1999 MarsdenLR 1651
MOHD NOOR ABDULLAH
PP – Appellant
Versus
DATO WAAD MANSOR – Respondent
Bagi pihak tertuduh - Christopher Fernando; M/s Aris Rizal Christopher Fernando& Co Bagi pihak PP - Dato Rahim Uda DPP (Mohd Saiful Idris bersamanya)Dilaporkan oleh WA Sharif
The court determined that using one's public office for personal gain, even indirectly through family interests, constitutes corruption, but reasonable doubt can exonerate if genuine belief in lack of interest exists.
Headnote:This case concerns the assessment of corrupt activities under Section 2 Ordinance No. 22 Emergency Powers 1970, recognizing two key elements: misusing public position for personal financial gain. The court established that the presence of the accused at decision-making meetings constituted grounds for abuse of power, and failure to declare interest violated statutory obligations. The judgment ultimately ruled the accused not guilty due to reasonable doubt regarding any profit from his wife's interests, leading to acquittal.
| Table of Content |
|---|
| 1. misuse of public office for personal gain. (Para 2) |
Mohd Noor Abdullah H:
Dato' Waad bin Mansor dipertuduh atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan rasuah sebagaimana kesalahan itu ditakrif di bawah s. 2 Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Dharurat 1970 yang berbunyi:
2. (1) Mana-mana Anggota pentadbiran atau mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam, yang semasa menjadi Anggota, Ahli atau pegawai yang sedemikian itu melakukan apa-apa perbuatan rasuah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat belas tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya.
(2) Bagi maksud seksyen ini - 'perbuatan rasuah' ertinya apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana Anggota, Ahli atau pegawai yang tersebut dalam seksyen kecil (1) atas sifatnya sebagai Anggota, Ahli atau pegawai itu, iaitu dengan perbuatan itu ia telah menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya untuk kepentingan kewangannya atau untuk apa-apa kepentingannya yang lain; dan dengan tidak menyentuh yang tersebut di atas itu, berhubung dengan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri termasuklah apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan seksyen kecil (8) seksyen 2 dalam Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan sesuatu Negeri;
"Anggota Pentadbiran" adalah mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan;
"Ahli Dewan Undangan Negeri" termasuklah seseorang Pegawai Awam yang menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan menurut jawatannya;
"pegawai awam" adalah mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam s. 2 Akta Pencegah Rasuah 1961 .
Adalah diperhatikan bahawa kesalahan melakukan perbuatan rasuah mengandungi dua unsur yang penting: pertama, menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya dan kedua, untuk kepentingan kewangannya atau untuk apaapa kepentingannya yang lain. Kedua-dua unsur ini telah diteliti, dijelaskan dan diputuskan pengertiannya oleh hakim-hakim dahulu yang bijaksana. Dalam kes PR v. Dato' Hj. Muslim b. Hj. Othman [1983] 1 MLJ 45 hakim Hashim Yeop A. Sani memutuskan:
The physical presence of the accused at the Exco Meeting which passed the application for land was sufficient in the circumstances for him to be regarded in law to have used his public position or office for his pecuniary or other advantage.
Dalam satu keputusan yang lain pula unsur kepentingan kewangan atau kepentingan lain telah dikupas dan dihalusi oleh hakim Abdul Hamid FJ dalam kes Nunis v. PR sebegini:
(i) the words "other advantage" should be given a very wide meaning on the facts of each case.
The 'other advantage' need not necessarily be pecuniary in nature;
(ii) it was clear from the evidence in this case that the applicant abused his public position when he assisted or gave aid to his brother in law.
It was beneficial to him personally that by so doing he could provide benefits to close members of his family.
YA Wan Yahya J pula berpendapat: "In my view any interest relating to money or money's worth any interest that could be converted into money, or any interest the object of which is to make money falls in the category of pecuniary interest." (Haji Abdul Ghani bin Ishak & Anor v. PP ).
Saya amati bahawa ungkapan "untuk kepentingan kewangannya atau untuk apaapa kepentingannya yang lain" mendahulukan yang khusus dan mengemudiankan yang am. Peruntukan statut cara begini boleh menimbulkan tafsiran bahawa yang khusus menyekat yang am menurut ejusdem generis rule. In considering the expression 'house, office, room or other place' Dixon J memutuskan "the word 'place' must be something ejusdem generis with the words which preceded it. There a genus was created and limited the general expression." (Bond v. Foran [1934] 52 CLR 364). Peruntukan ini dapat mengelakkan sebarang keraguan jika ia berbunyi "untuk