2013 MarsdenLR 2043
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
WIRA NUSA LWN. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
[Guaman Sivil No: 21NCVC-149-07 Tahun 2012]
A verbal contract may be inferred from the conduct and intention of the parties, and the failure to challenge invoices can establish a legal obligation to pay.
Headnote:(A) Companies Act 1965 - Local Government Act 1976 - Contract law principles - The plaintiff, a waste collection service company, provided services beyond the original contract at the defendant’s direction, amounting to RM460,491.72 for additional work. Court found a verbal contract existed for additional areas due to defendant's actions and communications. (Paras 1-20)
(B) Existence of contract - Established based on conduct and intention as outlined in the case Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd v. YC Chin Enterprises Sdn Bhd, where verbal agreements may be inferred from parties' actions. Court upheld plaintiff’s right to payment on undisputed invoices despite defendant's denials. (Paras 16-19)
Facts of the case:
The plaintiff executed a service contract for cleaning specific areas and was later directed to clean additional areas without formal acknowledgment from the defendant. Disagreements on the existence of a contract for the additional areas arose, which led to the current claim of RM460,491.72 for services rendered.
Findings of Court:
The court determined a verbal agreement existed requiring payment for additional services due to lack of objection and subsequent hiring of plaintiff for the additional areas.
Issues: The court addressed the existence of a verbal contract, the validity of instructions for additional work, and the entitlement of the plaintiff to payment.
Ratio Decidendi: Court emphasizes that the existence of a contract can be established through the parties' conduct and implied consent; defendant's failure to respond to invoices bolstered the plaintiff’s claim.
Result: The plaintiff's claim is allowed with costs awarded to them amounting to RM8,000.
| Table of Content |
|---|
| 1. contractual intention and offers. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. disputed additional work mandates. (Para 4 , 5 , 6 , 7) |
| 3. witness testimonies regarding instructions. (Para 8 , 9 , 10 , 11) |
| 4. evidentiary admission without challenge. (Para 12) |
[1] Plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 manakala defendan pula adalah sebuah badan kerajaan tempatan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Fakta Ringkas
[2] Melalui satu surat bertarikh 13 September 2006, defendan telah menawarkan kepada plaintif satu kontrak percubaan perlaksanaan kerja-kerja pembersihan kepada plaintif bagi kerja-kerja pembersihan bagi kawasan G51 bagi Majlis Perbandaran Selayang iaitu di kawasan:
(a) Taman Batu;
(b) Taman Greenwood;
(c) Kampung Simpang Tiga;
(d) Taman Berlian;
(e) Taman Desa Minang;
(f) Taman Sahabat; dan
(g) Happy New Village Greenwood.
yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2006 sehingga 31 Disember 2006 dengan harga kontrak sebanyak RM32,987 (kontrak percubaan - ms 1-3 ikatan B).
[3] Kemudiannya, pihak defendan telah menawarkan kepada plaintif melalui surat tawaran bertarikh 22 Jun 2007 (ms 4-5 ikatan B) satu kontrak pelaksanaan kerja-kerja pembersihan kepada plaintif bagi kawasan G51 sepertimana kawasan yang disebutkan di dalam kontrak percubaan di atas berkuatkuasa mulai 1 Mac 2007 sehingga 31 Januari 2010 ('kontrak tersebut').
[4] Menurut plaintif, mereka kemudiannya telah menerima arahan secara lisan daripada defendan untuk membersihkan kawasan tambahan yang tidak terdapat dalam kedua-dua kontrak tersebut. Arahan lisan tersebut diberi bermula dari bulan Oktober 2006 sehingga Disember 2009 meliputi kawasan:
(a) Jalan Kunci Air;
(b) Taman Sepakat;
(c) Simpang Changkat Tiga;
(d) Kampung Sahabat Jaya;
(e) Longkang Taman Sahabat; dan
(f) Longkang Taman Batu.
[5] Pihak plaintif kemudiannya telah mengemukakan satu sebut harga bertarikh 18 Februari 2009 (ms 15-16 ikatan B) tetapi tiada tindak balas daripada pihak defendan. Tuntutan plaintif adalah untuk sejumlah RM460,491.72 bagi kerja-kerja tambahan yang mereka jalankan sepanjang tempoh tersebut.
[6] Defendan di dalam penyataan pembelaan menafikan bahawa mereka ada mengarahkan plaintif menyediakan sebut harga bagi kawasan-kawasan tambahan tersebut dan juga menafikan bahawa wakil-wakil defendan pernah memberikan apa-apa arahan sama ada secara lisan atau bertulis kepada pihak plaintif untuk menjalankan kerja-kerja di kawasan tambahan tersebut.
[7] Pihak-pihak bersetuju bahawa berikut adalah isu-isu untuk dibicarakan:
(a) sama ada telah wujud kontrak bagi kawasan tambahan tersebut antara plaintif dan defendan bagi tempoh daripada bulan Oktober 2006 hingga Disember 2008 dan bagi tempoh daripada bulan Januari 2009 hingga Disember 2009;
(b) sama ada telah wujud arahan lisan dan/atau bertulis oleh defendan kepada plaintif untuk kerja-kerja di kawasan tambahan tersebut;
(c) sama ada dengan tindakan defendan yang mengeluarkan Notis Pembetulan kepada plaintif dan tiada bantahan terhadap kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan invois oleh plaintif bagi kawasan tambahan tersebut menunjukkan telah wujud kontrak antara plaintif dan defendan;
(d) sama ada defendan diestopkan untuk menafikan kewujudan kontrak bagi kawasan tambahan tersebut;
(e) sama ada pihak plaintif berhak untuk mendapatkan pembayaran atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan; dan
(f) sama ada defendan memperakui kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh plaintif dalam tempoh daripada bulan Oktober 2006 hingga Disember 2008 dan bagi tempoh daripada bulan Januari 2009 hingga Disember 2009 dan pernah mengarahkan plaintif untuk mengeluarkan sebut harga bagi kerja-kerja di kawasan tambahan dalam tempoh tersebut.
(Ikatan C - Isu-isu untuk dibicarakan.)
Isu-isu ini akan diputuskan bersekali.
Sama ada wujud perjanjian/kontrak antara plaintif dan defendan bagi kawasan tambahan
[8] En Ramli Saad ('SP1') kontraktor/Pengurus Wira Nu