SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 133

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR
NORMAH NAPIAH LWN. AMIR RADUAN ABDULLAH SANI
[Kes Semakan Permohonan No: 2304-A0010-003-0047]



The court emphasized the importance of procedural fairness, ruling that a party must be allowed to present evidence before closing arguments are made, ensuring justice is upheld.

Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 68(1) dan (2) - Semakan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah - Pemohon memohon untuk menyemak arahan yang membatalkan haknya untuk menyoal balas Plaintif dan mengarahkan hujahan difailkan - Mahkamah Rayuan Syariah berpuas hati bahawa tindakan YA Hakim Bicara menutup ruang Pemohon untuk menyoal balas adalah kurang wajar dan menyalahi prosedur - Prosiding kes hendaklah diteruskan dengan Soal Balas Defendan. (Paras [10], [20], [26])

(B) Proses semakan - Proses semakan adalah untuk memperbetul kesilapan dalam keputusan yang menjejaskan keadilan - Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai kuasa untuk campur tangan demi kepentingan keadilan. (Paras [12], [24])

Facts of the case:
Pemohon adalah bekas suami isteri yang terlibat dalam prosiding tuntutan Harta Sepencarian. Pada 3 April 2023, Hakim membatalkan hak Pemohon untuk menyoal balas Plaintif dan mengarahkan hujahan difailkan. Pemohon tidak hadir pada beberapa tarikh perbicaraan, menyebabkan keputusan ini. (Paras [4], [7], [26])

Findings of Court:
Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa tindakan menutup ruang Pemohon untuk menyoal balas dan mengarahkan hujahan adalah tidak wajar dan melanggar prosedur. (Paras [20], [26])

Issues: Adakah tindakan membatalkan hak Pemohon untuk menyoal balas Plaintif dan mengarahkan hujahan tanpa mendengar keterangan adalah wajar? (Paras [21], [24])

Ratio Decidendi: Mahkamah berpendapat bahawa setiap pihak harus diberikan peluang untuk mengemukakan keterangan sebelum hujahan, dan tindakan Hakim yang bertentangan dengan prosedur adalah tidak sah. (Paras [23], [26])

Result: Permohonan semakan diterima; arahan Hakim dibatalkan dan prosiding kes hendaklah diteruskan. (Paras [26])

Table of Content
1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9)
2. petition for judicial review (Para 3)
3. court's observations on procedural issues (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25)
4. final decision and order (Para 26)
Mohd Shukor Sabudin HMRS:

[1] Kes ini adalah suatu permohonan semakan yang difailkan oleh Pemohon pada 18 April 2023 melalui suatu Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan bagi menyemak Perintah/Arahan yang telah dikeluarkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam (YA Hakim Bicara), dalam (Kes Saman No: 10207-017-0180-2019).

[2] Menurut Afidavit Sokongan Pemohon, pada prosiding bertarikh 3 April 2023 tersebut YA Hakim Bicara telah membatalkan hak dan ruang Pemohon/Defendan untuk menyoal balas Plaintif dan seterusnya mengarahkan pihak-pihak memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum 5 Jun 2023 dan keputusan pada 5 Julai 2023.

[3] Berdasarkan Notis Permohonan, Pemohon memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:

i. Mahkamah Yang Mulia ini membenarkan dan meluluskan Permohonan ini berdasarkan peruntukan s 68(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

ii. Mahkamah Yang Mulia ini menyemak semula arahan/Perintah/Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam yang dibuat semasa prosiding bicara pada 3 April 2023 dalam (Kes Saman No: 10207-017-0180-2019) di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang memutuskan membatalkan hak dan ruang Pemohon/Defendan untuk menyoal balas Plaintif dan seterusnya mengarahkan pihak-pihak memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum 5 Jun 2023 dan keputusan pada 5 Julai 2023.

iii. Mahkamah Yang Mulia ini menggantung sementara apa-apa sahaja prosiding (Kes Saman No: 10207-017-0180-2019) di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dari tarikh perintah/arahan tersebut sehingga Permohonan ini dipertimbangkan dan diputuskan di sini;

iv. Mahkamah Yang Mulia ini memerintahkan prosiding (Kes Saman No: 10207-017-0180-2019) diteruskan semula oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang lain dengan sesi soal balas terhadap Plaintif sehingga selesai kes melalui perbicaraan penuh.

v. Lain-lain perintah atau relif sampingan yang dianggap adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Fakta Kes

[4] Pemohon dan Responden adalah bekas suami isteri yang telah bernikah pada 20 Jun 1993 dan bercerai pada 27 Disember 2018. Pada 23 Mei 2019 Responden/Plaintif telah memfailkan tuntutan Harta Sepencarian melalui kes Saman No: 10207-017-0180-2019

[5] Pada 22 Ogos 2019, Pemohon/Defendan telah memfailkan Penyata Pembelaan dan pada 24 Oktober 2019 Responden/Plaintif telah memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan dan Pendaftar telah menetapkan untuk perbicaraan pada 3 Mac 2020.

[6] Pada 3 Mac 2020 perbicaraan terpaksa ditangguhkan memandangkan Pemohon/Defendan memohon untuk membuat pindaan kepada Penyata Pembelaan dan pada 24 Mac 2020 Pembelaan Terpinda telah difailkan. Responden/Plaintif pada 28 Julai 2020 telah memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan Terpinda dan Mahkamah telah menetapkan tarikh 13 Oktober 2020 untuk mula bicara.

[7] Pada prosiding 7 Februari 2023 untuk Penandaan Ikatan Dokumen Responden/Plaintif dan Soal Balas Responden/Plaintif, Pemohon/Defendan dan Peguam Syarienya telah gagal hadir dan YA Hakim Bicara telah membatalkan hak Pemohon/Defendan untuk menyoal Balas Responden/Plaintif.

[8] Pada 3 April 2023, Peguam Pemohon/Defendan telah memaklumkan ke Mahkamah ketidakhadiran beliau dan anak guamnya adalah atas kesilapan mencatat tarikh tangguhan yang mana beliau menulis tarikh 14 Februari 2023 pada perbicaraan 26 September 2022 tetapi Mahkamah tetap membatalkan hak Pemohon/Defendan untuk menyoal balas Plaintif dan mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan.

[9] Atas rasa tidak puas hati Pemohon/Defendan dengan arahan keputusan YA Hakim Bicara tersebut maka Pemohon/Defendan telah memfailkan permohonan semakan ini.

Ulasan Mahkamah Rayu

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top