SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2016 MarsdenLR 2625

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. KLONG KDJOANH & SATU LAGI RAYUAN
[Rayuan Jenayah No: B-05-370-12/2014 & B-05-371-12/2014]



The court clarified the distinction between passive possession and active involvement in drug trafficking under the Dangerous Drugs Act, emphasizing the need for overt acts demonstrating knowledge.

Headnote:This judgment concerns two appeals: one by the prosecution against the trial judge's amendment of the charge against the accused, and another by the accused against a conviction under a different section of the Dangerous Drugs Act (ADB). The trial judge found the accused had passive possession of the drugs, which the prosecution successfully contested based on the evidence of concealment and suspicious conduct. The primary legal questions include whether the amendment of the charge was erroneous and if the defense of 'innocent carrier' was applicable. The court ultimately found that the trial judge erred in their final judgment and imposed the original charge, sentencing the accused to death as their possession was deemed active and with knowledge.

Table of Content
1. introduction of dual appeals. (Para 1 , 2)
2. details of the prosecution's case. (Para 3 , 4 , 5)
3. the defendant's account of events. (Para 9 , 10 , 11 , 12)
4. trial judge's findings on reasonable doubt. (Para 13)
5. key issues raised in the appeal. (Para 14 , 15 , 18)
6. court's observations and reasoning. (Para 19 , 21 , 23)
7. discussion of the 'innocent carrier' defense. (Para 24 , 26 , 27 , 28)
8. final conclusions and verdict. (Para 33 , 35)
Zakaria Sam HMR:

Pengenalan

[1] Terdapat dua rayuan di hadapan kami:

i. Rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap keputusan hakim bicara meminda pertuduhan terhadap tertuduh dari kesalahan di bawah s 39B(1)(a) kepada kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (ADB); dan

ii. Rayuan oleh tertuduh terhadap sabitan di bawah s 12(2) dan hukuman penjara 18 tahun dari tarikh tangkap.

[2] Memandangkan terdapat dua rayuan di sini, untuk memudahkan rujukan, Klong K' Djoanh akan dirujuk sebagai tertuduh dan Pendakwa Raya akan dirujuk kepada pihak pendakwaan.

Pertuduhan

'Bahawa kamu pada 21 Mei 2012, lebih kurang jam 2.00 pagi, bertempat di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 2 (CPP2), di Balai ketibaan Antarabangsa, Terminal LCCT, di dalam daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 2249 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.'

Kes Pendakwaan

[3] Pada 21 Mei 2012 jam lebih kurang 2.00 pagi, tertuduh yang baru tiba dengan pesawat dari Chennai, India telah ditahan oleh Pegawai Kastam Amir Zakwan bin Mohd Kassim (SP4) di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 2, Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Tambang Murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT).

[4] Tertuduh dilihat membawa sebuah beg beroda (P24) dan sebuah beg tangan (P26). Tertuduh telah mengimbas beg P24 yang dibawanya. Hasil imbasan ke atas beg tersebut, SP4 mendapati ada imej yang mencurigakan di skrin mesin pengimbas Isi kandungan beg beroda itu telah dikeluarkan dan beg tersebut sekali lagi diimbas setelah dikosongkan. Hasil imbasan kedua masih menunjukkan imej yang mencurigakan. Tertuduh kemudiannya dibawa ke Pejabat Cawangan Pemeriksaan Penumpang 2 untuk pemeriksaan rapi. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dadah berbahaya disorokkan di bahagian bawah pelapik beg tersebut.

[5] Bahan tersebut yang telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, telah disahkan oleh Ahli Kimia Norhaya bt. Jaafar (SP3), sebagai dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 2249 gram. Methamphetamine disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB.

Dapatan Di Akhir Kes Pendakwaan

[6] Hakim bicara memutuskan tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap beg P24 dan dadah di dalamnya. Keterangan SP4 menunjukkan dadah disembunyikan dengan rapi di bawah pelapik beg dan juga pemasangan bahagian tepi dalam beg kelihatan seperti telah diubahsuai. Bahagian tengah beg mempunyai ruang yang kembong luar biasa dari beg biasa menunjukkan dadah ada disorokkan di dalam beg untuk menunjukkan pengetahuan tertuduh.

[7] Untuk pengedaran pula, hakim bicara menggunakan peruntukan di bawah s 2 ADB di mana dadah dibawa masuk ke Malaysia dari Chennai, India.

[8] Tertuduh dipanggil membela diri.

Kes Pembelaan

[9] Dalam keterangan bersumpahnya, tertuduh mengatakan sebelum datang ke Malaysia, dia telah mengenali seorang lelaki yang bernama Mr Brave (Brave) di internet. Brave juga mengenali rakan tertuduh dari Vietnam bernama Miss Crang. Sekitar 16 Mei 2012, tertuduh bercadang untuk melancong ke Malaysia di samping ingin berjumpa dengan Brave. Setiba di Malaysia, dia menginap di Hotel First Inn di Subang Jaya. Semasa di Malaysia, dia telah bertemu dengan Brave, seorang lelaki Afrika. Setelah dua hari berada di Malaysia, Brave meminta pertolongannya untuk mengambil pakaian-pakaian daripada adik Brave yang berada di India, memandangkan Brave terlalu sibuk untuk ke India. Rakannya di Vi

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top