SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2021 MarsdenLR 2319

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
TOP FOREST WOOD SDN BHD LWN. VIMIX CONCRETE SDN BHD
[Rayuan Sivil No: BL-12A-4-02/2021]



Mahkamah membenarkan rayuan untuk menguatkuasakan penghakiman yang sah dengan mengesahkan bahawa budi bicara penting dalam membatalkan tindakan tiada kausa munasabah.

Headnote:(A) Akta Penghutang 1957 – Seksyen 4 – Kaedah 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Rayuan oleh Pemiutang Penghakiman untuk menguatkuasakan penghakiman yang diperolehi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Penghakiman yang dibatalkan oleh Mahkamah Sesyen adalah khilaf dan tidak boleh menghalang Pemiutang untuk memfailkan Saman Penghutang Penghakiman yang sah. (Paras 1, 6, 9, 11, 12)

(B) Prinsip Budi Bicara Mahkamah – Budi bicara digunakan untuk membatalkan tindakan yang tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah. Penghakiman yang diperolehi adalah sah dan tidak pernah diketepikan, Pemiutang berhak menguatkuasakan penghakiman tersebut. (Paras 1, 2, 3, 5)

(C) Isu Pengangkatan forum tindakan – Pemilihan forum tindakan tidak terpakai dalam isu ini kerana Saman Penghutang Penghakiman adalah tindakan yang berbeza dari tindakan sivil asal. (Paras 11, 12)

(D) Keputusan Mahkamah – Rayuan dibenarkan dengan kos sebanyak RM 3000 dibayar oleh Penghutang kepada Pemiutang dan Saman Penghutang Penghakiman dihidupkan semula. (Paras 13)

PENGHAKIMAN

Norliza Othman PK

Ini adalah rayuan oleh Pemiutang Penghakiman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Klang pada 1 Februari 2021 yang membatalkan Saman Penghutang Penghakiman dengan kos sebanyak RM 3000 dibawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 .

Latar belakang

[1] Pemiutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai JC) telah memfailkan satu Saman Penghutang Penghakiman terhadap Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai JD) dalam kes BL-56J-10-09/2021 selaras dengan Aturan 74 kaedah 11A, Aturan 48 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan s 4 Akta Penghutang 1957 .

[2] Penghakiman yang menjadi asas kepada permohonan Saman Penghutang JC adalah penghakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 12 Jun 2020. JC mendakwa JD enggan membayar jumlah penghakiman yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

[3] Penghakiman yang diperolehi di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah ekoran dari rayuan JC didalam kes sivil iaitu Saman No : BL-B52NCVC-28-04/2019 dimana JC (Plaintif) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap JD (Defendan). Di akhir perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan JC. JC merayu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan sebahagian dari penghakiman iaitu sebanyak RM 200,507.34 serta faedah dan kos sebanyak RM 20,000. Jumlah penghakiman inilah yang ingin dikuatkuasakan oleh JC.

[4] Hakim Mahkamah Sesyen telah membatalkan Saman Penghutang Penghakiman JC atas permohonan JD atas alasan-alasan berikut:-

(i) Penghakiman yang ingin dikuatkuasakan oleh JC melalui Saman Penhutang Penghakiman tersebut adalah diberikan oleh Mahkamah Tinggi, maka JC sepatutnya memfailkan permohonan Saman Penghutang Penghakiman ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

(ii) Mahkamah Sesyen juga memutuskan bahawa JC tidak boleh memilih "forum of action". Rujukan dibuat kepada para 11 to the Schedule of Court.

(iii) Mahkamah Sesyen juga merujuk kepada keputusan kes Sim Kie Chon v. Superintendent of Pudu Prison & Ors, 1985 MarsdenLR 654 ; [1985] CLJ (Rep) 293 (SC) yang telah menghuraikan prinsip-prinsip dibawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012; Tan Keat Sing Kitson v. Kerajaan Malaysia [1996] 1 MLJ 455; Bandar Builders Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Bhd 1993 MarsdenLR 99 ; Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor; [2016] 3 MLJ 1; 2016 MarsdenLR 1269 ; [2016] 2 AMR 795 dimana otoriti-otoriti ini memperjelaskan makna tiada kausa tindakan munasabah.

(iv) Saman Penghutang Penghakiman JC tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan munasabah.

Dapatan Mahkamah

[1] Prinsip mantap dan jelas berkenaan budi bicara Mahkamah dalam menjalankan kuasanya dibawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012 adalah seperti yang dinyatakan oleh otoriti-otoriti yang dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen didalam alasan penghakimannya.

[2] Otoriti-otoriti yang dirujuk jelas menyatakan sesuatu tindakan itu seharusnya dibatalkan apabila ianya tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah, ianya menyusahkan, mengaibkan dan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Kesimpulan yang boleh diambil dari keputusan kes-kes ini adalah sekiranya kausa tindakan mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan didalam perenggan (1) (a), (b), (c), (d) maka Mahkamah harus memggunakan budibicara untuk membatalkan pliding.

[3] Didalam permohonan Saman Penghutang Penghakiman yang difailkan oleh JC ianya adalah untuk menguatkuasakan penghakiman yang berjaya diperolehi oleh JC hasil dari rayuan atas tindakan sivil yang mereka ambil atas JD dimana selepas perbicaraan penuh tuntutan JC telah ditolak.

[4] Ketika di Mahkamah Sesyen, isu tindakan JC tidak mempunyai kausa tindakan yang tidak munsabah, mengaibkan, menyusahkan dan/atau satu penyalahgunaan proses Mahkamah tidak timbul kerana tuntutan JC telah melalui satu perbicaraan penuh dan akhirnya tuntutan JC ditolak. JC merayu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan rayuan JC dibenarkan atas sebahagian jumlah yang dituntut oleh mereka. Saman Penghutang Penghakiman y


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top