SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 1268

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA TERENGGANU
TEONG LOH REALTY SDN BHD LWN. PENTADBIR TANAH KUALA TERENGGANU & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: TA-21NCVC-1-03/2024]



Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tidak mempunyai lokus standi dan tindakan dihalang oleh had masa, serta tiada kausa tindakan yang munasabah untuk pencerobohan tanah.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 18 k 19(1)(a), (b) dan (d) - Permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan - Tuntutan Plaintif berkaitan pencerobohan tanah akibat kecuaian Defendan - Mahkamah mendapati tiada kausa tindakan yang munasabah kerana Plaintif tidak mempunyai lokus standi dan tindakan dihalang oleh Akta Had Masa 1953. (Paras 4, 36, 59)

(B) Locus Standi - Plaintif tidak berhak memulakan tindakan kerana bukan pemilik berdaftar tanah pada masa pencerobohan. (Paras 9, 59)

(C) Had Masa - Tindakan Plaintif dihalang oleh Akta Had Masa 1953 kerana tindakan difailkan setelah lebih 17 tahun dari tarikh kausa tindakan. (Paras 46, 59)

(D) Laches - Kelewatan yang tidak terhingga oleh Plaintif dalam mengambil tindakan. (Paras 55, 59)

Facts of the case:
Plaintif memohon deklarasi pencerobohan tanah dan ganti rugi akibat kecuaian Defendan. Namun, Plaintif hanya menjadi pemilik berdaftar pada tahun 2007, sedangkan pencerobohan berlaku pada tahun 1980-an. (Paras 3, 9)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati tiada kausa tindakan yang munasabah, dan tindakan Plaintif dihalang oleh had masa. (Paras 59)

Issues: Adakah Plaintif mempunyai lokus standi dan adakah tindakan dihalang oleh had masa? (Paras 59)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tidak mempunyai lokus standi kerana bukan pemilik berdaftar pada masa pencerobohan dan tindakan dihalang oleh Akta Had Masa 1953. (Paras 59)

Result: Permohonan Defendan untuk membatalkan Writ Saman dibenarkan dengan kos.

PENGHAKIMAN

Hassan Abdul Ghani H:

[1] Ini adalah permohonan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga dalam Lampiran 13 dan Defendan Kedua dalam Lampiran 15 untuk membatalkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Plaintif dibawah A 18 k 19(1)(a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 [KKM] atau dibawah bidangkuasa sedia ada Mahkamah.

Kertas Kausa

[2] Kertas kausa yang berkaitan ialah:

(i) Writ dan Penyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 3 Mac 2024;

(ii) Penyatan Pembelaan Defendan Kedua bertarikh 3 April 2024;

(iii) Penyataan Pembelaan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga bertarikh 7 April 2024;

(iv) Jawapan kepada pembelaan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga bertarikh 29 April 2024;

(v) Jawapan kepada pembelaan Defendan Kedua bertarikh 29 April 2024;

(vi) Notis Permohonan menurut A 18 k 19(1) KKM 2012 bertarikh 27 Jun 2024;

(vii) Afidavit Sokongan Defendan Pertama dan Ketiga bertarikh 27 Jun 2024;

(viii)Afidavit Sokongan Defendan Kedua bertarikh 27 Jun 2024;

(ix) Afidavit Jawapan Plaintif bertarikh 17 Julai 2024;

(x) Afidavit Balasan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga bertarikh 6 Ogos 2024; dan

(xi) Afidavit Balasan Defendan Kedua bertarikh 8 Ogos 2024.

Tuntutan Plaintif

[3] Plaintif dalam Writ Saman menuntut-

(a) Deklarasi bahawa telah berlaku pencerobohan keatas sebahagian tanah GM 2495 Lot 3908, Mukim Batu Burok, Gong Paya Kerchut, Daerah Kuala Terengganu yang tersebut akibat kecuaian Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan secara vikarius Defendan Ketiga;

(b) Defendan-Defendan membayar gantirugi diatas pencerobohan sebahagian tanah tersebut yang akan ditaksirkan;

(c) Defendan Ketiga diperintahkan mengambil batik (acquire) sebahagian tanah tersebut yang telah dicerobohi secara tidak sah;

(d) Gantirugi teladan;

(e) Kos; dan

(f) Lain-lain perintah yang difikrkan patut.

Atasan-Alasan Permohonan

[4] Defendan Pertama dan Ketiga memohon membatalkan Writ Saman Plaintif atas alasan-alasan berikut-

(a) Plaintif dalam pliding gagal menunjukkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama dan Defendan Ketiga iaitu bahawa suatu kecuaian telah diakukan oleh Defendan Pertama yang telah mengakibatkan berlakunya pencerobohan keatas tanah Plaintif yang berketerangan GM 2495, Lot 3908 Mukim Batu Burok, Gong Paya Kerchut, Daerah Kuala Terengganu [Tanah itu].

(b) Plaintif tidak mempunyai lokus standi' disegi undang-undang atau fakta untuk mremulakan atau meneruskan kausa tindakannya menurut Writ Saman dan Penyataan Tuntutan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Ketiga oleh itu kausa tindakannya adalah salah disisi undang-undang.

[5] Alasan-alasan yang dikemukakan oleh Defendan Kedua ialah-

(a) Plaintif tidak mempunyai hakmilik keatas Tanah itu pada masa pencerobohan yang didakwa itu diantara tahun 1984-1987;

(b) Kausa tindakan berupa Plaintif yang dikatakan adalah milik bekas pemilik Tanah terhadap pemaju tanah jiran Lot 1453 semasa berlaku pencerobohan;

(c) Kausa tindakan pemilik tanah pada masa itu adalah terhadap Pemaju Lot 1453; tidak ada apa-apa tindakan;

(d) Bagi Plaintif yang mendapat hak milik sah keatas Lot 3908 pada tahun 2002, kausa tindakannya timbul pada ketika itu dan apa-apa kausa tindakan tersebut itu adalah terhadap bekas pemilik tanah Lot 3908 yang menjual tanah-tanah mereka kepada Plaintif.

(e) Plaintif tidak mempunyai lokus standi disegi undang-undang atau fakta untuk memulakan atau meneruskan kausa tindakannya menurut Writ Saman dan Penyataan Tuntutan terhadap Defendan Kedua dan oleh itu kausa tindakannya adalah salah disisi undang-undang atau fakta.

(f) Writ Saman Plaintif dihalang dibawah ss 6 dan 6A, Akta Had Masa 1953 [Akta 254].

Afidavit Defendan Pertama dan Ketiga

[6] Defendan Kedua dan ketiga mengatakan tuntutan Plaintif keatas Defendan atas dakwaan bahawa kecuaian Defendan yang menyebabkan berlaku pencerobohan justeru tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.

[7] Isu pencerobohan tidak bebangkit kerana dibawah KTN Defendan Pertama dan Ketiga tidak perlu mendapat kebenaran dari pemilik berdaftar atau mana-mana pihak sebelum memberi kelul


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top