawa barangan di dalam peti simpanan deposit yang disewa atas nama plaintif dan si bankrap adalah dimiliki sepenuhnya oleh plaintif;
(b) suatu deklarasi bahawa defendan secara salah telah meletak hak ke atas 50% daripada barangan yang terkandung dalam peti simpanan deposit yang disewa di atas nama plaintif dan si bankrap;
(c) suatu deklarasi bagi defendan secara salah telah meletakkan beban untuk membuktikan bahawa barangan dalam peti simpanan deposit tersebut di atas plaintif;
(d) suatu deklarasi bahawa defendan secara salah telah menjual balik 50% daripada barangan yang terkandung didalam peti simpanan deposit tersebut kepada plaintif;
(e) bahawa defendan membayar balik plaintif RM61,235.00 (Ringgit Malaysia enam puluh satu ribu dua ratus tiga puluh lima) yang merupakan 50% daripada nilai keseluruhan barangan dalam peti simpanan deposit tersebut yang dirampas oleh defendan;
(f) kos; dan
(g) apa-apa atau lain relif difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah mulia ini.
[2] Bantahan awal telah dikemukakan oleh Pihak defendan di awal pendengaran saman pemula dan defendan kemudiannya memfailkan suatu permohonan untuk membatalkan Saman Pemula plaintif bertarikh 21 Oktober 2013 dan Afidavit Sokongan plaintif bertarikh 18 Oktober 2013 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a) atau (b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Fakta Ringkas Tindakan
[3] Plaintif telah menyewa satu peti simpanan dengan Bank OCBC di Teluk Intan di atas nama beliau dan juga anak saudaranya, Sathumathavan a/l Kalatharansebagai penyewa bersama. Peti simpanan tersebut digunakan bagi menyimpan barang kemas.
[4] Suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman telah dijatuhkan terhadap Sathumathavan (si bankrap) di Mahkamah Tinggi Seremban atas petisyen RHB Leasing Sdn Bhd pada 16 Februari 2011.
[5] Pada 23 Mei 2011 pihak bank telah memaklumkan plaintif bahawa penyewa bersama telah bankrap dan di atas arahan defendan, pihak bank telah menggantung hak plaintif untuk akses kepada peti simpanan tersebut.
[6] Plaintif setelah itu telah mengatakan bahawa pihaknya telah banyak kali memberi penjelasan bahawa kesemua barang kemas yang ada dalam peti simpanan adalah miliknya dan tidak ada satu pun kepunyaan si bankrap.
[7] Pada 9 Ogos 2011, defendan telah meminta plaintif mengemukakan bukti bahawa semua barang kemas dalam peti simpanan tersebut adalah kepunyaannya. Plaintif telah mengemukakan penjelasan melalui surat pada 12 September 2011 dengan mengatakan barang kemas di dalam peti simpanan adalah miliknya peninggalan pusaka mendiang ibu dan suami. Plaintif turut mengemukakan sesalinan surat akuan bersumpah yang diikrarkan oleh si bankrap bertarikh 24 Ogos 2011 yang menegaskan barangan di dalam peti simpanan tersebut bukan miliknya.
[8] Namun begitu defendan masih membuat keputusan untuk menyita 50% barangan di dalam peti simpanan dengan alasan plaintif gagal membuktikan tuntutannya.
[9] Pada 10 November 2011 pihak defendan telah membuat penilaian ke atas barangan yang ada di dalam peti simpanan. Oleh kerana takut akan kehilangan barang kemas tersebut, plaintif telah terpaksa membeli balik separuh daripada barang kemas yang hendak disita tersebut dengan harga RM61,235.00.
[10] Tidak berpuas hati dengan tindakan defendan tersebut plaintif memfailkan Saman Pemula ini. Sementara itu pihak defendan telah mengemukakan bantahan awal di atas persoalan undang-undang dan kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan Saman Pemula dengan mengguna pakai alasan dan penghujahan yang sama.
[11] Mahkamah telah menolak bantahan awal dan permohonan untuk m