SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1431

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MUHAMMAD JAAFAR LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: JA-41(Ors)-2-11/2020]



Petitioner Advocates:Atuffah Said ,Respondent Advocate: Suriani Ujang

Permohonan pemulangan barang rampasan di bawah Kanun Tatacara Jenayah tidak sesuai ketika kes jenayah masih berjalan, dan undang-undang khusus mengatasi undang-undang am.

Headnote:(A) Kanun Tatacara Jenayah – Seksyen 413 – Permohonan untuk pemulangan barang rampasan tidak sesuai semasa kes perbicaraan masih berlangsung di mahkamah tinggi. Majistret telah menolak permohonan pemohon dengan alasan remedi itu tidak menepati undang-undang yang diguna pakai. (Paras 6, 29)

(B) Jenayah – Ketidakpatuhan terhadap prosedur undang-undang – Permohonan pemulangan barang rampasan harus menggunakan peruntukan yang spesifik dalam undang-undang khusus seperti Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, bukan Kaedah Am. (Paras 19, 28)

Facts of the case: Pemohon memohon pemulangan bot fiber dan barang lain yang dirampas semasa tangkapan adiknya yang dicadangkan didakwa di mahkamah tinggi. (Paras 1-5)

Findings of Court: Majistret tidak terkhilaf dalam menolak permohonan pemohon kerana prosedur yang diikuti tidak sesuai untuk kes ini. (Paras 29)

Issues: Adakah permohonan pemulangan barang rampasan yang dibuat di bawah s 413 Kanun Tatacara Jenayah adalah sesuai ketika kes jenayah masih dibicarakan? (Paras 13-14)

Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang kepada prinsip bahawa undang-undang khusus mengatasi undang-undang am dan menyatakan bahawa pemulangan harta rampasan harus merujuk kepada peruntukan undang-undang tertentu, iaitu ATIPSOM. (Paras 24, 27)

Result: Rayuan ditolak.

PENGHAKIMAN

Shahnaz Sulaiman PK:

[1] Ini merupakan rayuan pihak perayu terhadap keputusan Puan Majistret yang bijaksana pada 19 Oktober 2020 yang menolak permohonan perayu untuk kenderaan bot fiber panjang lebih kurang 28 x 7 kaki lebar, enjin sangkut jenis Suzuki 90 HP, tong minyak petrol berwarna merah dan serawan jala ikan dikembalikan sementara kepada perayu di bawah s 413 Kanun Tatacara Jenayah .

Ringkasan Fakta Kes

[2] Pemohon telah memfailkan Notis Permohonan di bawah s 413 Kanun Tatacara Jenayah beserta Afidavit Sokongan pada 6 Julai 2020 untuk satu perintah agar barang-barang berikut iaitu:

i. bot fiber panjang berukuran lebih kurang 28 x 7 kaki lebar;

ii. enjin sangkut jenis Suzuki 90HP;

iii. tong minyak petrol berwarna merah; dan

iv. serawan jala ikan

dipulangkan kepada pemohon sementara menunggu kes perbicaraan melibatkan adik pemohon iaitu Muhammad Fairul bin Jaafar bersabit perbicaraan jenayah No Kes JA-45SOM-18-07/2020 selesai.

[3] Pada 4 Mac 2020, adik pemohon ("Tertuduh") telah menggunakan bot fiber pada hari beliau ditangkap oleh pasukan polis marin. Semasa tangkapan, bot tersebut beserta enjin sangkut, tong minyak petrol dan serawan jala ikan turut dirampas oleh pihak polis marin.

[4] Tertuduh telah pun dituduh di bawah s 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 ("ATIPSOM") di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor dan kes ini adalah dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

[5] Oleh itu, sementara menunggu perbicaraan kes Tertuduh, pemohon telah membuat permohonan di bawah s 413 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi pemulangan barang-barang yang telah dirampas melalui Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan.

Keputusan Majistret

[6] Puan Majistret berpendapat bahawa remedi yang dipohon oleh perayu di bawah s 413 Kanun Tatacara Jenayah bukanlah satu remedi yang sesuai dan telah menolak permohonan perayu.

Undang-Undang Berhubung Rayuan

[7] Berhubung rayuan, s 316 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan:

" Section 316 . Decision on appeal.

At the hearing of the appeal the Judge may, if he considers there is no sufficient ground for interfering, dismiss the appeal, or may-

(a) in an appeal from an order of acquittal, reverse the order, and direct that further inquiry be made, or that the accused be re-tried as the case may be, or find him guilty and pass sentence on him according to law;

(b) in an appeal from a conviction or in an appeal as to sentence-

(i) reverse the finding and sentence and acquit or discharge the accused, or order him to be re-tried; or

(ii) alter the finding, maintaining the sentence, or with or without altering the finding reduce or enhance the sentence or alter the nature of the sentence;

(c) in an appeal from any other order, alter or reverse such order."

[8] Dalam kes Mohd Yusri bin Mangsor & Anor v. Public Prosecutor, , Mohd Zawawi Salleh HMR telah menyatakan seperti berikut:

"[4] We have heard learned counsel for the appellants and learned deputy public prosecutor (DPP) at some length. We have also scrutinized the records available before us. We are mindful that this is a factual based appeal. It is trite that an appellate court will be slow to interfere with the findings of facts and judicial appreciation of the facts by the trial court to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. However, there are exceptions. Where:

(a) the judgment is based upon a wrong premise of fact or of law;

(b) there was insufficient judicial appreciation by the trial judge of the evidence of circumstances placed before him;

(c) the trial judge has completely overlooked the inherent probabilities of the case;

(d) that the course of events affirmed by the trial judge could not have occurred;

(e) the trial judge had made an unwarranted deduction based on faulty judicial reasoning from admitted or established facts; or

(f) the trial judge had so fundamentally misdirected himself that one may safely sat that no reasonable court which had properly directed itself


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top