SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 132

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
BADARIAH ABDULLAH LWN. MALAYSIA AIRPORTS (SEPANG) SDN BHD
Award No: 1546 Tahun 2023 [Kes No: 3/4-1719/20]



Petitioner Advocates:Gelly Saring ,Respondent Advocate: Raymond T C Low,Benedict Ngoh Ti Yang

The court ruled that the dismissal was without just cause as the penalty was disproportionate to the misconduct, emphasizing the need for proportionality in disciplinary actions.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - subseksyen 20(3) - Pemecatan tanpa sebab - Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatannya setelah didapati bersalah atas dua kesalahan semasa Siasatan Dalaman - Mahkamah mendapati pemecatan adalah tidak munasabah berdasarkan rekod perkhidmatan yang baik selama 22 tahun dan kesalahan yang dianggap tidak berat. (Paras 2, 14, 20, 27, 28)

(B) Proportionality of Punishment - Mahkamah mengesahkan bahawa pemecatan adalah terlalu berat berbanding kesalahan yang dilakukan, yang menunjukkan keperluan untuk menerapkan doktrin perkadaran dalam penentuan hukuman. (Paras 21, 27)

(C) Peranan Mahkamah - Mahkamah perlu menentukan sama ada pemecatan adalah dengan atau tanpa alasan yang munasabah dan berhak untuk menggantikan keputusan majikan jika didapati tidak adil. (Paras 10, 12, 14)

(D) Hak Pihak Yang Menuntut - Mahkamah mendapati Pihak Yang Menuntut tidak diberikan nasihat yang mencukupi semasa Siasatan Dalaman, yang mempengaruhi keputusannya. (Paras 17, 25) (E) Keputusan - Mahkamah memutuskan pemecatan tidak berasas dan mengarahkan Pihak Yang Menuntut diambil semula dengan penurunan pangkat. (Paras 28)

Table of Content
1. factual basis of dismissal case (Para 1 , 2)
2. arguments regarding the dismissal's severity (Para 3 , 4)
3. court's review of evidence and procedures (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9)
4. role and duties of the court in dismissal cases (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
5. considerations in determining fairness of dismissal (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21)
6. factors affecting the proportionality of punishment (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26)
7. final decision on reinstatement and penalty (Para 27)

[1] Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] mengenai dakwaan pembuangan kerja Badariah Binti Abdullah (selepas ini disebut "Pihak Yang Menuntut") oleh Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 3 Februari 2020.

Ringkasan Kes

[2] Ini adalah satu tuntutan untuk pemecatan tanpa sebab atau alasan yang munasabah yang difailkan oleh Pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut telah bekerja dengan Pihak Syarikat sejak 11 Ogos 1998 pada Gred 11. Pada 24 Mei 2018 beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Gred 14. Beliau telah ditamatkan pada 3 Februari 2020 selepas satu Siasatan Dalaman telah dijalankan pada 17 Oktober 2019 dan mendapati Pihak Yang Menuntut bersalah atas kedua-dua kesalahan pada Tarikh yang sama. Kedua-dua pertuduhan adaah seperti yang berikut:

1. Pada 11 Mac 2019 kira-kira jam 11:32 malam bertempat di Kaunter Penerangan Aras 5 Main Terminal Buliding (MTB) KLIA, kamu didapati gagal mengambil tindakan yang sewajarnya mahupun memaklumkan tentang penyerahan satu (1) unit kerusi roda milik seorang penumpang bernama Regine Ann Tolentino kepada Eksekutif Bertugas, Lost and Found (MLO) ataupun mencatatkannya di dalam buku log manual atau sistem E-log: dan

2. Pada 12 Mac 2019 kira-kira jam 08:10 pagi anda telah membawa kerusi roda milik penumpang tersebut keluar dari premis syarikat menggunakan kenderaan jenis Nissan Grand Livina dengan nombor pendaftaran NCY 5199.

[3] Panel Siasatan Dalaman Pihak Syarikat yang mendengar kes ini telah menolak alasan Pihak Yang Menuntut yang dianggap sebagai tidak munasabah. Pihak Yang Menuntut juga telah mengakui kesalahannya di penghujung Siasatan Dalaman tersebut.

[4] Pihak Yang Menuntut telah meminta sebagai alternatif agar hukuman yang dikenakan adalah terlalu berat memandangkan beliau telah melalui tempoh bekerja selama hampir 22 tahun tanpa apa-apa kesalahan atau masalah disiplin dalam Syarikat. Pihak Syarikat sebagai jawapan telah menyatakan bahawa kesalahan Pihak Yang Menuntut terlalu berat dan kerja di lapangan terbang memerlukan satu tahap integriti yang tinggi. Malah ketiadaan kesalahan atau masalah disiplin terdahulu bukannya satu alasan atau pelepasan untuk Pihak Yang Menuntut gunakan untuk melepaskan dirinya dari tindakan Syarikat. Selain daripada itu juga, Pihak Syarikat telah menyatakan bahawa Pihak Yang Menuntut tidak menginsafi kesalahan beliau.

[5] Mahkamah ini telah meneliti semua keterangan, hujahan dan ikatan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak seperti yang berikut:

(i) Kenyataan Kes bertarikh 27 Oktober 2020;

(ii) Statement in Reply bertarikh 5 November 2020;

(iii) Rejoinder bertarikh 15 Disember 2020;

(iv) Ikatan Dokumen bagi Pihak Yang Menuntut yang difailkan pada 30 Oktober 2020 dan ditanda sebagai ekshibit CLB1;

(v) Company's Bundle of Documents [Vol 1] yang difailkan pada 5 November 2020 dan ditanda sebagai ekshibit COB1;

(vi) Company's Bundle of Documents [Vol 2] yang difailkan pada 15 Jun 2022 dan ditanda sebagai ekshibit COB2;

(vii) Penyata Saksi Baharuddin Bin Roslan yang ditandatangani pada 13 Oktober 2022 dan ditanda sebagai ekshibit COWS1;

(viii) Penyata Saksi Tambahan Baharuddin bin Roslan yang ditandatangani pada 13 Oktober 2022 dan ditanda sebagai ekshibit COWS1A;

(ix) Penyata Saksi Zul Azfar bin Azaha yang ditandatangani pada 13 Oktober 2022 dan ditanda sebagai ekshibit COWS2;

(x) Penyata Saksi Md Tazudin Elias yang ditandatangani pada 7 Februari 2023 dan ditanda seba

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top