SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1046

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
AFFIN BANK BERHAD LWN. NORADZ TRAVEL & SERVICES SDN BHD; J J BROTHERS SDN BHD (PEMOHON); BANK NEGARA....
[Petisyen Penggulungan Syarikat No: 28NCC-183-2010]



Doktrin 'functus officio' menghalang perubahan perintah muktamad; Mahkamah mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan berdasarkan Aturan 42 Kaedah 13.

Headnote:(A) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 - Seksyen 50(1) dan Seksyen 55 - Permohonan untuk mencelah dan membatalkan perenggan 13 daripada perintah bertarikh 13 September 2022 ditolak - Mahkamah menegaskan doktrin 'functus officio' menghalang perubahan perintah muktamad - Kuasa sedia ada Mahkamah untuk mendengar permohonan di bawah Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 diakui. (Paras 1, 9, 10, 12, 14)

(B) Permohonan - Permohonan oleh Bank Negara Malaysia untuk mencelah adalah tidak wajar kerana bertentangan dengan doktrin 'functus officio' - Mahkamah memutuskan bahawa isu ini tidak boleh dibangkitkan semula setelah diputuskan sebelumnya. (Paras 9, 10)

Facts of the case:
Permohonan melibatkan Bank Negara Malaysia yang mencabar perintah mahkamah yang menghalang mereka daripada melupuskan aset syarikat responden, yang terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Findings of Court:
Mahkamah menolak permohonan untuk mencelah dan membatalkan perenggan 13 daripada perintah bertarikh 13 September 2022, menegaskan bahawa perintah tersebut adalah muktamad dan tidak boleh diubah.

Issues: Isu utama termasuk sama ada permohonan Bank Negara Malaysia adalah wajar dan kesan doktrin 'functus officio' terhadap permohonan tersebut.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa doktrin 'functus officio' menghalang sebarang usaha untuk meminda perintah yang telah muktamad, dan kuasa sedia ada untuk mendengar permohonan diakui di bawah Kaedah 42.

Result: Permohonan ditolak.

Table of Content
1. court's final decision and order (Para 1)
2. background of the case and procedural history (Para 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8)
3. arguments against bank negara malaysia's application (Para 9)
4. court's analysis on jurisdiction and procedural correctness (Para 10 , 11 , 12 , 13)

[1] Pada 16 Ogos 2023, Mahkamah ini telah memberikan keputusan seperti berikut:

a) Notis Permohonan (Kandungan 57) Tetuan S.I. Rajah & Co, bagi mencelah dan ditambah sebagai Pihak Pencelah/Pihak Terkilan yang dicadangkan dan permohonan untuk menolak Notis Permohonan (Lampiran 12) Bank Negara Malaysia yang merupakan Pihak Pencelah Kedua/Pihak Terkilan bagi mengeluarkan dan membatalkan perenggan 13 daripada Perintah Kandungan 11 bertarikh 13 September 2022 dan seterusnya permohonan penangguhan arahan-arahan dalam perintah bertarikh 13 September 2022 adalah ditolak; dan b) Tiada perintah terhadap kos.

Latarbelakang Kes

[2] Pada 13 September 2022, Yang Arif Hakim Azmi bin Ariffin telah memberikan Perintah antara lainnya adalah:

(1) Membenarkan pihak pencelah J.J. Brothers Sdn Bhd untuk mencelah dan menjadikan pihak dalam prosiding ini

(2) Augustine a/l T.K James menggantikan Pegawai Penerima Jabatan Insolvensi Selangor sebagai Pelikuidasi

......

(13) that Bank Negara Malaysia and/or any other 3rd party be restrained from disposing of and/or distributing the assets of the Respondent Company save by way of the liquidation process;

[3] Pihak Bank Negara Malaysia telah memfailkan permohonan di Lampiran 12 untuk mencelah dalam Prosiding ini dan memohon supaya Perenggan 13 dikeluarkan dan dibatalkan daripada Perintah bertarikh 13 September 2022 di bawah bidang kuasa sedia ada ("inherent jurisdiction") Mahkamah.

[4] Berdasarkan perenggan 13 tersebut, Yang Arif Hakim Azmi bin Ariffin telah memerintahkan supaya Bank Negara Malaysia dan mana- mana pihak ketiga disekat daripada melupuskan dan/atau mengagihkan aset-aset syarikat Responden melainkan melalui proses likuidasi.

[5] Pihak Bank Negara Malaysia tidak pernah menerima kertas kausa bagi permohonan pasca kes penggulungan syarikat No BA-28PW-119-09/2021.

(a) Pada tahun 2009, semasa proses siasatan dijalankan ke atas Responden iaitu Noradz Travel & Services Sdn Bhd dan pihak-pihak lain yang terlibat, perintah-perintah penyitaan terhadap aset-aset Responden telah dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah s 50(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). Susulan itu, Responden bersama dengan Pengarahnya telah dituduh dan disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah s 25 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 . Di samping itu, Pengarahnya turut telah disabitkan dengan kesalahan di bawah s 4(1) Akta 613. Sabitan-sabitan terhadap Responden dan Pengarahnya telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 29 Mac 2016.

(b) Susulan daripada itu, sebelum Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membuat sebarang perintah pelucuthakan harta ke atas aset-aset Responden di bawah s 55 Akta 613, Mahkamah telah menyiarkan suatu Notis dalam Warta iaitu P.U.(B) 53 bertarikh 14 Februari 2012 untuk memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan mengenai aset-aset Responden supaya hadir di hadapan Mahkamah dan menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan;

(c) Pada 26 Ogos 2016, setelah bicara prosiding di bawah s 61 Akta 613 telah selesai, Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur telah memutuskan, antara lain supaya aset-aset yang disenaraikan dalam Warta Kerajaan Persekutuan melalui P.U.(B) 53 bertarikh 14 Februari 2012 termasuk wang dalam akaun bank Responden untuk dipulangkan kepada pelabur-pelabur secara pro-rata.

(d) Pada 20 Disember 2017, Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur telah mengekalkan keputusan MSJKL untuk memulangkan aset-aset yang disita kepada pelabur secara pro-rata.

(e) Pada 27 Mei 2021, Mahkamah Rayuan Jenayah telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Jenayah dan Mahkamah Tinggi Jenayah untuk memulangkan aset-a

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top