SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 159

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
SHYAMALA M SHANMUGANATHAN LWN. KO BOON LEONG & SATU LAGI
[Saman Pemula No: CB-24NCVC-63-07/2021]



Petitioner Advocates:M Ramachelvam,Nurul Syuhada Abdullah ,Respondent Advocate: Gunasekaran,Nanda Kumar

A court can allow originating summons to continue when both parties agree to treat affidavits as pleadings, emphasizing the need for factual clarity and witness examination for disputes.

Headnote:(A) National Land Code – Section 145 – Application for partition – The plaintiff sought orders regarding ownership and tenancy of land co-owned by the defendants and herself. The defendants moved to convert the originating summons into a writ due to the need for witness examination. Court examined the relevancy of affidavit-based procedure versus trial necessity based on complex facts. Court ruled that parties were allowed to file more affidavits and proceed under originating summons (Paras 3, 8, 10, 14, 44).

(B)

Jurisdiction – The court emphasized that issues requiring factual determination should proceed with trial instead of affidavit submissions solely. A clear distinction between facts presented by affidavits and how conflicts must be resolved through witness examination was maintained (Paras 5, 10, 14, 28, 35).

(C)

Final Agreement – Parties agreed that all affidavits would stand as pleadings, maintaining the proceedings as originating summons while allowing for further submissions and costs consideration (Paras 44).

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor PK:

[1] Plaintif telah memfailkan saman pemula untuk perintah-perintah seperti berikut melalui Lampiran 18:

(a) Dan/atau untuk mahkamah yang mulia ini untuk memberi satu perintah sepertimana tertakluk kepada hakmilik, menyatakan hanya satu bangunan boleh didirikan, maka adalah untuk mahkamah yang mulia ini mengeluarkan satu perintah untuk jual secara lelongan awam dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara Plaintif dan Defendan Pertama.

(b) Bahawa prosiding masa kini yang dimulakan mellaui Saman Pemula yang difailkan pada 7 Julai 2021 diteruskan seolah- olah ianya dimulakan melalui writ saman.

(c) Bahawa mana-mana affidavit yang telah difailkan oleh pihak-pihak kepada tindakan ini di mahkamah yang mulia ini hendaklah dijadikan sebagai pliding dengan kebebasan kepada mana-mana pihak untuk menambah kepadanya atau untuk memohon bagi mendapatkan butir-butir mengenainya;

(d) Arahan-arahan mahkamah yang mulia ini mengenai penerusan prosiding seolah-olah ianya dimulakan melalui writ saman sekiranya relif yang dipohon melalui perenggan (b) di atas dibenarkan.

(e) kos untuk permohonan ini dan kos sampingan baginya hendaklah dibayar oleh Plaintif.

(f) Relif selanjut atau lain-lain relif sebagaimana yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah yang mulia ini.

[2] Saman pemula ini disokong oleh affidavit sokongan Plaintif yang difailkan pada 7 Julai 2021. Ia juga disertai dengan affidavit sokongan En Balakrishnan a/l Kalliannan iaitu suami Plaintif yang difailkan pada 7 Julai 2021.

[3] Defendan Kedua telah memfailkan affidavit jawapan pada 25 Ogos 2021. Defendan Pertama dengan memfailkan affidavit jawapan pada 13 Oktober 2021. Di para 6(i) Defendan Pertama telah membangkitkan berkenaan dengan surat kuasa wakil (Power Of Attorney) yang ditandakan sebagai eksibit "KBL-2(a) dan (b)".

[4] En Balakrishnan telah memfailkan affidavit balasan bagi menjawab affidavit Defendan Pertama pada 13 Oktober 2021 dan telah memfailkan penyataan fakta yang dinyatakan oleh Defendan Pertama di dalam affidavit jawapan beliau pada 13 Oktober 2021.

[5] Seterusnya pada 27 Oktober 2021 Plaintif telah memfailkan affidavit jawapan dan menyatakan bahawa penyediaan surat kuasa wakil di para 8 yang memperihalkan perkara yang melibatkan keluasan pelan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands.

[6] Pada 18 November 2021, Defendan Pertama memohon agar saman pemula ini ditukarkan kepada writ saman atas alasan-alasan antara lainnya seperti berikut:

(i) Affidavit Jawapan Defendan Pertama telah menyebut tentang satu perjanjian jual beli bersama dengan Power Of Attorney pada tahun 2014 di antara Defendan Pertama dan suami Plaintif bahawa tanah yang menjadi perkara dalam kes ini tersebut dijual kepada Defendan Pertama.

(ii) Pada masa menandatangani perjanjian jual beli bahagian pajakan yang belum luput hanya 29 tahun dan suami Plaintif mahu melanjutkan pajakan untuk tempoh 99 tahun, dan suami Plaintif dan saya bersetuju untuk memperbaharui pajakan untuk tempoh 99 tahun dan pada 11 Februari 2015 Defendan Pertama telah membayar setengah bahagian premium sebanyak RM83,294.50 kepada Pejabat Daerah dan Tanah.

(iii) Defendan Pertama menyatakan bahawa pelan yang dikemukakan oleh Plaintif bersama suami Plaintif dengan menggunakan hakmilik sementara tidak sah telah diluluskan pada 12 Julai 2019 oleh Majlis Daerah Cameron Highlands dan Plaintif bersama suami Plaintif telah melakukan kesalahan FROD dengan Majlis Daerah Cameron Highlands dan telah mengisu Notis Jabatan Kejuruteraan Kawalan dan Bangunan bertarikh 12 Mac 2021 dengan tajuk "Bercanggah Status Hakmilik Tanah & Lot".

(iv) Defendan Pertama menyatakan bahawa perkara-perkara untuk menukar Saman Pemula kepada Writ diperlukan kerana dalam kes ini wujud isu FROD yang telah dilakukan oleh Plaintif bersama suami Plaintif tersebut.

[7] Aturan 5 KKM 2012 telah memperihalkan cara memulakan satu prosiding sivil. Aturan 5 kaedah 3 KKM 2012 menyatakan prosiding yang hendak dimulakan dengan saman pemula.

3. Prosiding yang hendak dim


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top