2023 MarsdenLR 1899
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR
SHEIKH JEFRIZAL JAMALUDDIN LWN. VELOCITY TECHNOLOGY SDN BHD
Award No: 2267 Tahun 2023 [No Kes: 19/4-642/22]
Pemecatan secara konstruktif tanpa justifikasi menyebabkan tuntutan pekerja dibenarkan, dengan beban pembuktian terletak pada majikan untuk menunjukkan pemecatan adalah dengan sebab yang adil.
Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Pemecatan secara konstruktif - Pihak Syarikat gagal hadir ke mahkamah dan tidak memfailkan Pernyataan Jawapan, mengakibatkan mahkamah menganggap pemecatan tanpa sebab yang adil - Tuntutan Pihak Yang Menuntut dibenarkan dan gaji kebelakangan sebanyak RM76,000.00 diwartakan. (Paras 1, 34, 38)
(B) Beban Pembuktian - Pihak Yang Menuntut bertanggungjawab untuk membuktikan pemecatan, dan jika terbukti, mahkamah menentukan sama ada pemecatan tersebut dengan sebab yang adil. (Paras 19, 20)
(C) Pendengaran Ex-Parte - Mahkamah boleh meneruskan pendengaran secara ex-parte jika satu pihak tidak hadir dan tidak memberikan sebab yang munasabah. (Paras 23, 24) Fakta Kes: Pihak Yang Menuntut dipecat secara konstruktif tanpa sebab yang adil setelah berkhidmat selama 4 bulan 24 hari dengan gaji bulanan RM10,000. Pihak Syarikat tidak membayar gaji penuh dan gagal hadir pada tarikh perbicaraan. (Paras 7, 8, 34)
Findings of Court:
Mahkamah mendapati Pihak Yang Menuntut telah dibuktikan bahawa pemecatan adalah tanpa sebab yang adil. Pihak Syarikat gagal membuktikan sebaliknya. (Paras 34, 36)
Issues: Mahkamah perlu memutuskan sama ada terdapat pemecatan dan jika ya, sama ada pemecatan tersebut adalah dengan sebab yang adil. (Paras 25, 34)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan tanpa sebab yang adil, dan Pihak Syarikat gagal membuktikan alasan pemecatan. (Paras 34, 36)
Result: Tuntutan Pihak Yang Menuntut dibenarkan dengan gaji kebelakangan sebanyak RM76,000.00.
| Table of Content |
|---|
| 1. procedural background and notification of hearing dates. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. claim of constructive dismissal and unpaid wages. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 3. employer's failure to respond indicates admission of wrongful dismissal. (Para 17 , 18) |
| 4. court's duty to determine fairness of dismissal. (Para 19) |
| 5. legal principles regarding dismissal and burden of proof. (Para 20 , 21) |
| 6. ex-parte hearing principles and court's obligations. (Para 22 , 23 , 24) |
| 7. court's assessment of evidence and parties' representation. (Para 25 , 26 , 27) |
| 8. court's evaluation of claimant's evidence and employer's breach. (Para 29 , 30 , 31 , 32 , 33) |
| 9. court's decision on reinstatement and financial compensation. (Para 34 , 35 , 36 , 37) |
| 10. final award and payment terms. (Para 38 , 39) |
[1] Ini adalah suatu rujukan pada 2 Mac 2022 yang dibuat di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia yang timbul dari pembuangan kerja SHEIKH JEFRIZAL BIN JAMALUDDIN (selepas ini disebut sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh VELOCITY TECHNOLOGY SDN BHD (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 25 Ogos 2021.
Latar Belakang Prosedural
[2] Di dalam pematuhan amalan mantap Mahkamah yang secara umumnya dikenali sebagai Pengurusan Kes Pra-Perbicaraan, Mahkamah ini telah menetapkan tarikh e-sebutan bagi kes ini pada 12 April 2022, 8 Ogos 2022, 10 Januari 2022, 30 Mei 2023, 23 Jun 2023 dan 20 Julai 2023.
[3] Semasa pengurusan kes secara fizikal pada 20 Julai 2023 dalam kehadiran Pihak Syarikat tidak hadir, Pihak Yang Menuntut, manakala, Mahkamah Yang Mulia ini telah memaklumkan tentang tarikh bicara yang telah ditetapkan iaitu pada 9 Ogos 2023. Pihak Syarikat dan Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan tarikh bicara pada 9 Ogos 2023 melalui email yang bertarikh pada 20 Julai 2023. Walaubagaimanapun, Pihak Syarikat telah gagal hadir semasa perbicaraan pada tarikh 9 Ogos 2020.
[4] Oleh yang demikian adalah jelas bahawa Pihak Syarikat telah dimaklumkan secara sewajarnya akan penetapan tarikh bicara bagi kes ini. Atas sebab yang tidak pernah dimaklumkan kepada Mahkamah, Pihak Syarikat telah gagal hadir mahupun menghantar sebarang perwakilan ke Mahkamah Yang Mulia ini pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada 9 Ogos 2023.
[5] Dengan latar belakang prosiding di atas, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara ex-parte pada 9 Ogos 2023 di dalam ketidakhadiran wakil Pihak Syarikat. Manakala Pihak Yang Menuntut telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut.
[6] Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh Pihak Yang Menuntut. Di dalam kes ini pekerjaan Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan tanpa sebab dan alasan yang adil dan tanpa sebarang notis.
Fakta Ringkas Dan Kes Pihak Yang Menuntut
[7] Kes ini dihadapan Mahkamah yang mulia ini adalah berkenaan satu pemecatan kerja secara konstruktif (Constructive Dismissal) yang dibuat pada 25 Ogos 2021. Pihak Yang Menuntut telah dibayar gaji bulanan dan juga tidak dibayar gaji bulanan sepenuhnya dalam tempoh perkhidmatan dari 1 April 2021 sehingga 25 Ogos 2021 semasa bertugas sebagai Ketua Pegawai Strategik (Chief Strategic Officer di Vtech) iaitu selama 4 bulan dan 24 hari.
[8] Pihak Yang menuntut telah diambil berkerja oleh Pihak Syarikat iaitu Vtech pada 1 April 2021 sebagai Ketua Pegawai Strategik (Chief Strategic Officer) dengan gaji bulanan sebanyak RM10,000.00.
[9] Pihak Yang Menuntut telah dibayar gaji hanya RM10,000.00 pada 30 April 2021 untuk gaji bulan pertama Pihak Yang Menuntut dengan Pihak Syarikat seperti mana yang dinyatakan di dalam surat tawaran kerja.
[10] Pihak Yang Menuntut tidak menerima sebarang pembayaran gaji sepanjang bekerja pada bulan Mei 2021. Apabila Pihak Yang Menuntut bertanya berkenaan gaji yang tidak dibayar, Encik Zainul Alam Bin Abd