2008 MarsdenLR 2040
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
NICE NETWORK DIVERSIFIED SDN BHD - Appellant
Versus
ALI HALIMI HJ ABDULLAH SANI - Respondents
AWARD NO: 1811 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-2149/06)
Decided On : 10/22/2008
Bagi Pihak Menuntut - Jasvinjit Singh; T/n A J Ariffin, Yeo & Harpal
Bagi Pihak Responden - Muhyiddin Murad; T/n Muhyiddin & Co
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Ali Halimi bin Hj. Abdullah Sani (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Nice Network Diversified Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 31 Januari 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Ali Halimi bin Hj. Abdullah Sani, Pihak Menuntut, pada 31 Januari 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 22 Oktober 2008 dengan kehadiran Encik Jasvinjit Singh dari Tetuan A.J. Ariffin, Yeo & Harpal, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Muhyiddin bin Murad dari Tetuan Muhyiddin & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut serta wakil Pihak Responden Encik Hazman bin Hj. Ishak dan Encik Suhaini bin Misnan turut hadir. Encik Muhyiddin bin Murad memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon Award Persetujuan dirakamkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:
(1) Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut nilai sebanyak RM17,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad ke atas segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini tanpa apa-apa pengaduan liabiliti;
(2) Pihak Responden hendaklah membayar RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja) kepada Pihak Menuntut sebagai pembayaran pertama pada atau sebelum 5.11.2008 dan baki RM15,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu sahaja) hendaklah dibayar kepada Pihak Menuntut pada atau sebelum 22.11.2008; dan
(3) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa akibat penyelesaian ini, kedua-dua pihak tidak akan mengadakan apa-apa tuntutan terhadap satu sama lain.
Encik Jasvinjit Singh dan Pihak Menuntut masing-masing mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.