SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 671

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KEDAH
AMIR AFFANDY ZAKARIA LWN. SHANUM SHAARI & SATU LAGI
[Kes Rayuan Mal No: 02500-042-0005-2007]



Rujuk adalah hak suami yang sah tanpa memerlukan saksi atau pengetahuan isteri, dan dokumen rujuk yang sah diterima sebagai bukti.

Headnote:(A) Enakmen Keluarga Islam Kedah 1979 – Seksyen 43(1)(a) dan Enakmen Mahkamah Syariah Kedah 1993 – Permohonan pemisahan pernikahan – Permohonan ditolak oleh Mahkamah Rendah Syariah, tetapi rayuan diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah – Bukti rujuk yang dikemukakan oleh Perayu dianggap sah walaupun terdapat keraguan pada dokumen – Mahkamah menegaskan bahawa rujuk tidak memerlukan saksi dan boleh berlaku tanpa pengetahuan isteri. (Paras 1-56) (B) Pembuktian rujuk – Mahkamah menekankan bahawa rujuk adalah hak suami dan tidak memerlukan redha isteri – Kewujudan dokumen rujuk yang sah menjadi bukti yang mencukupi. (Paras 11, 12, 37, 54) (C) Kewajipan Mahkamah – Mahkamah harus menegakkan keadilan berdasarkan Hukum Syarak dan undang-undang yang berkaitan tanpa dipengaruhi oleh keadaan sosial. (Paras 54)

Facts of the case: Pihak Perayu memohon pemisahan pernikahan antara PKR (1) dan PKR (2) dengan alasan rujuk yang sah telah berlaku. Pihak Kena Rayu menafikan kewujudan rujuk tersebut.

Findings of Court: Mahkamah mendapati bahawa rujuk telah berlaku dan memutuskan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah.

Issues: Adakah rujuk yang didakwa oleh Perayu sah dan adakah bukti yang mencukupi untuk menyokong permohonan pemisahan?

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa rujuk adalah sah walaupun tanpa saksi dan tidak memerlukan pengetahuan isteri, serta dokumen rujuk yang sah diterima sebagai bukti.

Result: Rayuan diterima dan keputusan Mahkamah Rendah Syariah dibatalkan.

PENGHAKIMAN

Syeikh Mohamad Roze Abdul Wahab HMTS:

Fakta Kes

[1] Dalam kes ini Pihak Perayu telah memasukkan notis rayuan bertarikh 9 Julai 2007 di atas tidak puas hati terhadap keseluruhan keputusan Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Muda yang telah diputuskan pada 5 Julai 2007 dalam kes permohonan Faraq Nikah, No Kes: 0175-2006 yang diputuskan:

i. Mahkamah perintahkan permohonan Pemohon Amir Affandy bin Zakaria untuk memfarakkan dan membatalkan pernikahan Penentang (1) Shanum binti Shaari dengan Penentang (2) Sharif bin Jasin ditolak;

ii. Kos ditanggung oleh pihak-pihak.

[2] Alasan Hakim ialah:

i. Pemohon tidak berjaya buktikan kewujudan rujuk yang didakwa olehnya sehingga meyakinkan Mahkamah;

ii. Dokumen rujuk P11 yang ditenderkan kepada Mahkamah ini tidak dijelaskan dengan terperinci berkaitan dengan perbezaannya dengan ketcrangan Pemohon;

iii. Saksi yang memberikan ketcrangan dalam kes ini tidak dapat membuktikan bahawa rujuk telah berlaku;

iv. Kejadian rujuk yang berlakupada 19 Oktober 1997 ticlak dibuktikan dengan keterangan saksi. Saksi 2 yang dinyatakan dalam keterangan Pemohon berada semasa kejadian rujuk pula tidak memberikan keterangan bcrkaitan dengan perkara ini.

[3] Dalam petisyen rayuan bertarikh 9 Julai 2007 Perayu merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kedah (rayuan) terhadap keseluruhan keputusan Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Muda, Kedah yang diberikan pada 5 Julai 2007.

[4] Alasan Rayuan Perayu ialah:

1. YA Hakim telah melakukan khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dengan memutuskan bahawa Perayu telah gagal membuktikan kewujudan rujuk Perayu padahal kesemua rukun rujuk Perayu telah pun dipenuhi;

2. YA Hakim telah melakukan khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak kerana gagal mengambil kira bukti dokumen rujuk Perayu (P11) yang dengan terangnya telah membuktikan kewujudan rujuk Perayu;

3. YA Hakim telah melakukan khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dengan memutuskan bahawa saksi Perayu telah gagal membuktikan bahawa rujuk Perayu telah berlaku;

4. YA Hakim telah melakukan khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak untuk mengambilkira bahawa dokumen rujuk Perayu adalah dokumen awam yang telah mendapat pengiktirafan penghakiman dan merupakan satu dokumen yang sah dan tidak boleh dipertikaikan dan sebaliknya hanya mengambilkira butiran remeh yang ternyata berlawanan dengan Hukum Syarak;

5. YA Hakim telah melakukan khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak kerana telah menolak dokumen rujuk Perayu tersebut tanpa sebarang alasan yang munasabah dari segi undang-undang;

6. YA Hakim telah melakukan khilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak kerana telah gagal mengambil kira keterangan saksi kedua yang mengesahkan dokumen rujuk tersebut yang telah ditandatangani oleh beliau adalah sah dan mcndapat pengiktirafan penghakiman;

7. YA Hakim tclah mclakukan kliilaf dari segi undang-undang dan Hukum Syarak kerana tidak mengambilkira keterangan b Pihak Kena Rayu kerana mereka sendiri telah melihat dokumen rujuk Perayu semasa ingin mendaftarkan pernikahan mereka.

[5] Perayu Amir Affandy Bin Zakaria tinggal di alamat 1457, Jalan Kelisa Ria 2/11, Taman Kelisa Ria, Sungai Petani Kedah, berkerja sebagai seorang Anggota Tentera. Pihak Kena Rayu Pertama (PKR 1) Shanum Binti Shaari, tinggal di alamat 659, Kg Sedim, Karangan, Kulim Kedah, Pihak Kena Rayu Kedua (PKR 2) Syarif bin Jasin, tinggal di alamat 659, Kg Sedim, Karangan, Kulim Kedah. Pihak Perayu dan PKR (1) telah bernikah pada 1990 dan bercerai kali pertama talak satu pada 2 April 1996 dan rujuk semula pada 3 Jun 1996. Kemudian bercerai pula kali kedua dengan (alak satu pada 9 Ogos 1997 dan dikatakan rujuk semula pada 9 Ogos 1997. Sementara PKR (l) ialah bernikah dengan PKR (2) di Selatan Thailand pada 12 Disember 2005 dan belum ada keputusan pengesahan nikah mereka di Selatan Thailand itu.

[6] Pihak Perayu memfailkan Afidavit Permohonan pada 20 Februari 2006 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Muda memohon sup


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top