MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PRIMARY GOLDENNET SDN BHD LWN. KETUA PENGARAH KASTAM DAN EKSAIS & SATU LAGI
[Saman Pemula No: WA-24-77-12/2019]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Ini adalah permohonan/rayuan Plaintif yang memohon untuk relif-relif berikut:
i. Bahawa keputusan Defendan Pertama sepertimana yang terkandung dalam surat bertarikh 9 Oktober 2018 diketepikan;
ii. Bahawa Defendan Pertama diarahkan untuk membuat bayaran balik kepada Plaintif sejumlah RM2,660,940.00 dalam 30 hari dari tarikh Perintah Mahkamah ini;
iii. Bahawa Keputusan/Perintah/Penghakiman Defendan Kedua bertarikh 29 November 2019 diketepikan;
iv. Bahawa kos permohonan ini dibayar oleh Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua kepada Plaintif; dan
v. Apa-apa relif lanjutan atau tambahan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah ini.
Fakta Ringkas
[2] Plaintif merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan pada 20 Julai 2012 dan mempunyai alamat perniagaan di Tingkat 18, Menara Hap Seng, No 1 & 3, Jalan P. Ramlee, 50250, Kuala Lumpur. Perniagaan utama Plaintif ialah aktiviti pembangunan hartanah. Tujuan utama Plaintif membeli tanah dan hartanah adalah untuk pembangunan hartanah pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada perniagaannya. Dalam tempoh masa sebelum memulakan pembangunan hartanah, Plaintif berkemungkinan memajakkan hartanah yang telah dibeli untuk menghasilkan pendapatan sewa.
[3] Semasa tahun kewangan 2018, Plaintif telah memajakkan beberapa hartanahnya untuk aktiviti-aktiviti kuari (quarry), yang mana menjana sama ada pendapatan sewa ataupun pemberian hormat kuari (quarry tributes).
[4] Plaintif telah menandatangani suatu Perjanjian Jualbeli dengan Eighty Illusion Sdn Bhd pada 20 Januari 2017 ("SPA") untuk membeli tanah-tanah yang berikut (selepas ini dikumpulkan dan dikenali sebagai ("Tanah-Tanah"):
[5] Pada 23 Januari 2017, Plaintif telah membayar RM 44,349,000.00 untuk Tanah-Tanah tersebut dalam satu bayaran kepada Eighty Illusion Sdn Bhd untuk pembelian Tanah-Tanah tersebut.
[6] Pada 23 Januari 2017 juga, setelah Plaintif menerima invois cukai daripada Eighty Illusion Sdn Bhd, telah membayar RM2,660,940.00 sebagai bayaran GST. Pada masa ini, Plaintif bukan seorang orang berdaftar di bawah GST kerana Plaintif masih belum memenuhi threshold pendaftaran GST.
[7] Pada 1 Jun 2018, Plaintif telah memasuki suatu perjanjian dengan Hap Seng Land Development (Jesselton Hill) Sdn Bhd, bertarikh 1 Jun 2018 ("Perjanjian Novasi Baro"). Pendapatan yang akan diterima daripada Perjanjian Novasi Baru telah dijangka akan melebihi threshold pendaftaran RM500,000.00 setahun bagi tujuan GST. Ini bermaksud Plaintif akan dikenakan kewajipan oleh undang-undang untuk mendaftarkan diri sebagai orang berdaftar GST.
[8] Dalam tempoh menunggu permulaan pembangunan Tanah-Tanah tersebut, Plaintiff telah memasuki suatu perjanjian Sewa dengan Hap Seng Building Materials Sdn Bhd bertarikh 1 Jun 2018 ("Perjanjian Sewa") bagi tujuan mendapatkan pendapatan sewa ("Pendapatan Sewa") sehingga masa Tanah-Tanah tersebut telah sedia untuk dibangunkan. Plaintif memegang Tanah-Tanah tersebut sebagai pemunya mutlak pada setiap masa.
[9] Plaintif telah membuat permohonan kepada Defendan Pertama untuk didaftarkan sebagai orang berdaftar GST pada 12 Jun 2018 kerana ia telah, pada masa itu, memenuhi ambang pendaftaran (met the registration threshold).
[10] Plaintif telahpun, pada 12 Jun 2018, membuat permohonan agar didaftarkan sebagai orang berdaftar GST dan pada 5 Julai 2018, Defendan Pertama meluluskan permohonan Plaintif untuk menjadi orang berdaftar GST, dengan tarikh permulaan pada 1 Julai 2018.
Permohonan Tuntutan Luar Biasa Plaintif
[11] Pada 10 Julai 2018, selepas didaftarkan, Plaintif telah memfailkan permohonan untuk Tuntutan Luar Biasa di bawah Peraturan 46 Peraturan-Peraturan GST bagi keseluruhan jumlah yang telah dibayar sebagai GST untuk Tanah-Tanah tersebut, iaitu sebanyak 2,660,940.00.
[12] Defendan Pertama telah mengeluarkan Surat Keputusan pada 9 Oktober 2018, dan hanya meluluskan RM45,199.53 daripada RM2,660,940.00 yang dituntut oleh Plaintif ("Kelulusan Separa) tanpa memberi sebarang justifikasi ataupun asas selain darip
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.