SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 344

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
PENDAKWA RAYA LWN. NURMAN SAWYOUNUR & YANG LAIN
[Perbicaraan Jenayah No: KA-45SOM-4-12/2020]



Petitioner Advocates:Noor Azrul Abdul Rahman ,Respondent Advocate: Nagarathinam Natesan

The court emphasized the need for deterrent sentences in migrant smuggling cases, balancing mitigating factors against public safety concerns.

Headnote:(A) Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 – Section 26A – Criminal Procedure Code – Section 34 – Accused charged with smuggling 31 migrants on 21 July 2020 – Guilty pleas entered by some accused – Sentences of 10 years for adults and 7 years for a minor imposed – Court emphasized public interest and deterrent effect of sentences. (Paras 5, 28, 44)

(B) Sentencing Principles – Court must consider mitigating factors, including guilty pleas and cooperation with authorities, while also addressing public safety concerns related to migrant smuggling. (Paras 31, 42)

Facts of the case: Accused involved in smuggling operations leading to the arrest of 33 individuals, including migrants from Myanmar and Thailand, with evidence of organized syndicate activities. (Paras 7-13)

Findings of Court: Sentences imposed were appropriate given the serious nature of the offenses and the need for deterrence in migrant smuggling cases. (Paras 44, 46)

Issues: The court addressed the balance between mitigating factors and the seriousness of the offenses in determining appropriate sentences. (Paras 28, 42)

Ratio Decidendi: The court ruled that public interest and the need for deterrence in migrant smuggling cases outweigh personal circumstances of the accused. (Paras 35, 42)

Result: Sentences of 10 years for OKT1, OKT2, OKT4, OKT6 and 7 years for OKT7 upheld.

PENGHAKIMAN

Evawani Farisyta Mohammad PK:

Pengenalan

[1] Kesemua OKT-OKT telah dihadapkan di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah s 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 [Akta 670] yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama s 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Secara spesifik, pertuduhan terhadap OKT-OKT adalah bagi kesalahan penyeludupan migran seramai 31 orang yang telah dilakukan pada 21 Julai 2020 jam lebih kurang 3 pagi di rumah no 3, Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi, Kedah.

[2] Semasa Pengurusan Kes pada 26 November 2023, pihak Pendakwaan telah mengesahkan bahawa OKT3 (warganegara Thailand) telah meninggal dunia namun begitu pertuduhan masih dikekalkan kerana semasa pertuduhan didaftarkan, OKT3 masih hidup. OKT1 dan OKT2 merupakan warganegara Bangladesh, manakala OKT4, OKT6 dan OKT7 pula berbangsa Myanmar/Rohingya. OKT1, OKT2, OKT4, OKT6 dan OKT7 diwakili oleh Peguambela yang sama.

[3] Pada 27 November 2023, OKT1, OKT2, OKT4, OKT6 dan OKT7 ("OKT-OKT PG") telah mengaku salah atas pertuduhan terhadap mereka dan prosiding telah ditangguhkan ke satu tarikh lain bagi tujuan penyediaan Laporan Akhlak bagi OKT7 memandangkan pada tarikh kejadian sebagaimana pertuduhan, OKT7 berumur 16 tahun. OKT5 kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

[4] Pada 24 Januari 2024, Laporan Akhlak OKT7 telah dikemukakan melalui eksibit P61, dan Mahkamah ini telah meneruskan dengan prosiding pengakuan salah mereka.

[5] Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa pengakuan salah OKT-OKT PG dibuat tanpa bersyarat dan OKT-OKT PG faham kesan dan akibat pengakuan salah mereka, serta setelah mendengar hujahan mitigasi oleh Peguambela OKT-OKT PG dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman-hukuman seperti berikut:

Hukuman terhadap OKT1, OKT2, OKT4 dan OKT6

Hukuman penjara 10 tahun bermula daripada tarikh tangkap terhadap setiap OKT.

Hukuman terhadap OKT7

Hukuman penjara 7 tahun bermula daripada tarikh tangkap selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

[6] OKT-OKT PG tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini dan telah mengemukakan Notis Rayuan yang difailkan pada 31 Januari 2024 terhadap sabitan dan hukuman Mahkamah ini.

Fakta Kes

[7] Bersangkut laporan polis Kuala Teriang/001146/20, pada 21 Julai 2020 jam lebih kurang 3 pagi, Insp Mohammad Hafif bin Zailan (Pengadu) bersama sepasukan anggota polis telah membuat serbuan di sebuah rumah Nombor 3, Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi, Kedah ("rumah tempat kejadian").

[8] Pengadu dan pasukan serbuan telah membuat tangkapan ke atas 33 orang warganegara Myanmar berbangsa Rohingya dan seorang warganegara Thailand. Turut dirampas adalah sebuah motosikal Suzuki Revo berwarna biru bernombor pendaftaran KCF 9987 dan 5 buah telefon bimbit pelbagai jenama. Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan mendapati 3 orang daripada yang ditangkap merupakan ahli sindiket yang menjalankan kegiatan penyeludupan migran di daerah Langkawi, manakala migran-migran yang lain telah diseludup masuk ke dalam Malaysia melalui kawasan persisiran pantai berhampiran jeti Teluk Nibong, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. 3 orang ahli sindiket tersebut adalah OKT1, OKT2 dan OKT3.

[9] Hasil risikan maklumat yang dijalankan oleh pasukan serbuan, pada 22 Julai 2020, jam lebih kurang 1 pagi, bertempat di Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, Kuah, Langkawi, Kedah, pasukan serbuan telah berjaya menangkap 2 orang lelaki warganegara Myanmar berbangsa Rohingya yang juga disyaki anggota sindiket. 2 lelaki tersebut adalah OKT4 dan B36 (Mohd Shabo Mohd Hussin).

[10] Soal siasat yang dijalankan ke atas OKT1, OKT2, OKT3, OKT4 dan B36 mendedahkan rancangan dan strategi sindiket. Hasil soal siasat mendapati terdapat 4 orang ahli sindiket yang masih bebas dan turut mendedahkan kedudukan k


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top