1997 MarsdenLR 1102
HIGH COURT (KUALA LUMPUR)
AZMEL MAAMOR, J
HARTELA CONTRATORS
versus
HARTECON J.V. SDN BHD
USUL PEMULA NO R2-25-122-96
Decided On : 07-08-97
1. Encik Cheow Wee bagi Pemohon. Tetuan Chor Pee Anwarul & Company, Kuala Lumpur.
2. Encik Yatiswara Ramachandran bagi Responden-Responden. (Cik Zaheeda Binti Ariff bersamanya) Tetuan Azman Davidson & Co., Kuala Lumpur.
ALASAN PENGHAKIMAN
1. Ini adalah permohonan untuk mengenepikan Award Penimbangtara bertarikh 24 September 1996.
2. Latar belakang dan fakta ringkas kes adalah seperti berikut:
[2] (A) Pertikaian yang ada antara Pemohon dengan kedua-dua Responden telah dirujuk kepada Penimbangtara Dato' Peter Mooney untuk keputusan;
(B) Melalui Award bertarikh 5 Disember 1992 (selepas ini dirujuk sebagai "Award Pertama") Dato' Peter Mooney telah mendapati Pemohon berliabi1iti kepada kedua-dua Responden;
(C) Oleh kerana tidak berpuas hati dengan Award Pertama tersebut Pemohon telah melalui kes No: RI-25-1S-93 memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan Award Pertama tersebut;
(D) Permohonan Pemohon tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada S Januari 1996. Melalui Notis Rayuan bertarikh 29 Februari [3]1996, Pemohon telah merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Rayuan Pemohon tersebut sehingga ini masih belum lagi didengar oleh Mahkamah Rayuan Malaysia;
(E) Atas permohonan kedua-dua Responden yang juga dibuat melalui kes RI-25-18-93, Mahkamah Tinggi telah pada 9 Mei 1996 membuat keputusan menaenai satu permohonan deklarasi bahawa Award Pertama adalah suatu award interim dan Penimbangtara belum lagi "functus officio" dalam memutuskan pertikalan yang ada antara Pemohon dan kedua-dua Responden tersebut kerana Penirnbangtara belum lagi memutuskan jumlah gantirugi yang perlu dibayar oleh Pemohon kepada kedua-dua Responden tersebut. Adalah dinyatakan bahawa Pemohon tidak memfailkan sebarang rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap deklarasi yang diberi oleh Mahkamah Tinggi tersebut;
[4](F) Berdasarkan deklarasi oleh Mahkamah Tinggi tersebut, Penirnbangtara telah kemudiannya menjalankan taksiran gantirugi dimana melalui Award bertarikh 24 September 1996 (Award Kedua), gantirugi-gantirugi berikut telah dibenarkan oleh Penimbangtara kepada Responden- Responden, iaitu :-
(a). Atas Tuntutan Pertama, Pemohon diperintahkan untuk membayar Responden Pertama sejumlah RM672 ,617.29 dan faedah kompaun dan 20 Disember 1985 hingga 15 Julai 1996 sebanyak RM8,332,072. 33;
(b) Atas tuntutan ketiga, Pemohon diperintahkan membayar Responden Pertama sejumlah dengan faedah ringkas pada kadar 8% dariRM1,166,672.00 pada kadar 8% dari 1 Januari 1986 hingga tarikh penyelesaian penuh;
[5](c) Atas Tuntutan Keempat, Pemohon diperintahkan untuk membayar Responden Kedua sejumlah RM1,820,000.00 dengan faedah ringkas pada kadar 8% darl 1 Jun 1985 hingga tarikh penyelesaian penuh; dan
(d) Atas Tuntutan KetujuhPemohon diperintahkan untuk membayar Responden Pertama sejumlah RM913,360.00 dengan faedah kompoun pada 9% kiraan tahunan dan 24 Jun 1985 hingga tarikh penyelesaian penuh
(e) Kos award dan kos rujukan kepada Responden-Responden.
(G) Terhadap Award Kedua inilah permohonan ini dibuat oleh Pemohon.
[6]3 Pada 3 April 1997, saya telah menolak dengan kos permohonan Pemohon tersebut. Berikut adalah alasan-alasan saya mengenai keputusan tersebut.
4. Melalui hujah bertulisnya, peguam Pemohon menyatakan Award Kedua tersebut perlu diketepikan atas sebab-sebab berikut :-
(i) Bahawa Award Kedua tersebut dibuat tanpa bidangkuasa;
(ii) Bahawa Penimbangtara melakukan kesilapan dari segi undang-undang apabila memberi gantirugi-gantirugi ke atas Tuntutan Pertama, Tuntutan Ketiga dan Tuntutan Ketujuh walaupun tuntutan-tuntutan tersebut tidak timbul daripada kemungkiran kontrak yang didakwa;
(iii)Bahawa award faedah yang diberikan oleh [7]penimbangtara tidak mempunyai asas undang-undang; dan
(iv) Bahawa Award Kedua tersebut adalah salah kerana Penimbangtara telah tidak mengendahkan terma-terma Award Pertama semasa rnenaksirkan jumlah tersebut
5. Bagi menyokong alasan (i), peguam Pemohon telah berhujah bahawa, memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 8 Januari 1996 yang menolak permohonan Pemohon untuk mengenepikan Award Pertama sedang dirayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia, maka Award Pertama di sisi undang-undang adalah