SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 610

Court confirmed the importance of specific rules over general principles in procedural matters regarding affidavits in bankruptcy cases.

Headnote:This judgment analyzes the application of the Insolvency Act 1967, specifically addressing the validity of affidavits and service thereof. The court reviewed factual circumstances concerning the bankruptcy status of the judgment debtor, including agreements and filings made by the parties. Ultimately, the court ruled that the respondent's affidavit was filed correctly and dismissed any procedural irregularities as they did not impact the proceedings. Resultantly, the respondent's application for an extension of time was dismissed without costs.

PENGHAKIMAN

Arun Noval Dass:

Pengenalan

[1] Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai "JD") telah diisytiharkan bankrap melalui Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman bertarikh 9 November 2011. JD telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 1 May 2021 dengan Yukong Development (Pte) Limited (selepas ini dirujuk sebagai "Pencelah") untuk membeli sebuah hartanah di Ulu Tiram, Johor dengan harga belian RM714,800.00.

[2] Pencelah mendakwa bahawa JD telah mengikrarkan satu Akuan Berkanun bertarikh 5 May 2021 yang menyatakan bahawa JD bukan seorang bankrap dan tidak terdapat apa-apa tindakan kebankrapan atau pendakwaan terhadap JD. JD telah membuat bayaran sebanyak RM32,536.00 dan Pencelah mendakwa bahawa JD telah memasuki Perjanjian Kemudahan dengan Standard Chartered Bank bagi jumlah pinjaman RM540,000.00 untuk membiayai pembelian hartanah tersebut.

[3] Pencelah mendakwa, sebagai balasan kepada jumlah yang telah dibayar oleh JD dan baki harga belian sebanyak RM540,000.00 yang bakal dibayar melalui kemudahan pinjaman tersebut, Pencelah telah menyempurnakan borang 14A bertarikh 10 November 2021 dan hartanah tersebut telah didaftarkan atas nama JD pada 23 November 2021.

[4] Pencelah seterusnya telah menulis surat bertarikh 28 Julai 2022 kepada JD untuk menamatkan Perjanjian Jual Beli dengan serta merta akibat status kebankrapan JD dan kegagalan JD untuk menjelaskan baki harga belian dalam masa yang ditetapkan.

[5] Melalui surat Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 30 Mei 2022, Pencelah dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan pelepasan yang telah dibuat oleh JD. Maka, status kebankrapan JD adalah kekal. Berdasarkan fakta-fakta ini, Pencelah bercadang untuk memulakan tindakan sivil terhadap JD. Bagi maksud tersebut, Pencelah memfailkan Saman Dalam Kamar (Lampiran 1) untuk mendapat kebenaran Mahkamah Kebankrapan menurut s 8(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (selepas ini dirujuk sebagai "Akta Tersebut").

[6] Setelah Lampiran 1 diserahkan kepada JD, JD telah melantik peguam dan telah mendapatkan sanksi bertarikh 24 November 2022 (Lampiran 8) dari Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia bagi membela tindakan JC dalam Lampiran 1. Semasa Pengurusan Kes bagi lampiran 1, Mahkamah ini antara lain telah memberikan arahan supaya JD memfailkan Afidavit Jawapan kepada Pencelah pada atau sebelum 15 Disember 2022 dan Pencelah membalas Afidavit JD pada atau sebelum 29 Disember 2022.

[7] JD telah menyampaikan Afidavit Jawapan JD melalui email kepada peguam Pencelah pada 15 November 2022. Pencelah kemudiannya telah mengutus surat bertarikh 29 Disember 2022 untuk memohon lanjutan masa sehingga 3 Januari 2023 bagi memfailkan Afidavit Balasan Pencelah kerana anakguam masih bercuti dan kembali bertugas pada 3 Januari 2023 (Lampiran 11).

[8] Pencelah seterusnya memfailkan Afidavit Balasan pada 4 January 2023 (Lampiran 13). JD mengemukakan bantahan menerusi surat bertarikh 5.1.23 (Lampiran 14) kerana Afidavit Balasan Pencelah difailkan di luar tempoh masa yang dibenarkan menurut A 32 k 13(2)(c) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

[9] Maka, Pencelah memfailkan Saman Dalam Kamar pada 17 Januari 2023 (Lampiran 15) untuk memohon perintah antara lain bahawa Afidavit Jawapan Pencelah yang difailkan pada 4 Januari 2023 adalah sah; dan untuk lanjutan masa untuk menyampaikan Afidavit Jawapan Pencelah kepada JD.

Analisis Dan Keputusan Mahkamah:

[10] Mahkamah mendapati pihak-pihak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan-peruntukan dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dalam kesemua kertas kausa mereka sama ada untuk memohon perintah Mahkamah, mahupun membantah permohonan lanjutan tersebut. Undang-undang adalah mantap bahawa apabila terdapat peruntukan khusus berkenaan sesuatu perkara, peruntukan khusus tersebut perlu digunapakai berbanding peruntukan umum dalam mana-mana statut yang lain. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes JMB Kelana Square v. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Anor [2022] MLRHU 1509; [2022] AMEJ 1116 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top