SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2022 MarsdenLR 752

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
BSM LWN. BAA & SATU LAGI
[Saman Pemula No: CB-24F-12-08/2022]



Petitioner Advocates:Bhama Baskaran,Thomas Jayaraj ,Respondent Advocate: Shahida Nadzirah

Mahkamah tidak ada kuasa untuk memerintahkan ujian DNA bagi menentukan nasab tanpa prosiding menghalang keadilan dan tiada undang-undang bertulis yang menyokong permohonan tersebut.

Headnote:(A) Akta Keterangan 1950 – Seksyen 112 – Permohonan ujian DNA – Pemohon memohon ujian DNA untuk menentukan nasab bagi tiga kanak-kanak – Mahkamah memutuskan ujian DNA tidak wajar diberikan kerana tiada prosiding lain berkaitan nasab yang sedang berjalan dan tiada undang-undang bertulis mengizinkan. (Paras 3, 60)

(B) Bidang kuasa sedia ada mahkamah (inherent jurisdiction) – Prinsip parens patriae tidak dapat digunakan untuk memerintahkan ujian DNA bagi tujuan nasab tanpa adanya kes yang berkaitan undang-undang keluarga mencukupi. (Paras 39, 40)

Facts of the case: Permohonan adalah oleh pihak Pemohon untuk perintah ujian DNA terhadap kanak-kanak bagi mengesahkan zuriat kepada Responden Pertama. Situasi timbul setelah berlaku petisyen perceraian. (Paras 1–6)

Findings of Court: Permohonan untuk ujian DNA ditolak; tiada alasan kukuh bagi mahkamah untuk menggunakan bidang kuasa sedia ada. Jika tiada undang-undang bersangkutan, mahkamah tidak wajar campur tangan. (Paras 60, 61)

Issues: Isu berkaitan sama ada mahkamah boleh mengarahkan ujian DNA untuk menentukan nasab tanpa prosiding lain yang mencukupi. (Paras 3)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa nasab dan kesahtarafan adalah isu berbeza. Tiada prosedur atau undang-undang membenarkan ujian DNA dikeluarkan pada masa ini, dan tanpa perbicaraan formal. (Paras 15, 20)

Result: Permohonan ditolak.

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor PK:

Pendahuluan

[1] Ini adalah permohonan daripada pihak Pemohon isteri untuk suatu perintah supaya ujian DNA dilakukan terhadap ketiga-tiga orang kanak-kanak. Ia dilakukan bagi tujuan untuk mengesahkan kesahtarafan kanak-anak tersebut sama ada ianya adalah merupakan zuriat kepada Responden Pertama. Responden Kedua pula memohon supaya mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau adalah bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut dan bukannya Responden Pertama.

[2] Di samping itu Pemohon juga memohon agar kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah jagaan dan kawalan Pemohon sehingga keputusan ujian DNA tersebut diperolehi dan kedudukan kanak-kanak tersebut sudah diperolehi sama ada ianya berkaitan dengan Responden Pertama atau sebaliknya.

Isu Utama

[3] Isu dalam kes ini sama ada mahkamah wajar mengarahkan atau memerintahkan kanak-kanak tersebut melakukan ujian DNA.

[4] Pemohon dalam affidavit sokongannya menyatakan bahawa Responden Pertama bukannya merupakan bapa kandung kepada kanak-kanak yang berada di dalam rumah perkahwinan Pemohon dan Responden Pertama. Sebaliknya ia adalah merupakan anak hasil perhubungan di antara Pemohon dan Responden Kedua.

[5] Pemohon menyatakan fakta ini telah diketahui oleh pihak Responden Pertama. Malahan Pemohon juga pernah memperkenalkan Responden Kedua sebagai bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut kepada Responden Pertama dan tiada sebarang bantahan daripada pihak Responden Pertama.

[6] Walau bagaimanapun telah berlaku pergolakan dalam keluarga Responden Pertama dan Pemohon sehingga menjurus kepada satu petisyen perceraian difailkan. Di dalam petisyen perceraian tersebut salah satu yang dipohon adalah berkenaan dengan hak penjagaan kanak-kanak tersebut. Di sinilah bermulanya pertikaian berkenaan dengan status kanak-kanak tersebut sama ada ianya adalah merupakan zuriat kepada Responden Pertama atau sebaliknya. Peguam Pemohon memaklumkan bahawa petisyen perceraian telah ditarik balik oleh Pemohon.

Analisa

Anggapan Sah Taraf Dan Nasab

[7] Jika diteliti kepada takfiran anak di dalam perkahwinan bagi tujuan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 telah menyatakan seperti berikut:

"child of the marriage" means a child of both parties to the marriage in question or a child of one party to the marriage accepted as one of the family by the other party; and "child" in this context includes an illegitimate child of, and a child adopted by, either of the parties to the marriage in pursuance of an adoption order made under any written law relating to adoption;

[8] Pada masa yang sama mahkamah perlu merujuk kepada s 112 Akta Keterangan 1950 yang memberikan anggapan bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir semasa tempoh suatu perkahwinan ia adalah satu bukti konklusif berkenaan kesahtarafannya. Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut:

"112. Birth during marriage conclusive proof of legitimacy

The fact that any person was born during the continuance of a valid marriage between his mother and any man, or within two hundred and eighty days after its dissolution, the mother remaining unmarried, shall be conclusive proof that he is the legitimate son of that man, unless it can be shown that the parties to the marriage had no access to each other at any time when he could have been begotten."

[9] Mahkamah merujuk kepada kes Ainan Mahamud v. Syed Abu Bakar Habib Yusoff; Puteh Kabariah Mohamud; Saudah Mahamud; Ratithan Mahamud; Sabariah Mahamud; Mat Sah, [1939] 1 MLJ 209 yang membincangkan berkenaan s 112 Akta Keterangan 1950 tersebut di mana Hakim Aitken menyatakan berkenaan pemakaian s 112 Akta tersebut seperti berikut:

" Section 112 of the Evidence Enactment reads as follows:

"The fact that any person was born during the continuance of a valid marriage between his mother and any man, or within two hundred and eighty days after its dissolution, the mother remaining unmarried, shall be conclusive proof that he is the legitimate son of that man, unless it can be shown


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top