SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2007 MarsdenLR 529

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM
REZA SHAMS BIJARI PIRBAZARI LWN. KETUA POLIS NEGARA & SATU LAGI
[Permohonan Jenayah No: 44-110-06]



PENGHAKIMAN

Su Geok Yiam H:

Latar Belakang

[1] Pemohon, seorang rakyat Republik Islam Iran, telah ditangkap pada 5 Mei 2006 jam lebih kurang 1.20 petang di B1-32, Tingkat 6, Jalan 11, Taman Tun Abdul Razak, &ang, Hulu Langat Selangor. Pemohon ditangkap hasil rampasan dadah dalam bilik air di rumah tersebut yang setelah dianalisa oleh Jabatan Kimia didapati ia adalah dadah dari jenis Methamphetamine seberat 292.8 gram.

[2] Pada 6 Mei 2006, pemohon telah pertama kali dibawa ke Mahkamah Majistret &ang untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan telah dibenarkan ditahan reman selama lima (5) hari sehingga 10 Mei 2006. Pada 11 Mei 2006, sekali lagi pemohon dibawa ke mahkamah yang sama untuk permohonan lanjutan reman dan telah dibenarkan selama empat (4) hari sehingga 15 Mei 2006.

[3] Walau bagaimanapun kedua-dua perintah tahanan reman itu telah tidak diekshibitkan oleh kedua-dua responden dalam afidavit-afidavit mereka.

[4] Pemohon telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret &ang vide Kes Tangkap No: 81-3-2006 pada 16 Mei 2006 atas pertuduhan di bawah s. 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 . Pada 12 Oktober 2006, Mahkamah Majistret &ang, Selangor telah mengeluarkan Waran Meletakkan Dalam Jagaan Sementara Menanti Perbicaraan terhadap pemohon ("perintah tahanan Majistret tersebut"). Perintah tahanan Majistret tersebut diekshibitkan oleh responden-responden sebagai "RR1" di dalam afidavit tambahan responden-responden yang diikrarkan pada 11 Januari 2007 oleh Pegawai Penyiasat.

[5] Melalui izin dan rekuisisi yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Puan Aslina Joned pada 11 Oktober 2006, kes pemohon telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Oktober 2006 di bawah kes PCT No. 45-104-2006. Kes ini telah disebut buat pertama kalinya pada 10 November 2006. Tarikh perbicaraan telah kemudiannya ditetapkan pada 21 hingga 25 Januari 2008.

[6] Pada 2 November 2006, pemohon telah memfailkan notis usul di kandungan (2) di bawah Bab XXXVI Kanun Prosedur Jenayah untuk satu writ habeas corpus ("permohonan tersebut"). Permohonan tersebut telah ditetapkan untuk didengar buat pertama kalinya di hadapan KN Segara, H pada 10 November 2006.

[7] Atas permohonan untuk penangguhan oleh TPR yang terpelajar Encik Azar Irwan yang telah menyebut kes bagi pihak TPR Encik Sallehuddin untuk kedua-dua responden, hakim yang bijaksana telah menangguhkan pendengaran tersebut ke 19 Januari 2007.

[8] Pada 19 Januari 2007, pendengaran permohonan tersebut telah sekali lagi ditangguhkan ke 9 Mac 2007 atas permohonan Cik Uma Parvathy Thothathri, peguam terpelajar bagi pihak pemohon, atas alasan beliau ingin mengkaji afidavit yang baru difailkan oleh pihak responden-responden.

[9] Pada 9 Mac 2007, akibat penambahan tiga (3) orang Pesuruhjaya Kehakiman yang baru di Mahkamah Tinggi Shah Alam, permohonan tersebut telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah (6) dan ditetapkan untuk pendengaran di hadapan saya buat pertama kalinya. Saya telah mendengar penghujahan kedua-dua pihak. Oleh kerana kesuntukan masa dan alasan-alasan yang lain iaitu bahawa TPR yang terpelajar Encik Ishak Mohd Yusoff perlu mengikuti kursus di ILKAP pada 12 hingga 14 Mac 2007 dan pada 15 Mac 2007 pula beliau akan memberi ceramah kepada polis di Kuala Kubu Bahru sedangkan saya akan bercuti pada 15 Mac 2007 dan 16 Mac 2007 kerana akan menyertai satu "International Visitors Leadership Program" di Amerika Syarikat pada 17 Mac 2007 hingga 8 April 2007, permohonan tersebut telah ditangguhkan ke 16 April 2007 untuk disambung dengar.

[10] Pada 16 April 2007, saya telah menyambung dengar permohonan tersebut.

Permohonan Tersebut

[11] Di dalam permohonan tersebut, pihak pemohon telah memfailkan tiga (3) afidavit iaitu afidavit sokongan yang diikrarkan oleh abang beliau, afidavit lanjutan beliau sendiri dan afidavit jawapan beliau. Manakala pihak responden-responden pula telah mengemukakan empat (4) afidavit yang meliputi afidavit TPR Puan Aslina Joned yang menandatangani izin dan rekuisisi, afidavit Pegawai Serbuan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top