SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 2701

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
ROSLEE JAMALI LWN. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: JA-44-55-05-2021]



Petitioner Advocates:Ahmad Nafis Mohamad Tahrir ,Respondent Advocate: Norazlin Mohamad Yusoff,Farah Ezlin Yusop Khan,Farah Syeriza

The principle established is that procedural delays in the submission of investigation reports do not invalidate detention orders under the Dangerous Drugs Act if the fundamental requirements of the Act are met.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 – Seksyen 3(1), 3(2), 3(3), 5, 6 dan 10(1) – Permohonan writ of habeas corpus – Pemohon dihukum di bawah Perintah Tahanan yang dikeluarkan dengan alasan kelewatan pembentangan laporan siasatan – Mahkamah menolak permohonan Pemohon kerana bukan isu kelewatan yang diutarakan menepati kehendak Akta tersebut dan tidak menunjukkan pelanggaran substansi Akta. (Paras 1-39)

Facts of the case: Pemohon ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya bagi aktiviti pengedaran dadah; Perintah Tahanan dikeluarkan selama dua tahun mulai 29 September 2020. (Paras 1-8)

Findings of Court: Kelewatan laporan tidak bersifat melanggar peruntukan Akta tersebut; faktor-faktor yang mengambil kira memberikan justifikasi untuk Perintah Tahanan. (Paras 18-38)

Issues: Ketidakpatuhan laporan siasatan dan penglibatan Pemohon dalam pengedaran dadah. (Paras 14-15)

Ratio Decidendi: Pemohon gagal membuktikan ketidakpatuhan yang sama seperti dalam kes precedent; elemen substansi kehadiran 'substantive body of persons' tidak dipenuhi. (Paras 26-36)

Result: Permohonan ditolak.

JUDGMENT

Abu Bakar Bin Katar H:

Pendahuluan

[1] Ini merupakan satu permohonan writ of habeas corpus oleh Pemohon yang kini sedang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam, Johor Darul Takzim di bawah satu Perintah Tahanan bertarikh 29 September 2020. Perintah Tahanan dikeluarkan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah peruntukan s 6(1) Akta Dadah Berbahaya [Langkah-Langkah Pencegahan Khas] 1985 ("Akta itu").

[2] Di akhir pendengaran, Mahkamah ini telah menolak permohonan Pemohon di Lampiran [1]. Pemohon yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan, Malaysia.

Latar Belakang Kes

[3] Pemohon telah ditangkap pada 6 Ogos 2020 di bawah s 3(1) Akta itu berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah.

[4] Pemohon kemudiannya telah direman mengikut peruntukan ss 3(2)(a) dan 3(2)(b) Akta itu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

[5] Pegawai Penyiasat (Inspektorektor Wan Nur Munirah Binti Wan Roslan) telah menjalankan siasatan. Kemudiannya beliau menyediakan laporan lengkap penyiasatan berkaitan aktiviti Pemohon mengikut s 3(3) Akta itu. Pada 7 September 2020 Pegawai Inkuiri telah mengemukakan laporan lengkap kepada YB Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pegawai Siasatan, Kementerian Dalam Negeri iaitu Dorinne Patrick yang dilantik dibawah s 5(1) Akta itu.

[6] Kemudiannya, Pegawai Inkuiri telah mengadakan siasatan secara fizikal atas Pemohon pada 14 September 2020 jam 2.47 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Darul Takzim.

[7] Pada 17 September 2020 Pegawai Inkuiri telah mengemukakan laporan lengkap Pemohon kepada YB Menteri Dalam Negeri selaras dengan peruntukan di bawah s 5(4) Akta itu.

[8] Selanjutnya, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Perintah Tahanan mengikut peruntukan s 6(1) Akta itu di mana Pemohon ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak [PPA], Simpang Renggam, Johor selama dua (2) tahun mulai 29 September 2020 [Perintah tersebut].

[9] Pemohon telah menerima Perintah tersebut, Alasan Perintah, Pengataan Fakta berserta 3 salinan Borang Untuk Membuat Representasi (Borang 1) daripada Inspektorektor Polis Mohd Syahrul Nizam Bin Jamil pada 29 September 2020 jam 11.10 malam. Pemohon telah diterangkan dan memahami isi kandungan dokumen-dokumen tersebut.

[10] Pada 30 September 2020 Pemohon telah diiring ke PPA, Simpang Renggam, Johor Darul Takzim. Pada hari yang sama Pegawai Yang Menjaga PPA Simpang Renggam, Johor iaitu Mohd Sahrin Bin Sabtu telah berjumpa Pemohon.

[11] Lembaga Penasihat telah menetapkan tarikh pendengaran representasi beberapa kali. Akhirnya, pada 22 Disember 2020 Lembaga Penasihat telah bersidang di PPA, Simpang Renggam, Johor Darul Takzim.

[12] Kemudiannya, Lembaga Penasihat telah menghantar syor kepada Yang di Pertuan Agong [YDPA] berkaitan representasi yang dihantar oleh Pemohon selaras dengan peruntukan s 10(1) Akta itu. Pada 4 Januari 2021 YDPA kemudiannya telah memperkenankan Perintah itu yang dikeluarkan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah s 6(1) Akta itu.

Merit Permohonan Pemohon

[13] Sebelum Mahkamah ini menyentuh isu-isu yang diketengahkan oleh peguam Pemohon yang terpelajar bagi mencabar Perintah tersebut, Mahkamah ini berpendapat ia memadai bagi menyelusuri sejarah, ruang lingkup dan signifikannya Writ Of Habeas Corpus sebagaimana yang diperincikan dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors, . YA Mohd Zawawi Salleh HMP dalam penghakimannya di para (6) hingga (20) telah meletakkan asas panduan yang amat berguna dan perlu dipatuhi dalam menggarap permohonan sebegini. Mahkamah ini tidak berhasrat untuk memetik para-para tersebut bagi mengelakkan pengulangan.

[14] Berbekalkan panduan yang digariskan dalam kes Chua Kian Voon [supra], Mahkamah ini akan menimbangkani dan menghalusi isu-isu yang diketengahkan oleh Peguam Pemohon yang terpelajar. Peguam Pemohon yang terpelajar hanya bergantung kepada dua (2) isu utama iaitu:

(a) Ketidak patuhan s 3(3) Akta itu ap


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top