2021 MarsdenLR 1100
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO BHD LWN. SHAWAL MARSOM & YANG LAIN
[Saman Pemula No: BL-24NCVC-12-04/2021]
The court reinforced that funds awarded for maintenance of an incapacitated person must be managed solely for their welfare, aligning with statutory fiduciary duties.
Headnote:(A) Public Trust Corporation Act 1995 – Section 11(1) – Appointment of trustee – Plaintiff requests Third Defendant to be appointed as trustee for First Defendant's maintenance fund amounting to RM 457,329.00 – Court ensures funds are used solely for First Defendant's welfare, who is incapacitated and requires daily care. (Paras 1, 11, 25, 35)
(B) Liability – Court outlines liability distribution as 30% for Defendan Pertama and 70% for Mohamad Zaki due to negligence. (Para 5)
Facts of the case: The First Defendant was involved in an accident resulting in severe injuries and now requires constant care. Plaintiff, as an insurer, seeks to appoint a trustee for maintenance costs. (Paras 2-4)
Findings of Court: Court approves the appointment of the Third Defendant as trustee for First Defendant's maintenance, ensuring proper management of the awarded funds. (Paras 23, 35)
Issues: Whether the Third Defendant should be appointed as trustee for the maintenance costs of the incapacitated First Defendant. (Paras 1, 30)
Ratio Decidendi: The court emphasized the need for safeguarding the interest of the First Defendant by ensuring that maintenance costs are exclusively used for their welfare and comfort as per legal provisions. (Paras 25, 34)
Result: Plaintiff’s application is granted as requested.
PENGHAKIMAN
[1] Ini adalah permohonan oleh Plaintif untuk perintah-perintah berikut:
Defendan Ketiga dilantik sebagai pemegang amanah bagi Defendan Pertama dan diberi kuasa untuk menerima sejumlah penghakiman sebanyak RM 457,329.00 (iaitu 70% daripada RM 653,328.00) yang telah diawardkan oleh Mahkamah Sesyen Klang bagi kos penjagaan Defendan Pertama beserta faedah (selepas ini dirujuk sebagai "kos penjagaan tersebut") berdasarkan penghakiman bertarikh 18 Januari 2021 dalam Guaman Sivil No: BL-A53KJ-150-04/2019 atas terma-terma berikut:
a) Kos penjagaan tersebut digunakan semata-mata untuk perbelanjaan dan kepentingan Defendan Pertama;
b) Segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan oleh Defendan Ketiga sebagai Pemegang Amanah bagi pihak Defendan Pertama termasuk fi pentadbiran amanah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Plaintif.
Latar belakang
[2] Defendan-defendan Pertama dan Kedua memfailkan satu tuntutan di Mahkamah Sesyen Klang Guaman Sivil No BL-A53KJ-150-04/2019 ("selepas ini dirujuk sebagai Guaman tersebut") akibat satu kemalangan jalanraya pada 22 Mei 2017 melibatkan Defendan Pertama yang menunggang motosikal BGA 4744 (bersama-sama dengan Nur Fadhiiah Qistina binti Shawal sebagai pembonceng) dengan Mohamad Zaki bin Mohd Radzi yang dikatakan menunggang motosikal No BNG 3491.
[3] Plaintif adalah penanggung insuran motosikal No BNG 3491 dan telah dijadikan satu pihak dalam guaman tersebut melalui perintah Mahkamah bertarikh 24 Jun 2019.
[4] Akibat dari kemalangan itu, Defendan Pertama mengalami kecederaan kepala dan otak dan kini lumpuh dan memerlukan penjagaan harian untuk kesemua aktiviti beliau berdasarkan laporan-laporan perubatan.
[5] Selepas perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Sesyen pada 18 Januari 2021 telah memberikan keputusan seperti berikut:
(i) Liabiliti - Defendan 1 - 30% cuai dan Mohamad Zaki - 70% cuai.
(ii) Kuantum atas dasar (100%) Gantirugi am - RM 400,000.00
Kos penjagaan Defendan Pertama - RM 653,328.00 Kehilangan pendapatan - RM 250,971.60
Jumlah keseluruhan - RM 1,304,299.60
[6] Bagi kos penjagaan Defendan Pertama, Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawardkan sebanyak RM 653,328.00 iaitu RM 2,268.50 sebulan untuk tempoh 36 tahun (setelah menolak 1/3 dari amaun yang diaward untuk kontigensi jangka hayat atas dasar 100% liabiliti. Plaintif merayu atas keputusan ini. (Lampiran 2 ekshibit CGS-4)
[7] Berdasarkan laporan-laporan perubatan yang dikemukakan, Defendan Pertama adalah seorang pesakit dan/atau tidak sempurna akal dan/atau pesakit mental dan tiada kapasiti dari segi undang-undang untuk menjaga, mengurus dan/atau mentadbir kewangan beliau dan/atau urusan peribadi beliau. (Lampiran 2 ekshibit CGS-3)
[8] Melalui perintah bertarikh 9 Januari 2021, Defendan Kedua telah memperolehi perintah dari Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan bahawa Defendan Pertama adalah pesakit mental yang jatuh dibawah Akta Kesihatan Mental 2001 yang tidak berkeupayaan untuk menguruskan diri dan hal ehwal beliau akibat dari kemalangan itu. Perintah yang sama juga menamakan Defendan Kedua sebagai wakil litigasi bagi pihak Defendan Pertama. (Lampiran 2 ekshibit CGS-7)
[9] Defendan Ketiga adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Kewangan yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 dan ditubuhkan menurut Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, dan mempunai bidangkuasa untuk menguruskan dan/atau melaksanakan apa-apa amanah ataupun tugas dalam kapasiti fidusiari bagi memelihara kepentingan dan/atau hal ehwal mana-mana pihak yang tidak berkeupayaan.
[10] Defendan Kedua kini berumur 68 tahun dan uzur. Adalah mustahil untuk beliau terus menguruskan hal ehwal Defendan 1 untuk tempoh 36 tahun seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen didalam guaman sivil tersebut. (Lampiran 2 ekshibit CGS-8)
[11] Sekiranya Defendan Ketiga dilantik sebagai pemegang amanah Defendan Pertama, terdapat jaminan dan perlindungan bahawa kos penjagaan yang diawadkan dalam guaman sivil itu akan digunakan semata-mata untuk