2024 MarsdenLR 2517
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
ROSLAN MAT NOR, J
LOW ENG YEW LWN – Appellant
Versus
Roslan Mat Nor – Respondent
[Saman Pemula No: CB-24NCC-2-01/2024]
A stay of proceedings is not warranted merely due to related cases; exceptional circumstances must be demonstrated for such an order.
Headnote:(A) Companies Act 2016 - Section 346 - Application for stay of proceedings - Plaintiffs sought declaration against defendants for oppression related to financial statements - Defendants applied to stay proceedings pending resolution of related case - Court found no grounds for stay as issues were distinct, allowing proceedings to continue. (Paras 12, 14, 52)
(B) Principles of stay of proceedings - Court emphasized that a stay should only be granted in exceptional circumstances, and mere connection to another case does not suffice. (Paras 18, 49)
Facts of the case:
Plaintiffs alleged oppression by defendants regarding financial statements and sought various declarations and remedies. Defendants requested a stay pending another case that they claimed was related. (Paras 3, 4, 12)
Findings of Court:
The court determined that the issues in the two cases were sufficiently distinct and that a stay was not warranted. (Paras 14, 52)
Issues: Whether the pending case would affect the current proceedings and if a stay was justified. (Paras 18, 52)
Ratio Decidendi: The court ruled that the connection between cases did not justify a stay, emphasizing the need for expeditious judicial resolution. (Paras 18, 52)
Result: Application for stay dismissed with costs.
Certainly! Please provide the legal document content you'd like me to analyze, and I will generate the key points with the appropriate references formatted as specified.
Pendahuluan
[1] Defendan-Defendan melalui Kertas Mahkamah 4 (KM 4) memohon agar keseluruhan prosiding saman pemula ini digantung sehingga pelupusan muktamad kes Guaman Sivil No CB-22NCC-3-04/2022.
[2] Alasan permohonan ini adalah prosiding di Guaman Sivil No CB-22NCC-3-04/2022 akan memutuskan sama ada Plaintif mempunyai "locus" dalam tindakan ini. Di samping itu pendengaran kes Guaman Sivil No CB-22NCC-3-04/2022 itu akan menentukan apakah saksi- saksi yang perlu dikemukakan bagi kes Saman Pemula No CB-24NCC-2-01/2024 ini. Di samping itu tarikh pendengaran kes Guaman Sivil No CB-22NCC-3-04/2022 telah ditetapkan dan ia tidak akan memprejudiskan Plaintif.
[3] Bagi kes ini iaitu Saman Pemula No CB-24NCC-2-01/2024, Plaintif memohon perintah deklarasi bahawa Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Pengarah-pengarah Defendan Ketiga telah menindas Plaintif dengan mengabaikan kepentingan Plaintif yang berkaitan dengan Penyata Kewangan Defendan Ketiga bagi tahun kewangan 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan mengemukakan penyataan palsu berkenaannya. Penindasan tersebut juga dikatakan berlaku apabila Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Pengarah- pengarah Defendan Ketiga tidak membekalkan Penyata Kewangan kepada Plaintif serta tidak memanggil Mesyuarat Agong Tahunan bagi tahun 2021 dan 2022.
[4] Seterusnya Plaintif juga memohon agar Defendan Ketiga digulungkan dan segala kos berkaitannya ditanggung oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Di samping itu Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga secara bersama memberikan tanggung rugi kepada Plaintif terhadap kenyataan- kenyataan palsu yang didakwa dilakukan oleh Defendan-Defendan kepada pemiutang-pemiutang syarikat. Plaintif juga meminta supaya segala penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Defendan Ketiga bagi pengisytiharan palsu dibayar oleh Defendan-Defendan.
[5] Sebaliknya di dalam prosiding dalam kes CB-22NCC-3-04/2022 remedi yang dipohon oleh pihak Plaintif (Low Eng Hock) dalam kes tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam penyata tuntutan yang dieskibitkan sebagai "L-1" affidavit sokongan Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Low Eng Hock pada 13 Februari 2022. Tuntutannya adalah seperti berikut:
a) Gantirugi am;
b) Gantirugi teladan (exemplary damages);
c) Satu deklarasi bahawa saham-saham yang dipegang oleh Defendan (Low Eng Yew) dalam Usaha Sinaran Enterprise Sdn Bhd (No. Syarikat: 1129800-V) (selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat tersebut") dalam nama Defendan (selepas ini dirujuk sebagai "Saham-Saham tersebut") adalah dipegang atas amanah oleh Defendan (Low Eng Yew) bagi pihak Plaintif secara mutlak;
d) Satu deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik benefisial saham-saham tersebut yang dipegang oleh Defendan (Low Eng Yew) dalam Syarikat tersebut;
e) Satu Perintah bahawa Defendan (Low Eng Yew) hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Perintah di sini memindahkan kepada Plaintif semua Saham-Saham tersebut dalam Syarikat tersebut untuk Plaintif;
f) Satu Perintah bahawa Defendan (Low Eng Yew) hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Perintah ini meyerahkan semula semua sijil Saham-Saham tersebut (jika ada) dan memindahkan Saham-Saham tersebut kepada Plaintif;
g) Bahawa Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yang Mulia ini hendaklah menandatangani semua memorandum pindahmilik Saham-Saham tersebut dan lain-lain dokumen yang diperlukan untuk pihak Defendan menyerah Saham-Saham tersebut di Syarikat tersebut kembali kepada Plaintif sekiranya Defendan gagal, enggan atau abai menandatangani memorandum pemindahan selepas luput tujuh (7) hari selepas tuntutan bertulis daripada Plaintif dan/atau peguamcaranya;
h) Kos; dan
i) Sebarang relif lanjutan dan/atau lain-lain relif yang difikirkan patut dan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini.
[6] Dalam kes CB-22NCC-3-04/2022 Plaintif dalam kes tersebut adalah Low Eng Hock iaitu Defendan Pertama dalam kes ini (CB- 24NCVC-2-01/2024). Low Eng Hock dalam kes CB