2017 MarsdenLR 3090
MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
SUKI MEE LWN. ARENA RIA SDN BHD
[Penggulungan Syarikat No: AA-28NCC-67-09/2016]
Directors' actions prioritizing personal interests over shareholders' welfare may justify winding up of the company under the Companies Act.
Headnote:STATUTE ANALYSIS: This case revolves around the winding up of a company, petitioned under paragraphs 181(1)(a) and 218(1)(f)(i) of the Companies Act 1965. FACTS: The petitioner, Suki Mee, owns 40% shares, while TSF controls the remaining 60%. After a conflict over company management, the petitioner was dismissed and subsequently filed for winding up. FINDINGS OF COURT: The court acknowledged that the director’s actions had undermined the interest of other members. ISSUES: The court questioned whether the dismissal of the petitioner was justifiable under section 218(1)(f). RATIO DECIDENDI: The court reasoned that actions prioritizing personal interests over shareholder welfare triggered the just and equitable ground for winding up. RESULT: The petitioner successfully proved grounds for winding up, and the court allowed the application without any order on costs.
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of the company structure and the triggering conflict between shareholders. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7) |
| 2. analysis of the legal provisions under the companies act 1965 relevant to winding up. (Para 8) |
[1] Ini adalah petisyen penggulungan syarikat yang dikemukakan Suki Mee (pempetisyen) bagi menggulung Arena Ria Sdn Bhd (responden) di bawah perenggan 181(1)(a) serta perenggan 218(1)(f) dan (i) Akta Syarikat 1965 (Akta 1965). Responden melalui seorang lagi pengarahnya, Toi Sin Fatt (TSF) telah memfailkan notis niat untuk hadir bagi menghalang petisyen.
[2] Petisyen pempetisyen disokong Afidavit yang Menentu Sahkan Petisyen bertarikh 23 September 2016 yang diikrarkan sendiri oleh pempetisyen. Sementara itu, TSF yang bertindak mewakili responden telah membantah petisyen dengan memfailkan Afidavit Jawapan bertarikh 2 Mac 2017.
Latar Belakang Ringkas Petisyen
[3] Hanya terdapat 2 orang pemegang saham di dalam responden. Pempetisyen memiliki 200,000 unit saham yang mewakili 40% jumlah saham berbayar responden. Baki 300,000 unit saham atau 60% saham responden dimiliki TSF. Kedua-dua pemegang saham pada mulanya adalah merupakan pengarah responden.
[4] Pempetisyen dan TSF telah saling mengenali satu sama lain sejak kecil lagi. Dari segi kerjaya, pempetisyen seorang perancang bandar dan TSF adalah seorang pemaju perumahan. Pada masa material, TSF telah menyertai pempetisyen di dalam responden untuk dijadikan sebuah syarikat pemaju perumahan.
[5] Selain responden, pempetisyen dan TSF serta beberapa pemegang saham yang lain turut memiliki 4 buah syarikatyang lain iaitu Fiscal Arena Sdn Bhd (FASB), Goodluck Marketing SdnBhd, Z K S Serangkai Sdn Bhd dan Far Origin Sdn Bhd.
[6] Pada sekitar bulan Mei tahun 2016 berlaku perselisihan faham diantara pempetisyen dan TSF. Puncanya adalah mengenai urusanperniagaan dalam FASB yang menjalankan pengusahaanperladangan kelapa sawit. TSF mendakwa bahawa pempetisyen sebagai salah seorang pengarah FASB telah terlibat dengan urusan membeli tanah-tanah untuk dirinya sendiri dari peserta Rancangan Penyusunan Semula Tapak Pertanian Berkelompok Orang Asli di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Mukim Ulu Bernam Timur, Daerah Batang Padang, Perak, dengan membelakangkan hak dan kepentingan FASB.
[7] Selepas itu, hubungan mereka mulai renggang sehinggakan pempetisyen dilarang daripada mengambil bahagian di dalam pengurusan dan proses membuat keputusan responden. Kemuncaknya, pada 15 Jun 2016 pempetisyen telah disingkirkan dari menjadi pengarah responden dan TSF telah melantik isterinya, Ng Yok Fong (NYF), sebagai pengarah baru responden. Bukan setakat itu, setiausaha syarikat turut memaklumkan bahawa pempetisyen telah juga disingkirkan dari menjadi pengarah di dalam 4 buah syarikat yang lain melalui surat bertarikh 8 Julai 2016.
Analisis Dan Dapatan Mahkamah
[8] Petisyen penggulungan syarikat yang dikemukakan pempetisyen berasaskan kepada peruntukan perenggan 181(1)(a) serta perenggan 218(1)(f) dan (i) Akta 1965. Setelah diteliti Petisyen, Afidavit Menentu Sahkan Petisyen dan penghujahan peguam pempetisyen, adalah didapati bahawa pembuktian alasan di bawah perenggan 181(1)(a) Akta 1965 telah diabaikan. Oleh itu, tumpuan analisis mahkamah ke atas petisyen ini hanya tertumpu kepada pembuktian alasan di bawah perenggan 218(1)(f) dan (i) Akta 1965 sahaja.