MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
DATO AHMAD SUDIN LWN. DATO ARIFFIN MAN
[Guaman Sivil No: 23NCvC-4-11/2013]
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's background and defamatory statements (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. defendant contests plaintiff's claims (Para 4) |
| 3. legal standing and requirements for applications (Para 5) |
[1] Plaintif pada masa yang material merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Lada, Negeri Kedah Darul Aman dan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Negeri Kedah. Manakala defendan merupakan Setiausaha Kerja BarisanNasional, Negeri Kedah pada setiap masa yang material.
[2] Dalam suatu mesyuarat yang diadakan di Dewan Sri Tanjung, Santap, 06400 Pokok Sena, Kedah pada 28 September 2013, defendan secara palsu dan dengan niat jahat telah memberi satu ucapan dalam kehadiran dan pendengaran kesemua orang yang hadir di mesyuarat telah mengungkapkan perkataan-perkataan yang memfitnah plaintif.
[3] Plaintif telah memfailkan writ dan penyata tuntutan terhadap defendan [lampiran (1)] bagi mendapatkan perintah yang berikut:
"(a) suatu injunksi kekal terhadap Defendan untuk tidak mengulangi perkataan-perkataan fitnah atau ucapan fitnah terhadap Plaintif;
(b) penyiaran permohonan maaf kepada Plaintif menurut kehendak Plaintif dalam surat khabar atau surat khabar-surat khabar tempatan dan portal berita internet pilihan Plaintif;
(c) gantirugi am untuk slander sebanyak RM20,000,000.00 [Ringgit Malaysia: Dua Puluh Juta];
(d) gantirugi keterlaluan ("aggravated damages");
(e) gantirugi teladan ("exemplary damages");
(f) kos atas dasar peguam dan anak guam;
(g) relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini."
[4] Defendan melalui peguamnya telah mempertikaikan tuntutan plaintif dan telah memfailkan penyata pembelaan [lampiran (6)]. Plaintif sebelum perbicaraan bermula telah memfailkan notis permohonan [lampiran (16)] untuk mendapatkan perintah firma Tetuan Hafarizam Wan & Aisa Mubarak dikecualikan (disqualify) daripada mewakili Defendan dengan serta merta. Notis permohonan ini disokong dengan afidavit plaintif [lampiran (17)]. Defendan telah membantah permohonan plaintif dan telah memfailkan affidavit balasan defendan [lampiran (27)].
[5] Sebelum pendengaran lampiran (16), peguam defendan telah memberikan notis bantahan melalui suratnya bertarikh 9 Mei 2014 [lampiran (35)]. Pada 14 Mei 2014 Mahkamah ini telah mendengar bantahan awal tersebut. Mahkamah ini telah membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam defendan yang terpelajar dan lampiran (16) ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00. Pihak plaintif yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysia.
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.