SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2863

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
SMIJAYA SDN BHD & YANG LAIN LWN. PERWIRA AFFIN BANK BHD
[Rayuan Sivil No: W-03-92-2008]



Petitioner Advocates:Douglas Yee ,Respondent Advocate: R Tharmy

PENGHAKIMAN

Wan Adnan Muhamad HMR:

[1] Perayu-perayu terkilan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang telah membenarkan rayuan responden melalui suatu notis rayuan kepada Hakim Dalam Kamar (kandungan 40) ekoran keputusan Timbalan Pendaftar (TP) yang membenarkan permohonan perayu-perayu untuk meminda pernyataan pembelaan mereka (perayu 1 hingga 5) dan tuntutan balas perayu 1 (kandungan 31). Perayu-perayu merupakan defendan-defendan manakala responden ialah plaintif dalam prosiding Mahkamah Tinggi berkenaan.

[2] Kami ingin menarik perhatian selepas ini kami akan bahasakan perayu-perayu sebagai defendan-defendan manakala responden sebagai plaintif bagi menghindar kekeliruan dalam menghayati alasan penghakiman nanti.

[3] Secara ringkas latar belakang kes adalah seperti berikut:

[4] Dalam tahun 2000 plaintif telah memulakan tindakan terhadap defendan (defendan 1-5) atas kegagalan mereka membayar tunggakan hutang bagi kemudahan kewangan overdraft, resit amanah dan surat kredit. Defendan 1 ialah peminjam manakala defendan 4-5 ialah penjamin. Defendan-defendan telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas bertarikh 20 Oktober 2000. Selepas beberapa prosiding berjalan termasuk prosiding di bawah A. 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT) dan prosiding pengurusan kes suatu permohonan di bawah A. 20 KMT (kandungan 31) di failkan oleh defendan-defendan untuk suatu pindaan pembelaan dan tuntutan balas mereka pada 18 Mei 2005. Permohonan tersebut dikatakan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada pliding asal mereka. Kandungan 31 tersebut telah di benarkan oleh TP pada 23 Februari 2006. Plaintif memfailkan suatu Notis Rayuan kepada Hakim Dalam Kamar melalui kandungan 40 pada 3 Mac 2006. Hakim bicara telah membenarkan kandungan 40 berkenaan.

[5] Plaintif membantah permohonan defendan-defendan untuk meminda pernyataan pembelaan mereka atas landasan bahawa permohonan tersebut merupakan tektik defendan-defendan bagi mengemukakan beberapa representasi baru yang kononnya dibuat oleh Encik Hoh Choon Seong, pengurus cawangan plaintif pada tahun 1997, termasuk representasi bahawa:

(i) plaintif mempunyai pengalaman di dalam pengurusan kewangan projek;

(ii) plaintif mempunyai pengalaman di dalam membiayai penjualan dan pembelian barangan di peringkat antarabangsa;

(iii) plaintif akan menggunakan kepakarannya dan pengalamannya bagi menguruskan dan melaksanakan kemudahan kewangan bagi pihak defendan pertama termasuk memberikan nasihat yang diperlukan; dan

(iv) kadar pertukaran matawang bagi surat-surat kredit yang akan dibeli oleh defendan pertama ditetapkan pada kadar RM2.54 bagi USD1 atau pada kadar yang lebih rendah.

[6] Berdasarkan kepada representasi tersebut, defendan-defendan mendakwa terdapat satu kontrak kolateral dan terma-terma tersirat di antara plaintif dan defendan-defendan. Mengikut plaintif, pembelaan asal defendan-defendan difailkan pada 20 Oktober 2000, sedangkan cadangan pindaan hanya dibuat pada 18 Mei 2005, iaitu selepas defendan-defendan mengetahui Encik Hoh Choon Seong telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada 19 Mac 2001. Plaintif juga mendakwa permohonan sedemikian bukan merupakan sesuatu yang bona fide. Turut didakwa ialah pindaan sedemikian jelas mewujudkan suatu sifat baru pembelaan dan kausa tindakan defendan-defendan.

[7] Disamping itu plaintif menyatakan ia akan memprejudiskan dan tidak dapat dipampaskan dengan kos memandangkan Encik Hoh Choon Seong telah lama meninggal dunia. Seperkara lagi ialah kelewatan dalam membuat permohonan tanpa diberi sebarang sebab oleh pihak defendan.

[8] Nas tersohor yang selalu menjadi panduan mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran untuk meminda pliding ialah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Yamaha Motor Co. Ltd. v. Yamaha (M) Sdn. Bhd. & Ors., [1983] 1 MLJ 213; [1983] CLJ (Rep) 428. Mahkamah Tertinggi kita memutuskan seperti berikut (dalam bahasa asal penghakiman):

The general principle is the court will allow such amendments as will cause no injustice to the o

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top