2008 MarsdenLR 3753
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
EASTIN HOTEL - Appellant
Versus
ANTHONY PN SEBASTIAN - Respondents
AWARD NO: 1777 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4-18/07)
Decided On : 10/17/2008
Pihak Yang Menuntut - M Visvanathan; T/n Saibullah MV Nathan & Co
Pihak Syarikat - S Rajashree; T/n Simon Hue & Associates
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK ANTHONY A/L PN SEBASTIAN (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh EASTIN HOTEL (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 7 April 2006.
AWARD
RUJUKAN INI telah mula dibicarakan di mana pihak Syarikat telah pun menutup kesnya. Pada tarikh sambung bicara hari ini 17 Oktober 2008 Yang Menuntut hadir bersama peguam yang mewakilinya iaitu Encik M. Visvanathan dari Tetuan Saibullah M.V. Nathan & Co dan Cik S. Rajashree dari Tetuan Simon Hue & Associates hadir mewakili pihak Syarikat.
Pihak-pihak memaklumkan kepada Mahkamah bahawa rujukan ini telah pun dapat diselesaikan secara persetujuan dengan muktamadnya mengikut terma dan syarat seperti berikut:
1. Tanpa pengakuan liabiliti pihak Syarikat akan membayar kepada Yang Menuntut sejumlah RM36,000.00 sebagai pampasan kehilangan pekerjaan dan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad segala tuntutan Yang Menuntut terhadap Syarikat yang berbangkit dari pekerjaannya dengan Syarikat.
2. Bahawa sejumlah RM36,000.00 tersebut akan dibayar kepada Yang Menuntut melalui cek yang dikeluarkan atas nama Tetuan Saibullah M.V. Nathan & Co pada 17 Oktober 2008 dan bahawa pihak Syarikat dan Yang Menuntut tidak akan mempunyai tuntutan terhadap satu sama lain.
Dengan pengesahan terma dan syarat oleh pihak-pihak, Mahkamah sewajarnya merekodkan suatu award persetujuan dengan terma dan syarat seperti yang disebut di atas.