2012 MarsdenLR 215
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
GANGA GOWRI RAJA SUNDRAM LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: 44-244-2010]
Court upheld the 'Open Verdict' where adequate evidence did not conclusively establish the cause of death, emphasizing that an inquest aims to determine facts without a criminal trial framework.
Headnote:(A) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 - Seksyen 35; Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 323 dan 337 - Permohonan semakan terhadap keputusan inkues - Mahkamah menyemak keputusan "Open Verdict" yang diberikan oleh Puan Majistret atas kematian yang tidak dapat dipastikan punca - Terdapat keterangan daripada saksi-saksi bahawa simati dipukul oleh anggota polis sebelum kematian namun tidak ada kesimpulan konklusif yang menunjukkan punca kematian adalah akibat pukulan - Diterangkan bahawa keputusan "Open Verdict" adalah sah dan betul. (Paras 21, 26, 28)
Act Referred
Kanun Tatacara Jenayah: S.323, S.328
| Table of Content |
|---|
| 1. application for judicial review of inquest verdict (Para 1 , 1) |
| 2. factual details leading to the inquest verdict (Para 2 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 3. court reviews evidence and finds open verdict (Para 3 , 11) |
| 4. legal standards governing inquest procedures (Para 20 , 22 , 24 , 25) |
[1] Ini adalah permohonan pemohon melalui notis usul di lampiran 3 untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:
(a) Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini (dalam melaksanakan kuasa-kuasanya yang tidak terbatas) menurut s 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan s 323 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil dan memeriksa rekod-rekod prosiding berkenaan perbicaraan kes inkues Gunasegaran a/l Raja Sundram ("simati") yang diadakan di Mahkamah Majistret melalui kes No: 7-88-126-2009 bagi memuaskan Mahkamah Yang Mulia ini berkenaan kebenaran, keesahan dan/atau kebetulan keputusan "Open Verdict" yang dibuat Puan Majistret yang bijaksana di dalam perbicaraan kes inkues tersebut;
(b) Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini di dalam membuat semakan ini mengambil kira semua keterangan saksi-saksi serta keterangan dokumentari yang telah diketengahkan di Mahkamah Majistret bagi memuaskan Mahkamah Yang Mulia ini berkenaan kebenaran, keesahan dan/atau kebetulan keputusan "Open Verdict" yang dibuat Puan Majistret yang bijaksana di dalam perbicaraan kes inkues tersebut;
(c) Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini di dalam membuat semakan ini mengambil kira semua keterangan saksi-saksi serta keterangan dokumentari yang telah diketengahkan di dalam perbicaraan inkues tersebut membuat keputusan bahawa terdapat unsur-unsur jenayah yang telah diperlakukan dan yang telah menyebabkan kematian Gunasegaran a/l Raja Sundram("simati") di lokap Balai Polis Sentul pada 16 Julai 2009 dan ianya bertentangan dengan keputusan "Open Verdict" yang dibuat Puan Majistret yang bijaksana;
(d) Lain-lain perintah atau relif yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan
(e) Bahawa pihak-pihak diberikan kebenaran serta kebebasan untuk memohon.
[2] Permohonan pemohon di sini disokong oleh afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Ganga Gowri a/p Raja Sundram bertarikh 3 November 2010 seperti di lampiran 2 ("afidavit tersebut"). Afidavit tersebut telah menyenaraikan alasan-alasan bagi permohonan pemohon di sini. Alasan-alasan permohonan pemohon di sini dapat diringkaskan seperti berikut:
(a) Keputusan "Open Verdict" yang diberikan oleh Puan Majistret tidak selaras dengan keterangan saksi-saksi serta keterangan dokumentari (perenggan 7 afidavit tersebut);
(b) Sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh pihak polis mengenai kematian simati (perenggan 8 afidavit tersebut);
(c) Terdapat tiga (3) orang saksi melihat simati telah dipukul dan ditendang oleh seorang anggota polis (perenggan 9 afidavit tersebut);
(d) Dua orang saksi pakar forensik mengesahkan terdapat kecederaan sebesar 28cm x 8cm x 5cm pada badan simati (perenggan 10 afidavit tersebut);
(e) Rumusan Puan Majistret bahawa sebab kematian simati sebagai "drug related death" adalah meragukan dan tidak konklusif (perenggan 11 afidavit tersebut);
(f) Rumusan Puan Majistret bahawa simati telah mengambil dadah melebihi tahap "lethal level" juga tidak konklusif (perenggan 12 afidavit tersebut);
(g) Puan Majistret gagal menamakan anggota polis yang telah memukul dan menendang simati (perenggan 13 afidavit tersebut);
(h) Puan Majistret gagal membuat dapatan bahawa saksi-saksi anngota polis telah memberi keterangan yang tidak benar serta bercanggah (perenggan 14 afidavit tersebut);
(i) Puan Majistret gagal menamakan simati sebagai orang yang telah meninggal dunia di lokap Balai Polis Sentul pada 16 Julai 2009 (perenggan 15 afidavit tersebut);
(j) Puan Majistret telah silap, salah dan tidak mengikut peruntukan undang-undang dalam membuat keputusan sehingga berlakunya ketidakadilan terhadap simati dan keluarganya (perenggan 16, 17 dan 18 afidavit tersebut).
[3] Bagi memuaskan mahkamah ini berkenaan kebenaran, keesahan dan/atau kebetulan keputusan "Open