SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1996 MarsdenLR 449

LAMIN,ABU MANSOR,AHMAD FAIRUZ
MAHKAMAH RAYUAN (KUALA LUMPUR)
LIM SENG HUAT - Appellant
Versus
FIAMMA SDN BHD - Respondents

RAYUAN SIVIL NO W-04- 93-95
Decided On : 07/16/1996

Advocates:
K Chandra (K Chandra & Co) bagi pihak perayu.
CT Tan (Iza Ng Yeoh & Kit) bagi pihak penentang.

JUDGMENTBY: AHMAD FAIRUZ HMR

AHMAD FAIRUZ HMR (menyampaikan alasan penghakiman mahkamah): Ini adalah suatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah memberi perintah certiorari kepada penentang. Perayu di dalam kes ini adalah seorang pekerja penentang. Beliau dipecat oleh penentang pada 11 April 1991. Kesahehan pemecatan ini telah diperdebatkan dalam Mahkamah Perusahaan yang memutuskan bahawa pemecatan itu telah dibuat tanpa sebab atau alasan berpatutan. Oleh itu, Mahkamah Perusahaan telah membuat perintah agar perayu dibayar gaji kebelakangan (back wages) dikira dari tarikh pemecatan hingga tarikh keputusan Mahkamah Perusahaan (23 Mac 1993) seperti berikut: 23 bulan x RM3,550 = RM81,650 (jumlah RM3,550 adalah diperolehi daripada pencampuran gaji bulanan perayu sebanyak RM550 dengan jumlah purata komisyen sebanyak RM3,000). Perayu juga diawardkan pampasan bagi menggantikan pengembalian jawatan (reinstatement) iaitu 1 bulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan yang lengkap (yang bererti 2 tahun x RM3,550 = RM7,100). Akhir sekali perayu diberi bonus tahunan sebanyak RM1,500 setahun untuk tahun-tahun 1991 dan 1992 berjumlah RM3,000.

Di dalam kenyataan di bawah A 53 k 1(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, penentang menghujahkan bahawa Mahkamah Perusahaan telah bertindak tanpa atau melebihi bidangkuasanya apabila mahkamah itu:

(a) mencampurkan komisyen kepada gaji pokok bagi maksud pengiraan

pembayaran gaji kebelakangan dan bagi maksud pengiraan pampasan

kepada perayu sebagai ganti pengembalian jawatan; dan

(b) mengawardkan bonus kepada perayu selain daripada pembayaran gaji

kebelakangan dan pampasan sebagai ganti pengembalian jawatan.

Dalam Mahkamah Tinggi, penentang telah menghujahkan bahawa komisyen bukanlah sebahagian daripada gaji dan untuk menyokong penghujahannya itu, penentang telah merujuk kepada kes Asia Motor Co (KL) Sdn Bhd v Ram Raj & Anor [1985] 2 MLJ 202 . Juga ditekankan oleh peguam penentang bahawa komisyen hanyalah perlu dibayar atas penjualan yang sebenarnya yang telah dilakukan dan tidaklah boleh ditetapkan oleh Mahkamah Perusahaan secara arbitrari. Mahkamah Tinggi bersetuju dengan penghujahan-penghujahan peguam penentang itu.

Dalam mahkamah ini, peguam perayu telah mengemukakan kes Dr A Dutt v Assunta Hospital [1981] l MLJ 304. Di ms 312 laporan kes itu, Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada kes Bharat Bank Ltd, Delhi v Employees of the Bharat Bank Ltd, Delhi AIR 1950 SC 188, yang menetapkan bahawa dalam penyelesaian pertikaian-pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya, fungsi tribunal tidak terhad kepada pentadbiran keadilan mengikut undang-undang. Tribunal boleh memberi hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan kepada mana-mana pihak yang difikirkan munasabah dan wajar sungguhpun pemberian itu tidak terdapat di dalam terma-terma mana-mana perjanjian yang wujud. Tribunal itu bukan hanya memberi tafsiran atau kesan kepada hak-hak dan obligasi-obligasi kontraktual pihak-pihak berkenaan. Tribunal itu boleh mewujudkan hak-hak dan obligasi-obligasi baru antara pihak-pihak yang tribunal itu fikirkan perlu demi keamanan perusahaan. Seterusnya (di ms 313 laporan kes itu), Mahkamah Persekutuan menyuarakan bahawa hak kepada pampasan mestilah menjadi suatu isu dalam representasi untuk pengembalian jawatan dan semestinyalah timbul apabila mahkamah tidak berhasrat untuk membuat perintah pengembalian jawatan. Dan ini adalah selain daripada tugas mahkamah untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani yang baik (good conscience) dan matan merit kes itu tanpa mengambilkira teknikaliti dan formaliti undang-undang. Perkataan-perkataan The Court shall not be restricted to the specific relief claimed dalam s 30(6) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) mestilah -- tegas Mahkamah Persekutuan -- di dalam kes representasi untuk pengembalian jawatan di bawah s 20(1) APP, bererti suatu award yang bukan hanya sebagai tambahan kepada per

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top