2021 MarsdenLR 961
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. RENALDI
[Permohonan Semakan Jenayah No: JA-43-17-05/2021]
The court emphasized that possessing valid documentation during apprehension negates charges under immigration law.
Headnote:(A) Akta Imigresen 1959/63 - Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 323(1) Kanun Tatacara Jenayah - Pemohon didapati melanggar Akta Imigresen kerana tinggal selepas tamat tempoh pas - Mahkamah mengakui bahawa Pemohon memiliki dokumen sah semasa ditangkap - Sabitan dan hukuman denda diakaskan kerana tuduhan tidak berasas. (Paras 6, 9, 10, 20, 21)
(B) Semakan kuasa Mahkamah - Mahkamah mempunyai kuasa semakan untuk membetulkan kesilapan dalam sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Bawah - Tujuan kuasa semakan adalah untuk mengelakkan salah laku dalam proses. (Paras 7, 19)
Facts of the case: Pemohon dituduh melanggar Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih daripada tempoh pas. Tangkapan dibuat pada 6 Februari 2021, di mana Pemohon mempunyai Pas Khas yang sah.
Findings of Court: Mahkamah mendapati Pemohon tidak melakukan kesalahan, mengesahkan dokumen sah yang dimiliki semasa tangkapan.
Issues: Persoalan utama adalah sama ada pemohon memiliki Pas Khas yang sah ketika ditangkap.
Ratio Decidendi: Keputusan Mahkamah menegaskan kepentingan kehadiran dokumen sah dalam menentukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Result: Permohonan semakan dibenarkan; sabitan dan hukuman diakaskan.
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Pemohon telah dituduh di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim atas pertuduhan yang berbunyi seperti berikut:
TUDUHAN:
"Bahawa kamu pada 6 Februari 2021 jam lebih kurang 11.00 pagi di kawasan peranginan Pantai Telok Mahkota, Tanjung Sedeli, di dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor telah tinggal di negara ini setelah tamat tempoh pas 16 Julai 2019 yang dikeluarkan kepada kamu yag sah laku sehingga 11 Oktober 2020, iaitu selama 119 hari tanpa sebab yang munasabah, dengan itu kamu telah didapati melanggar peruntukan di bawah s 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 , dan kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 15(4) Akta yang sama."
[2] Pada 18 Februari 2021 Pemohon telah mengaku bersalah atas pertuduhan di hadapan Puan Majistret, Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim [Puan Majistret itu]. Puan Majistret itu menjatuhkan hukuman denda RM10,000.00 jika ingkar 10 bulan penjara pertuduhan pindaan.
[3] Pemohon melalui peguamnya Tetuan Daud & Co melalui suratnya bertarikh 11 Mei 2021 mengutus surat memohon Mahkamah Tinggi, Malaya, Johor Bahru menjalankan kuasa semakan di bawah s 323 (1) Kanun Tatacara Jenayah [KTJ].
[4] Mahkamah ini telah menetapkan Pendengaran Permohonan Semakan Jenayah Pemohon pada 24 Mei 2021 di Mahkamah Terbuka.
Latar Belakang Kes
[5] Bagi memudahkan memahami Permohonan Semakan Jenayah yang dipohon oleh Pemohon, eloklah dibentangkan fakta kes pendakwaan seperti berikut:
(a) Pada 6 Februari 2021 jam lebih kurang 11.00 pagi, SM Saidon Hadzri Bin Hj Abu Hassan [Pengadu] dari Balai Polis Sedeli bersama beberapa anggotanya menjalankan tugas " Ops Pematuhan PKP Covid 2.0" di kawasan peranginan Pantai Telok Mahkota (Jason Bay), Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.
(b) Pengadu bersama anggotanya telah menghampiri dua buah kenderaan iaitu Proton Saga Nombor Pendaftaran: JCE 669 dan sebuah van Nissan Vanette C22 Nombor Pendaftaran: JCK 3688. Pengadu turut menemui 6 orang sedang berkumpul di kawasan pondok di tepi pantai tersebut. Pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap 6 orang lelaki warga Indonesia termasuk Pemohon dalam kes semasa.
(c) Pengadu mendapati Pemohon telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh masa yang dibenarkan dalam PLKS iaitu 11 Oktober 2020. Pengadu telah membuat tangkapan ke atas Pemohon sebagaimana Kuala Sedeli Report No.: 000303-304/2021 [P3].
(d) En Zainul Ariffin Bin Md Arshad, TPPI, Ketua Bahagian Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Paspot telah mengesahkan Pemohon memasuki ke Malaysia pada 17 Julai 2019 melalui Stulang Laut. Pas Lawatan Kerja Sementara [PLKS] tamat tempoh pada 11 Oktober 2020.
Merit Permohonan Semakan Jenayah Pemohon
[6] Sebelum Mahkamah ini menyentuh merit semakan Pemohon, eloklah diperturunkan peruntukan s 323 (1) KTJ yang memperuntukan seperti berikut:
"Section 323 (1) A Judge may call for and examine the record of any proceeding before any subordinate Criminal Court for the purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order recorded or passed, and as to the regularity of any proceedings of that subordinate Court."
[7] Mahkamah ini sedar tujuan kuasa semakan ini ada dirungkai dalam kes tersohor Liaw Kwai Wah & Anor v. Public Prosecutor, ; [1987] CLJ (Rep) 163 di mana YAA Abdul Hamid KHN (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut:
"We would observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is the Criminal Procedure Code. We would also observe that the object of the revisionary powers provided for in the Code is:
... to confer upon criminal courts a kind of paternal or supervisory jurisdiction, in order to correct miscarriage of justice arising from misconception of law, irregularity of procedure, neglect of proper precautions or apparent harshness of treatment, which has resulted on the one hand in some injury to the due maintenance