2008 MarsdenLR 2653
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
DIGISTAR HOLDINGS SDN BHD - Appellant
Versus
NOOR AZMAN LIM ABDULLAH - Respondents
AWARD NO: 1817 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-285/08)
Decided On : 10/23/2008
Bagi Pihak Responden - K T Ho; T/n Gan, Ho & Razlan Hadri
Bagi Pihak Menuntut - A Sivananthan; MTUC
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Noor Azman Lim bin Abdullah (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Digistar Holdings Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 31 Julai 2007.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Noor Azman Lim bin Abdullah, Pihak Menuntut, pada 31 Julai 2007.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada asalnya pada 23 Oktober 2008 dengan kehadiran Encik K.T. Ho dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri, peguamcara yang mewakili Pihak Responden dan menyebutkan kes bagi pihak Encik A. Sivananthan dari M.T.U.C. yang mewakili Pihak Menuntut. Encik K.T. Ho memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon Award Persetujuan dirakamkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:
(1) Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad ke atas segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini tanpa apa-apa pengaduan liabiliti;
(2) Jumlah pembayaran tersebut hendaklah dibayar kepada Pihak Menuntut pada atau sebelum 30.10.2008; dan
(3) Akibat penyelesaian ini, tidak ada apa-apa tuntutan lain lagi daripada Pihak Menuntut terhadap Pihak Responden.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Tarikh bicara pada 4.11.2008 seterusnya adalah dilapangkan.