2004 MarsdenLR 1883
INDUSTRIAL COURT, JOHOR BAHRU
LIAN SOON SIONG (M) SDN BHD LWN. YAMANNI SAIDU RAMAN
Award No. 1879 Of 2004 [Case No: 16/4-2590/04]
AWARD
Pertikaian dalam kes ini adalah di antara Lian Soon Siong (M) Sdn. Bhd. (syarikat) dengan Puan Yamanni a/p Saidu Raman (yang menuntut),
Kes telah ditetapkan untuk sebutan pada hari ini 14 Disember 2004. Yang hadir ialah Encik Ng Soo, Admin. Cum Personal Officer bagi pihak syarikat manakala yang menuntut hadir sendiri.
Kedua-dua pihak telah memaklumkan bahawa kes telah berjaya diselesaikan. Terma-terma penyelesaian adalah seperti berikut:
Memorandum Persetujuan
Persetujuan adalah dicapai di antara Lian Soon Siong (M) Sdn. Bhd., No. 90 & 91, Jalan Sawit Baru 6, Taman Perindustrian Sawit Baru, P.O. Box 62, 81000 Kulai, Johor (selepas ini disebut sebagai syarikat) dan Puan Yamanni a/p Saidu Raman, No. 4, Jalan Desa 8, Taman Desa Kulai, 81000 Kulai, Johor (selepas ini disebut perayu) dalam representasi perayu dibawah s. 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 terhadap pembuangan kerjanya dari syarikat.
Persetujuan ini adalah dicapai tanpa mana-mana pihak mengaku sebarang liability.
Terma-terma penyelesaian yang dipersetujui adalah seperti berikut:
i) Syarikat bersetuju membayar dan perayu bersetuju menerima saguhati berjumlah RM2,250 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Dua Ratus Lima Puluh sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap representasi perayu di bawah s. 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
ii) Pembayaran di (i) dibayar melalui cek dan akan dipos kepada perayu dalam tempoh 10 hari.
iii) Tiada apa-apa tuntutan lain boleh dibuat oleh syarikat dan perayu dengan penyelesaian ini.
iv) Kes ini disifatkan selesai hanya setelah kesemua terma tersebut di atas dilaksanakan sepenuhnya.
Ditandatangani di bawah ini pada 14 Disember 2004 di Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Johor.
Majikan: t.t. Perayu: t.t.
Nama : (Ng Soo) Nama: (Yamannl a/p Saidu Raman)
Jawatan: Admin. Cum Personal
Officer.
Di Hadapan:
t.t.
(Ab. Rahman Apandi bin Hj. Darmawi)
Penolong Pendaftar
Mahkamah Perusahaan Malaysia
Cawangan Johor.
Mahkamah memerintahkan award seperti yang dipohon.