SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 669

MAKHAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
CHAI SEONG YIN & YANG LAIN LWN. CHAI MIN YAP & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: BA-22NCvC-304-07/2023]



Petitioner Advocates:Bhaeravii Pasupathy ,Respondent Advocate: Siew Pak Thai

Cucu tanpa ibu bapa yang hidup adalah waris di bawah Akta Pembahagian 1958, dan Geran Surat Kuasa Mentadbir yang diperoleh tanpa penolakan dari waris adalah tidak sah.

Headnote:(A) Akta Pembahagian 1958 - Seksyen 3 dan 6(1)(c) - Persoalan undang-undang berhubung warisan dan kelayakan cucu tanpa 'living parent' sebagai 'issue' - Mahkamah memutuskan bahawa plaintif-plaintif adalah waris-waris kadim dan benefisiari si mati, Wong Kiew, berdasarkan tafsiran seksyen tersebut. (Paras 30, 32, 34)

(B) Geran Surat Kuasa Mentadbir - Mahkamah membatalkan Geran Surat Kuasa Mentadbir yang diperoleh tanpa penolakan dari 'issue' - Keputusan ini berdasarkan kepentingan dan hak statutori ahli waris yang tidak diabaikan. (Paras 65, 66)

(C) Tanggungjawab peguam - Mahkamah menolak tuntutan terhadap peguam defendan ketiga kerana tiada relif khusus yang dituntut. (Paras 72, 74) Fakta Kes: Pertikaian harta pusaka si mati Wong Kiew melibatkan plaintif sebagai cucu dan defendan sebagai anak si mati. Defendan pertama dan kedua telah memperoleh Geran Surat Kuasa Mentadbir tanpa melibatkan plaintif. (Paras 10-13)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati plaintif adalah waris sah dan Geran Surat Kuasa Mentadbir yang diperoleh adalah tidak sah. (Paras 41, 66)

Issues: Persoalan utama termasuk kelayakan plaintif sebagai waris dan kesahihan Geran Surat Kuasa Mentadbir yang diperoleh. (Paras 24, 25)

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan hak plaintif sebagai waris kadim di bawah Akta Pembahagian 1958 dan kepentingan mengiktiraf semua waris dalam proses pembahagian harta pusaka. (Paras 41, 86)

Result: Tuntutan plaintif dibenarkan dengan kos.

PENGHAKIMAN

Hazizah Kassim PK:

Pendahuluan

[1] Konflik yang timbul antara plaintif-plaintif dengan defendan pertama dan defendan kedua berkisar tentang pertikaian dalam kalangan ahli keluarga berhubung harta pusaka si mati, Wong Kiew.

[2] Pada 8 Mei 2024, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif-plaintif di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan setelah Mahkamah mendengar dan memutuskan persoalan undang-undang.

[3] Defendan-defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Latar Belakang

[4] Selepas pliding ditutup, pihak-pihak telah memfailkan tiga permohonan interlokutori di Mahkamah ini. Pada 22 Januari 2024, Mahkamah telah mendengar permohonan-permohonan tersebut, iaitu:

(i) Notis Permohonan oleh plaintif-plaintif di bawah A 14A k 1 (Lampiran 11) supaya Mahkamah menentukan persoalan undang-undang atau isu awalan. Sekiranya permohonan tersebut dibenarkan, plaintif-plaintif memohon supaya perintah seperti dalam perenggan 12 (i) hingga (vii) dalam Pernyataan Tuntutan dibenarkan;

(ii) Notis Permohonan di bawah A 92 k 4 (Lampiran 13) yang difailkan oleh defendan ketiga untuk mendapatkan perintah supaya dengan serta merta Tetuan Morthi, Segaran & Co dibatalkan sebagai peguambela dan peguamcara Chai Siew Mei iaitu plaintif kedua dan Chai Siew Mei dibatalkan sebagai plaintif kedua dalam tindakan ini serta kos permohonan dibayar oleh semua plaintif kepada defendan pertama dan kedua; dan

(iii) Notis Permohonan oleh defendan ketiga untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan terhadap defendan ketiga di bawah A 18 k 19 (Lampiran 15).

[5] Saya telah membenarkan permohonan oleh plaintif-plaintif di bawah A 14A k 1 (Lampiran 11) supaya Mahkamah menentukan persoalan undang-undang atau isu awalan dalam memutuskan tuntutan plaintif-plaintif. Selaras dengan keputusan ini, saya mendapati permohonan defendan-defendan di bawah A 18 k 19 Kaedah-kaedah Mahkamah menjadi akademik dan dibatalkan.

[6] Selanjutnya, saya juga telah menolak permohonan defendan ketiga di bawah A 92 k 4 (Lampiran 13) supaya dengan serta merta Tetuan Morthi, Segaran & Co dibatalkan sebagai peguambela dan peguamcara Chai Siew Mei iaitu plaintif kedua dan Chai Siew Mei dibatalkan sebagai plaintif kedua dalam tindakan ini.

[7] Tiada rayuan difailkan sama ada oleh plaintif-plaintif atau pun defendan-defendan terhadap ketiga-tiga keputusan tersebut.

[8] Atas perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan plaintif-plaintif di bawah A 14A k 1 Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah ini telah mendengar dan memutuskan tuntutan plaintif-plaintif di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan secara pelupusan kes mengenai perkara undang-undang tanpa pemanggilan saksi.

[9] Harus diperhati bahawa semasa pendengaran permohonan menurut A 14A, defendan-defendan juga telah mengemukakan cadangan isu undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah ini yang akan dibincangkan selepas ini.

Fakta Kes

[10] Tuntutan ini melibatkan pertikaian mengenai harta pusaka dalam kalangan ahli-ahli keluarga dan waris-waris kepada Wong Kiew @ Wong Kee Yoy yang telah meninggal dunia pada 8 November 2020. Ketika si mati, Wong Kiew meninggal dunia, si mati meninggalkan lima orang anak termasuk defendan pertama dan defendan kedua. Anak sulung si mati, bernama Chai Ming Choon telah meninggal dunia lebih dahulu daripada si mati iaitu pada 21 November 2016.

[11] Plaintif-plaintif dalam tindakan ini ialah anak-anak kepada si mati Chai Ming Choon dan juga merupakan cucu kepada si mati Wong Kiew. Plaintif-plaintif juga anak saudara kepada defendan pertama dan defendan kedua. Manakala defendan ketiga ialah peguamcara yang mewakili defendan pertama dan kedua dalam permohonan surat kuasa mentadbir berkaitan estet si mati, Wong Kiew.

[12] Defendan pertama dan defendan kedua sebelum ini telah memperoleh Geran Surat Kuasa Mentadbir atas harta pusaka si mati, Wong Kiew melalui Saman Pemula No BA-31NCVC-220-03/2021 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Defendan-defendan melalui


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top