2020 MarsdenLR 549
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SO EYU CHOY LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: BA-42S-9-03/2019]
The court upheld a 6-year imprisonment and RM10,000 fine for human trafficking, emphasizing the serious impact on victims and national image, aligning the penalty with statutory maximums.
Headnote:(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 – Seksyen 12 – Perdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks – Tertuduh didapati bersalah atas sabitan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun serta denda RM10,000 (gagal bayar 2 tahun penjara) – Keseriusan kesalahan menarik perhatian terhadap imej negara di peringkat antarabangsa, dengan mangsa mengalami kecederaan mental dan emosional yang berpanjangan. (Paras 70, 76, 77, dan 80)
(B)
Rayuan – Pertimbangan mahkamah dalam menilai kesalahan adalah berdasarkan fakta kes serta undang-undang yang relevan – Hujahan bagi pengurangan hukuman adalah tidak bermerit, memandangkan mahkamah telah mengambil kira segala faktor relevan termasuk kepentingan awam. (Paras 6, 7, dan 21)
Facts of the case:
Tertuduh dituduh memperdagangkan mangsa bagi tujuan eksploitasi seksual, menyebabkan mangsa mengalami trauma dan fobia akibat paksaan. (Paras 74 dan 75)
Findings of Court:
Mahkamah mengesahkan hukuman penjara 6 tahun adalah berpatutan dan menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. (Para 21)
Issues
: Penilaian terhadap keseriusan kesalahan dan undang-undang yang menyokong hukuman.
Ratio Decidendi:
Mahkamah menegaskan bahawa kepentingan awam dan keseriusan kesalahan adalah faktor utama dalam menentukan hukuman yang diterima. (Paras 17 dan 22)
Result:
Rayuan ditolak.
PENGHAKIMAN
[1] Pertuduhan
Bahawa kamu di antara bulan Mac 2017 sehingga 19 April 2017 jam lebih kurang 820 malam di No 17-1 Jalan BPP 5/2 Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan dalam daerah Petaling dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperdagangkan Tran Ngoc Bao Tram No PP: Tiada, seorang warganegara Vietnam yang bukan seorang kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seks dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan boleh dihukum di bawah s 12 Akta yang sama.
Hukuman:
Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga denda.
[2] Melalui perbicaraan penuh Perayu (OKT) didapati bersalah dan disabitkan ke atas pertuduhan. Hakim Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dari tarikh jatuh hukum dan denda RM10, 000 gagal bayar 2 tahun penjara (OKT telah menjelaskan bayaran denda). Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman oleh OKT telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen.
[3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, OKT telah memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Walaubagaimanapun, Petisyen rayuan yang difailkan oleh OKT hanyalah terhadap hukuman sahaja.
[4] Peguam OKT dan Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan hujahan bertulis.
[5] Hakim Mahkamah Sesyen di dalam alasan penghakimannya berkaitan hukuman antara lain menyatakan seperti berikut;
70. Pihak pendakwaan memohon pertimbangan fakta bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius. lmpak terhadap mangsa adalah sangat berat. SP1 mengalami kecederaan mental dan emosi serta fizikal, mengalami keadaan fobia dan trauma. SP1 telah didera mental dan emosi kerana dipaksa untuk melacurkan diri.
71. Pihak pendakwaan juga telah menarik perhatian Mahkamah bahawa kedudukan Malaysia adalah di Tier ke2 dan Malaysia dalam pemerhatian antarabangsa. Kes-Kes seperti ini telah menjejaskan imej negara. Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa selain mangsa diperdayakan, Sp1 juga tidak dibayar gaji namun terpaksa juga bekerja melayan pelanggan kerana dia takut terus dijual. Pihak pendakwaan pohon hukuman berbentuk pencegahan bagi mencerminkan keseriusan kesalahan dan bagi menjaga kepentingan awam.
Hukuman dan alasan hukuman
72. Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti hujahan mitigasi dan pemberatan kedua-dua pihak, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun mulai tarikh jatuh hukum (25 Februari 2019 - tertuduh dalam jamin) dan denda RM10,000-00 tidak bayar 2 tahun penjara. Mahkamah juga menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman kerana mendapati tidak wujud sebarang special circumstances untuk membenarkan permohonan pembelaan.
73. Mahkamah telah mengambil kira Rayuan dan hujahan pemberatan pendakwaan dan peguam dan Mahkamah dapati hukuman penjara selama 6 tahun adalah berpatutan dan wajar. Ini kerana hukuman penjara adalah mandatory yang mempunyai had maksimum yang agak tinggi iaitu 15 tahun. Had maksimum ini ada dinyatakan secara spesifik dalam hukuman bagi kesalahan di bawah s 12 ATIPSOM.
74. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kes ini telah berlangsung secara perbicaraan penuh dan melibatkan saksi-saksi yang ramai serta memakan masa yang panjang juga. Hukuman penjara selama 6 tahun ini adalah wajar setelah Mahkamah mengambil kira dan mengimbangi antara kepentingan awam dan peranan yang dimainkan oleh tertuduh dalam kes ini.
75. Fakta dalam kes ini menunjukkan mangsa telah disekat kebebasannya diperlakukan dengan paksaan sehingga mengalami kecederaan mental, emosi dan fizikal sehingga mangsa fobia dan trauma. Hal ini boleh dilihat sewaktu SP1 menangis sewaktu memberikan keterangannya dan tiba-tiba tidak boleh bercakap dan seperti mengalami gangguan jiwa. Beliau tiba-tiba enggan memberikan keterangannya. Prosiding terpaksa ditangguhkan untuk memberikan laluan bagi menenangkan SP1. Mahkamah dapati beliau sangat trauma dan fobia dan menyatakan beliau ingin pulang ke Vietnam se