SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1665

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD ISA ABDUL SAMAD
[Perbicaraan Jenayah No: WA-45-14-04/2019]



Petitioner Advocates:Afzainizam Abd Aziz,Nithia Sivasamy,Natasha Chin Le Jy,Nurdihana Rosdi,Muhammad Asyraf Mohamed Tahir ,Respondent Advocate: Dato' Setia Salehuddin Saidin,Siti Sarah Khalil,Julia Farisha Abdul Jais,Abu Bakar Isa Ramat,Amirul Jamaludin

PENGHAKIMAN

Mohd Nazlan Mohd Ghazali H:

Pembukaan

[1] Pendakwaan ini melibatkan satu pertuduhan pecah amanah jenayah di bawah Kanun Keseksaan ("KK") dan sembilan pertuduhan penerimaan suapan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ("ASPRM") terhadap tertuduh, yang pernah berkhidmat sebagai menteri besar Negeri Sembilan dan pada masa material pertuduhan-pertuduhan tersebut, memegang jawatan pengerusi Federal Land Development Authority ("FELDA").

[2] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kewujudan kes prima facie terhadap sembilan pertuduhan rasuah dan oleh yang demikian memerintahkan tertuduh untuk membela diri. Walau bagaimanapun, Mahkamah berkeputusan sebaliknya mengenai pertuduhan tunggal pecah amanah jenayah dan telah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tersebut tanpa memanggil beliau untuk membela diri. Mahkamah ini telah, dalam Mahkamah terbuka mengumumkan secara ringkas, ketika memberi keputusan-keputusan tersebut, sebab-sebab utama dapatan Mahkamah.

[3] Di akhir bicara keseluruhan kes berkaitan sembilan pertuduhan rasuah tersebut pula, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah dan dengan itu mensabitkan tertuduh atas kesemua sembilan pertuduhan tersebut.

[4] Penghakiman bertulis ini mengandungi keseluruhan analisa dan sebab-sebab keputusan dalam kes ini.

Fakta Utama & Latarbelakang Kes

[5] Sepuluh pertuduhan tersebut telah pada asalnya dibentangkan dan dibaca kepada tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Disember 2018. Tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Tidak lama selepas itu, atas permohonan pendakwaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan pemindahan kes ini di bawah s 417 Kanun Tatacara Jenayah ("KTJ") untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

[6] Lanjutan daripada arahan pindahan tersebut, apabila kes ini dipanggil untuk kali pertama di Mahkamah ini pada 11 April 2019, pertuduhan-pertuduhan telah dibaca semula dan tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan permintaan untuk dibicarakan di atas setiap satu pertuduhan. Mahkamah ini juga, setelah mengambilkira kesesuaian tarikh bagi semua pihak, menetapkan perbicaraan kes pihak pendakwaan untuk bermula pada 7 Oktober 2019 dan diteruskan untuk beberapa hari.

[7] Walau bagaimanapun, pada sesi pengurusan kes pada 23 September 2019, pihak pendakwaan mengemukakan permohonan secara lisan untuk tarikh permulaan bicara kes ini ditangguh dan dianjakkan ke tahun 2020. Satu-satunya alasan yang dinyatakan oleh pihak pendakwaan yang pada masa itu diwakili oleh Dato' Seri Gopal Sri Ram ialah Peguam Negara telah melantik peguam senior terpelajar Dato' Sri Gopal Sri Ram untuk mengetuai pendakwaan kes ini tetapi beliau pada waktu yang sama juga sibuk mengendalikan pendakwaan kes-kes jenayah berprofil tinggi yang lain seperti yang melibatkan bekas Perdana Menteri dalam perbicaraan kes berkaitan 1MDB di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 dan terhadap isteri bekas Perdana Menteri tersebut di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, kedua-duanya juga di Kuala Lumpur.

[8] Pihak pembelaan pula menyerahkan keputusan permohonan penangguhan tersebut kepada Mahkamah, dan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa walaupun tertuduh baru sahaja menukar barisan pasukan peguam, yang kini diketuai oleh peguam senior terpelajar, Dato' Setia Sallehudin Saidin, tertuduh kekal bersedia untuk dibicarakan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini.

[9] Mahkamah ini membuat keputusan menolak permohonan pihak pendakwaan tersebut. Mahkamah telah menyatakan bahawa tarikh perbicaraan telah ditetapkan lebih awal dan telah juga dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum ini. Mahkamah juga berpendapat Dato' Seri Gopal Sri Ram tidak dapat mengendalikan pendakwaan kes ini, jika benar, sepatutnya bukanlah suatu masalah kritikal kerana Pejabat Peguam Negara sebenarnya mempunyai lebih 500 timbalan pendakwaraya. Tambahan pul


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top