SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2004 MarsdenLR 98

HIGH COURT ( )

MOHD NOOR ABDULLAH, J


ADRIAN-CHRISTIAN LUIS
versus
TENAGA NASIONAL BERHAD

GUAMAN SIVIL NO: 22-344-97

Decided On : 11-02-04

Advocates:
Counsel
Bagi pihak Plaintif - Encik Jagdeep Singh Deo/Encik Simon Murali,; Tetuan Karpal Singh & Co., Peguambela & Peguamcara.
Bagi pihak Defendan - Cik Natasha,; Tetuan Zaid Ibrahim & Co., Peguambela & Peguamcara.

ALASAN PENGHAKIMAN

Plaintif adalah seorang kerani yang bertugas dengan Defendan di Pejabat Tenaga Nasional Bhd., Sg. Petani, Kedah. Pada 15.10.93 Defendan mengambil tindakan tatatertib terhadap Plaintif kerana berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menjatuhkan reputasi perkhidmatannya dengan Defendan. Plaintif dituduh kurang meresitkan bayaran yang diterima dari pengguna semasa menjalankan tugas.

Satu enquiry/temubual telah diadakan di mana Plaintif didapati bersalah dan dihukum buang kerja. Plaintif merayu kepada Jawatankuasa Rayuan dan akibatnya hukuman buang kerja diketepikan dan diganti dengan hukuman turun 3 mata-gaji selama 3 tahun. Plaintif tidak berpuashati dan mengemukakan

2

tuntutan sivii di Mahkamah ini terhadap Defendan.

Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau dipindahkan bertugas dari analysis clerk kepada cashroom clerk. Plaintif memprotes lantaran usianya 50an yang tidak sesuai dengan tugas yang cepat, banyak kerja tertunggak dan kena sentiasa alert. Defendan tidak mempedulikan protest Plaintif walaupun laporan doktor menyokong protest Plaintif. Genap sebulan kemudian Plaintif menerima surat dari Defendan yang menyatakan Plaintif telah melakukan beberapa kesilapan mencetak bil letrik dan telefon yang dibayar oleh pelanggan TNB dan meminda bil-bil tanpa merujuk kepada kerani lejer serta menghilangkan 5 keratan resit kutipan. Plaintif diingatkan oleh Defendan supaya jangan melakukan kesilapan itu lagi. 5 bulan kemudian Plaintif menerima surat pertuduhan dari

Defendan yang menyatakan Defendan telah melakukan kesalahan yang berat di bawah Aturan 21, Aturan Tindakan Tatatertib iaitu kurang meresitkan bayaran yang diterima dari pelanggan. Plaintif dikehendaki hadir di satu sesi Temubual/ enquiry pada tarikh yang ditetapkan. Dalam enquiry itu Plaintif diwakili oleh union official. Tetapi Plaintif plid proses membuat keputusan dalam enquiry itu mengenai pertuduhan terhadap

3

Plaintif wajar dibatalkan oleh Mahkamah ini atas beberapa

alasan.

Plaintif membuktikan dan Mahkamah mendapati Pertuduhan terhadap Plaintif ada menyebut begini: "Laporan telah diterima yang menyatakan bahawa tuan dari tarikh 24.4.93 hingga 11.5.93 telah melakukan kesalahan kurang meresitkan bayaran yang diterima semasa menjalankan tugas" (mukasurat 18 DBD). Laporan itu menyatakan bahawa semakan audit kewangan mendedahkan Plaintif meresitkan bayaran sebahagian bil dan meresitkan bil telefon kurang. Tetapi laporan ini yang menjadi asas pertuduhan tidak dikemukakan dalam enquiry itu. Kegagalan Defendan mengemukakan laporan itu kepada Plaintif untuk menyangkalnya atau membantunya menyediakan pembelaannya adalah melanggar procedural fairness seperti .dinyatakan dalam R v Leyland Justices ex-parte Hawthorn (1979) QB 283

It is well established principle of administrative law that anything that restricts or appears to restrict the Defendant's ability to present his case may be held to be a breach of procedural fairness .... it is therefore a breach of natural justice

4

for the prosecution to conceal such evidence. Dalam kes R v Architects' Registration Tribunal, ex-parte Jaggar (1945) 2 AER 131 pula menyatakan:-

"It was improper for the tribunal which acted in a quasi-judicial capacity, to consider and give weight to evidence contained in documents, the contents and source of which were not divulged to the applicant."

Plaintif seterusnya membuktikan dan Mahkamah mendapati Plaintif tidak bersedia dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk menyediakan pembelaannya kerana butir-butir mengenai perbuatan "kurang meresitkan bayaran" tidak diberi kepada Plaintif, malahan kertas pertuduhan diberi kepada Plaintif dan pegawai pembelaannya pada petang sebelum hari

perbicaraan. Maka Plaintif tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela dirinya dan ini terjumlah dalam penafian hak Plaintif untuk mendapat keadilan.

Plaintif mendedahkan dan Mahkamah mendapati ada kemungkinan ketuanya Encik Tahir mempunyai niat serong terhadap Plaintif seperti men

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top