SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1992 MarsdenLR 323

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SEREMBAN

FAIZA THAMBY CHIK H


OTHMAN AHMAD
versus
SAMSUDIN HJ. MOHD. SANI & YANG LAIN

GUAMAN NO. GS 25-1-88

Decided On : 03-11-92

Advocates:
Bagi pihak plaintif - Gunaratnam; T/n. Gunaratnam & Co.
Bagi pihak defendan - Fernandez; T/n. Fernandez & Partners.

PENGHAKIMAN

Faiza Thamby Chik H:

Pada 14 Ogos 1986, plaintif Othman bin Ahmad pada masa itu berumur 36 tahun, sedang memandu motosikal sendiri MR 8891 di Jalan Seremban-Tampin, hendak balik ke kampongnya

di Rembau menuju ke arah Tampin. Di Batu 7 Jalan Seremban-Tampin motosikal tersebut telah terlibat dengan satu pelanggaran dengan sebuah motolori NX 4252 yang dimiliki oleh defendan kedua Md. Din bin Hj. Sahari dan dipandu oleh "servant atau agent"nya defendan pertama Samsudin bin Hj. Mohd. Sani yang memandu motolori itu di Jalan Seremban-Tampin tersebut tetapi dari arah yang bertentangan seketika sebelum kemalangan itu berlaku. Pada masa pelanggaran itu plaintif sedang memandu menghala ke Tampin. Akibat dari pelanggaran itu, plaintif telah mendapat kecederaan dan telah dimasukkan ke hospital dan kecederaan ini seperti yang dihuraikan oleh Dr. D. Porkodi adalah seperti berikut:

(1) Abrasion over the anterior aspect of the right shoulder.

(2) Amputation of the right ring and little finger and tip of the right index finger.

(3) Fractures of the base of the right 1st metacarpal and shaft of the right 4th metac arpal.

(4) Fracture of the right ulna with dislocation of the elbow.

(5) Laceration over the lateral aspect of the right thigh.

(6) Compound comminuted fractures of the upper thirds of the right tibia and fibula and supracondylar fracture of the right femur.

(7) Perineal wound 5 cm.

Plaintif sendiri telah memberikan keterangan bersumpah di Mahkamah. Dalam keterangannya plaintif telah mengatakan bahawa pelanggaran itu berlaku pada kira-kira pukul 1.00 tengahari dan cuaca pada hari itu adalah terang. Plaintif mengatakan bahawa beliau dalam perjalanan pulang ke kampongnya di Rembau dan memandu motosikalnya bersendirian dari Temiang, Seremban menuju ke arah Tampin. Plaintif mengatakan bahawa beliau memandu motosikalnya di sebelah kiri jalan. Plaintif mengatakan bahawa apabila sampai di batu 7 Jalan Seremban-Tampin, tiba-tiba beliau nampak lori pihak defendan dari arah yang bertentangan memotong sebuah kereta yang berhadapan dengannya. Plaintif mengatakan bahawa beliau cuba mengelak ketepi tetapi dengan terlalu cepat lori tersebut menggesel beliau membuatkan beliau tercampak ke dalam semak dan tidak sedarkan diri. Pihak defendan pula tidak ada mengemukakan sebarang saksi tetapi telah memanggil semula SP1 dan SP3 dan kemudian menutup kesnya.

Dapat diperhatikan bahawa dalam kes ini, kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai gantirugi khas (a) hingga (i) dan (k) dan berkaitan dengan (j) pula mereka telah bersetuju RM150 iaitu, perkara-perkara yang dibutirkan di bawah perenggan 5 dalam pernyataan tuntutan pihak plaintif. Dapat diperhatikan juga bahawa dalam kes ini, kedua-dua pihak juga telah bersetuju dengan laporan pakar seperti yang dibutirkan pada muka surat 3, 4, 5 dan 6 dalam Non-Agreed Bundle of documents yang dijadikan barang dalam kes dan ditandai 'B'. Jadi yang tinggal untuk ditentukan oleh Mahkamah dalam kes ini adalah gantirugi umum dan kehilangan pendapatan sahaja.

Dalam kes ini pihak defendan telah menghujahkan bahawa terdapat kecuaian sertaan (contributory negligence) di mana plaintif sepatutnya boleh nampak kehadiran lori tersebut pada jarak lebih daripada 4 kaki oleh kerana cuaca terang. Plaintif dalam keterangannya pula telah menyatakan bahawa sungguhpun cuaca terang beliau hanya nampak kereta di hadapannya sahaja dan beliau tidak nampak lori yang berada di belakang kereta tersebut. Plaintif seterusnya menyatakan bahawa lori itu memotong kereta yang beliau nampak di hadapannya itu dengan cepat dan laju dan beliau telah mencuba mengelak ketepi tetapi telah digesel oleh lori tersebut dan terhumban ke dalam semak. Mengenai "liability", saya lebih cenderung untuk menerima versi (version) plaintif oleh kerana pihak defendan tidak memikirkan langsung bahawa pihaknya memotong sebuah kereta dengan cepat dan laju. Dan lagi apabila plaintif mengatakan dalam keterangannya bahawa semasa beliau nampak kereta di hadapannya dalam

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top