SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2014 MarsdenLR 644

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
NORHIYAH MOHAMED SADRI LWN. IBRAHIM OMAR
[Saman Pemula No: 24NCvC-61-01/2014]



A wife has standing to claim rights in her deceased husband's estate, and the principle of res judicata applies to prevent re-litigation of settled matters.

Headnote:(A) Civil Procedure - Locus Standi - Res Judicata - The plaintiff, as the lawful wife of the deceased, has standing to file the suit despite not being the estate administrator. The defendant's reliance on res judicata was dismissed, as the prior adjudication provides that the agreement to purchase property remains valid, highlighting principles of lawful ownership and rights under a contract. (Paras 7, 12, 15, 23)

Table of Content
1. overview of property ownership and agreements. (Para 1 , 2)
2. plaintiff's claims and motions against the defendant. (Para 3 , 5 , 6)
3. defendant's objections relating to locus standi and action causes. (Para 7 , 8 , 9 , 11 , 12)
4. legal definitions and constraints regarding causes of action. (Para 10 , 14)
5. discussion of the res judicata principle. (Para 15 , 16)
6. clarification on property agreement terms. (Para 20 , 21 , 22)
7. plaintiff's right to file claims amidst appeals. (Para 23 , 24)
Abu Bakar Katar PK:

[1] Plaintif merupakan balu kepada Mokhtar Shafie yang telah meninggal dunia pada 7 Oktober 2005 [simati]. Melalui perjanjian bertarikh 4 November 1978 ["Perjanjian tersebut"] [ekshibit "B"] simati dan Ibrahim Omar ["Penjual tersebut"] bersetuju untuk membeli daripada penjual tersebut 2/3 bahagian daripada keseluruhan sebidang tanah yang dikenali sebagai SP No: 10107 Lot 699, Mukim Pengkalan Kundor, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman ["Tanah tersebut"] dengan harga RM23,000.00.

[2] Tanah tersebut kemudiannya telah dipecah sempadan kepada dua bidang tanah yang dikenali sebagai GM 27232 Lot 5438, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman dan GM 27233 Lot 5437, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Sehubungan dengan itu simati mempunyai kepentingan 2/3 bahagian atas kedua-dua bidang tanah yang berkenaan.

[3] Melalui Saman Pemula No: 24-1393-08/2011 defendan telah menuntut terhadap plaintif untuk milikan kosong atas alasan plaintif menduduki atas tanah secara tidak sah dan tanpa kebenaran defendan mengikut A 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Di dalam alasan penghakiman oleh YA Dato' Mohd Azman B. Husin H telah membuat penemuan fakta iaitu harga belian telah dijelaskan oleh simati dan plaintif mendudukinyan secara sah. Selanjutnya kandungan (1) dalam saman pemula tersebut ditolak dengan kos RM10,000.00.

[4] Melalui Perintah Mahkamah bertarikh 5 Disember 2012 plaintif mempunyai kepentingan atas hartanah GM 27233, Lot 5437, Mukim Bandar Alor Setar, Daerah Kota setar, Kedah Darul Aman. Plaintif telah cuba mendaftarkan namanya berpandukan Perintah Mahkamah berkenaan tetapi ianya tidak dapat dilakukan kerana simati telah meninggal dunia pada 7 Oktober 2005. Plaintif telah melakukan carian persendirian pada 2 Januari 2014 dan mendapati pemilik berdaftar masih atas nama defendan untuk kesemua bahagian.

[5] Plaintif melalui peguamnya iaitu Tetuan H.A. Chuah & Co memfailkan saman pemula di lampiran (1) untuk mendapatkan perintah-perintah yang berikut:

"1. Bahawa bahagian 2/3 daripada keseluruhan hakmilik bagi hartanah yang terkandung dalam Geran GM 27233, Lot 5437, Mukim Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah didaftar atas nama NORHIYAH BINTI MOHAMED SADRI (No. KP: 670502-08-5490) sebagai pemegang amanah bagi harta pusaka oleh MOKHTAR SHAFIE (No KP: 440315-02-5309).

2. Bahawa IBRAHIM OMAR (No. KP: 381125-02-5239) haruslah beri kerjasama dengan menyerahkan kemilikan salinan asal geran bagi hartanah yang terkandung dalam Geran GM 27233, Lot 5437, Mukim Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah kepada NORHIYAH BINTI MOHAMED SADRI (No. KP: 670502-08-5490) dan memulakan segala tindakan yang perlu disisi undang-undang untuk memindah milik bahagian 2/3 daripada keseluruhan hakmilik bagi hartanah yang terkandung dalam Geran GM 27233, Lot 5437, Mukim Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah ke atas nama NORHIYAH BINTI MOHAMED SADRI (No KP: 670502-08-5490) sebagai pemegang amanah bagi harta pusaka oleh MOKHTAR SHAFIE (No. KP: 440315-02-5309).

3. Bahawa Pendaftar Hakmilik/Pentadbir Tanah Daerah atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkenaan membuat segala yang perlu supaya Perintah ini diberi kesan sepenuhnya.

4. Untuk perintah-perintah lanjut atau lain seperti yang Mahkamah Yang Mulia ini anggap wajar dan adil."

[6] Defendan melalui peguamnya Tetuan Fahmi Mohd & Associates telah membantah permohonan plaintif dan memfailkan afidavit balasan [lampiran (6)]. Plaintif juga te

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top