2024 MarsdenLR 45
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD LWN. MOHAMED NOOR MOHAMED AMIN & YANG LA....
[Writ No: BA-22NCvC-322-08/2022]
Plaintiff successfully proved its claim against Defendant One for the return of RM3,462,000.00 due to misrepresentation and lack of authority in the takeover of BHPetrol Station.
Headnote:(A) Akta Koperasi 1993 - Tuntutan ganti rugi atas pelanggaran tugas fidusiari dan salahnyata - Plaintif menuntut pemulangan RM3,500,000.00 yang dibayar kepada Defendan Pertama, yang didapati tidak mempunyai kuasa untuk menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol - Mahkamah memutuskan Defendan Pertama perlu membayar baki RM3,462,000.00 kepada Plaintif - Tuntutan terhadap Defendan Kedua ditolak. (Paras 28, 55, 85)
(B) Beban Pembuktian - Prinsip bahawa beban pembuktian terletak pada pihak yang mendakwa dan bukti harus dibuktikan atas imbangan kebarangkalian - Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan Pertama. (Paras 32, 33, 61)
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Pada 11 Ogos 2022, Plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan-Defendan berkenaan dengan:
• 3 dokumen iaitu Perjanjian dan Deed of Assignment untuk dideklarasikan sebagai tidak sah dan tidak terpakai;
• deklarasi bahawa 1 post dated cheque berjumlah RM3,500,000.00 atas nama Warkah Harapan Enterprise yang "tak laku" (dishonoured cheque) dan Defendan-Defendan membayar ganti rugi kepada Plaintif.
• Defendan Kedua melanggar tugas fidusiari sebagai peguam cara & peguam bela.
• Ganti rugi atas pelanggaran tugas fidusiari.
• Ganti rugi atas salahguna kuasa, salahnyata representasi dan/atau fraud.
• Ganti rugi Khas sebanyak RM3,466,628.20.
• Ganti rugi Teladan.
• Faedah.
• Kos.
Fakta Yang Dipersetujui
[2] Plaintif ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993. Antara objektif Plaintif sebagai koperasi ialah menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang untuk menjana pendapatan Plaintif.
[3] Defendan Pertama diperkenalkan kepada Plaintif untuk membina sebuah stesen minyak bernama BHPetrol Lebuhraya Plus Hentian sebelah Ladang Bikam, Arah Utara Perak.
[4] Defendan Kedua ialah peguam cara dan peguam bela.
[5] Defendan Ketiga ialah ayah kandung kepada Defendan Pertama dan Defendan Keempat ialah adik perempuan kandung kepada Defendan Pertama. Defendan Ketiga dan Defendan Keempat menjalankan perniagaan perkongsian.
Stesen Minyak Bernama BHPetrol Lebuhraya Plus Hentian Sebelah Ladang Bikam, Arah Utara Perak (Selepas Ini Disebut "Stesen Minyak BHPetrol")
[6] Plaintif memplidkan dalam pernyataan tuntutan seperti yang berikut:
• pada 10 Januari 2022, Pengerusi Plaintif iaitu Haji Zaharuddin bin Alias dihubungi oleh seorang bernama Nazri bin Hassan dari syarikat Esprit Estate Agent Sdn Bhd mengenai cadangan pengambilalihan operasi Stesen Minyak BHPetrol kepada Plaintif yang akan menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol.
Kertas kerja disediakan oleh Nazri bin Hassan dan Defendan Kedua ialah peguam yang terlibat bagi tujuan itu.
• Plaintif/wakil-wakilnya, Defendan Pertama dan Defendan Kedua serta seorang individu bernama Mohd Radzi bin Johar telah hadir dalam perjumpaan pada 10 Januari 2022 untuk membincangkan tentang proses pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol.
• dokumen yang ditunjukkan kepada Plaintif ialah Supply and License Agreement bertarikh 27 Jun 2018; Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 23 April 2018.
• Defendan Pertama telah mendorong Plaintif untuk menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol dengan memaklumkan terdapat 2 lagi pihak yang berminat. Jika Plaintif berminat, Plaintif dikehendaki membayar deposit sebanyak 30% daripada jumlah RM4,500,000.00.
• pada 11 Januari 2022, Defendan Kedua melalui e-mel kepada Plaintif menawarkan Plaintif untuk menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol. Defendan Kedua membuat representasi bahawa Defendan Kedua ialah peguam yang mewakili Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah dilantik oleh BHPetrol sebagai operator Stesen Minyak BHPetrol.
• Plaintif bersetuju dengan tawaran tersebut dengan membalas e-mel Defendan Kedua. Plaintif menyatakan bahawa kelulusan due diligence ialah salah satu terma untuk dibuat oleh Defendan Kedua dan BHPetrol.
• Plaintif membayar deposit 30% (RM1,350,000.00) kepada Defendan Kedua sebagai stakeholder.
• pada 25 Januari 2022 Defendan Kedua memulangkan deposit kepada Plaintif jumlah sebanyak RM350,000.00 melalui cek dan jumlah sebanyak RM1,000,000.00 masih dipegang oleh Defendan Kedua. Alasan bagi pemulangan deposit ialah kerana Defendan Kedua menyatakan bahawa arahan BHPetrol ialah keseluruhan bayaran sebanyak RM3,500,000.00 perlu dibuat secara terus kepada Defendan Pertama.
• pada 31 Januari 2022, suatu perjumpaan diadakan di pejabat Defendan Kedua dan Plaintif dimaklumkan bahawa Defendan Pertama telah dilantik se