2021 MarsdenLR 1996
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
ELITE AGRICULTURE SDN BHD LWN. HAJEMI DIN & SATU LAGI (LAMP 45)
[Saman Pemula No: CB-24NCVC-140-10/2020]
Defendan tidak dapat menunjukkan keadaan khas untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah mengenai hak pemilikan tanah, tanpa bukti yang mencukupi mengenai hak mereka sebagai orang asli.
Headnote:(A) Aturan 89 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 – Permohonan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah – Defendan mendakwa kepentingan awam dan hak orang asli tidak diambil kira – Mahkamah memutuskan tiada bukti untuk menunjukkan hak menduduki tanah adalah sah – Permohonan ditolak atas prinsip tiada keadaan khas yang mencukupi untuk penangguhan. (Paras 7-21)
(B) Hak Orang Asli – Hak menduduki tanah adat adalah diiktiraf di bawah Common Law dan undang-undang bertulis – Pembuktian perlu ditunjukkan untuk mengukuhkan dakwaan hak tersebut. (Paras 14, 19)
Facts of the case: Defendan memohon penangguhan pelaksanaan perintah pemilikan tanah yang diberikan kepada Plaintif, dengan alasan melibatkan kepentingan awam dan hak orang asli. (Paras 3-6)
Findings of Court: Tiada bukti sah untuk menunjukkan hak Defendan terhadap tanah tersebut dan keadaan khas tidak ditunjukkan. (Paras 20-21)
Issues: Adakah terdapat keadaan khas yang mencukupi untuk penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah? (Paras 8-9)
Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan keperluan pembuktian terutamanya berkaitan hak orang asli yang seharusnya ditunjukkan. (Paras 17-20)
Result: Permohonan ditolak.
PENGHAKIMAN
[1] Defendan-defendan melalui Lampiran 45 memohon supaya pelaksanaan Perintah Mahkamah pada 16 Februari 2021 ditangguhkan pelaksanaannya sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Rayuan.
[2] Pada 16 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh telah membenarkan permohonan pemilikan kosong H.S(D) 9781, No PT 9492, Mukim Bera, Daerah Bera, Negeri Pahang di bawah Aturan 89 kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM). Defendan- defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut pada 9 Mac 2021.
Alasan Permohonan Defendan-defendan
[3] Defendan-defendan melalui affidavit En Hajemi bin Din yang diikrarkan pada 20 April 2021 bahawa Defendan-defendan mempunyai kes yang baik untuk berjaya di Mahkamah Rayuan kelak. Ini dinyatakan di para 9. Di samping itu, tindakan ini adalah bersangkutan dengan tanah adat orang asli dan hak asasi masyarakat Orang Asli. la turut dieksibitkan dokumen-dokumen yang berkaitan di 'HD-04' hingga 'HD- 07'.
[4] Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut Defendan-Defendan menyatakan bahawa mereka mempunyai merit di dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.
Hujahan Plaintif
[5] Di dalam hujahannya, Plaintif menyatakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Defendan-defendan adalah bukannya keadaan istimewa. Plaintif adalah pemilik berdaftartanah tersebut. Oleh itutidak timbul isu bahawa tanah tersebut adalah tertakluk kepada hak Orang Asli. Selain daripada itu, kes bukanlah keadaan luar biasa atau khas yang membolehkan penggantungan pelaksanaan diberikan.
Hujahan Defendan-Defendan
[6] Sebaliknya Defendan berhujah bahawa terdapat keadaan luar biasa dalam kes ini. la adalah disebabkan isu dalam kes ini melibatkan kepentingan awam di samping ianya tidak diputuskan berdasarkan perbicaraan penuh. Pada masa yang sama kes ini melibatkan kepentingan orang asli yang sepatutnya tidak dikeluarkan daripada tanah mereka mengikut prosiding di bawah Aturan 89 KKM 2012.
Analisa
[7] Mahkamah Tinggi Malaya Temerloh telah memberikan perintah di bawah Aturan 89 k 1 KKM setelah berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Plaintif. Aturan 89 k 1 KKM ini adalah memberikan hak kepada Plaintif sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut. Pada masa yang sama ia mengeluarkan dari tanah tersebut pihak yang menduduki tanah tersebut secara tidak sah.
[8] Mahkamah berpendapat bagi Lampiran 45 Mahkamah perlu meneliti sama ada terdapat alasan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Atasan bagi Mahkamah ini menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang dibuat pada 16 Februari 2021. Mahkamah tidak akan meneliti asas kepada keputusan tersebut yang tertakluk kepada keputusan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah dimaklumkan bahawa rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan berkaitan dengan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
[9] Apa yang penting ialah adakah Defendan-Defendan telah menunjukkan terdapatnya keadaan khas yang mewajarkan penggantungan prosiding seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v. Koperasi Serba Usaha Makmur Bhd, .
Apakah Dakwaan Bahawa Tanah Tersebut Adalah Tanah Adat Oranq Asli Yang Dinyatakan Dalam Affidavit Adalah Satu Keadaan Istimewa?
[10] Ujian bagi perintah di bawah Aturan 89 KKM ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Salim bin Ismail & Ors v. Lebbey Sdn Bhd , di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:
"In deciding whether to grant a stay, we have to balance the financial repercussions which will be suffered by Lebbey with the imminent destruction of the homes of the applicants if the orders appealed against are enforced."
[11] Di dalam kes tersebut berkaitan dengan bayaran faedah yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh Lebbey Sdn Bhd untuk membangunkan tanah. Lebbey Sdn Bhd tahu kehadiran Pemohon di atas tanah tersebut dan Lebbey Sdn Bhd telah menamatkan pendudukan Pemohon di atas tanah tersebut. Di samping itu tiada aiasan penghakiman di hadapan Mahkamah Rayuan.
[12] Di dalam aiasan penghakiman